auto blogwalking, dimana kepuasan berblog?
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Saat ini maCy sedang duduk bersila diatas tilam empuk bercadar merah gelap sambil mengetuk keyboard sambil berfikir apa yang hendak dikongsi kali ini.
Auto blogwalking software atau maCy gelar sebagai blogwalking machine bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia blog hari ini. Tugasnya adalah untuk meninggalkan jejak ke kotak jerit terutamanya cbox dan shoutmix.
Impak widget ini cukup besar iaitu anda bakal melihat trafik blog anda mencanak naik tanpa perlu bersusah payah meluangkan masa untuk menjengah banyak blog demi mendapatkan jejak balas. Alexa ranking anda juga akan meningkat sama dan tidak kurang anda bakal menerima cek nuffnang yang nilainya lebih tinggi berbanding blogger yang menggunakan kaedah blogwalking secara manual.
Tapi dalam tidak sedar, kaedah ini mencipta satu rasa yang tidak senang kepada kebanyakan blogger yang lebih menggemari jejak ikhlas. Software ini biasanya akan meninggalkan spam yang tidak dikehendaki mana-mana blogger. Dan pada pandangan maCy, kaedah ini sedikit mencemari arena blogwalking ini. Tujuan utama berblogging ialah untuk menambah kenalan, menambah pengetahuan dan juga berkongsi pengetahuan serta pengalaman sedia ada. Justeru apabila menggunakan kaedah ini, dapat dilihat jelas keuntungannya lebih kepada satu pihak sahaja, melainkan, anda berjaya melawat semula kesemua blog blogger yang telah melawat anda apabila anda menggunakan software tersebut.
Kaedah ini memang banyak faedahnya. Anda boleh menggunakannya untuk memperkenalkan blog anda secara tidak langsung di kotak jerit para blogger. Tidak kurang anda boleh sekali sekala 'menunjukkan muka' kepada para blogger yang mengenali anda setelah lama anda tidak berpeluang untuk melawat mereka. Benar, tidak ada salahnya menggunakan kaedah ini, tetapi usahlah menggunakannya setiap masa.
Adakah kepuasan anda hanya pada trafik yang ada, atau bilangan komen yang anda perolehi tanpa anda sedari mereka yang membaca entri anda itu telah klik dan meluangkan sedikit masa untuk anda? Gunalah kaedah ini tetapi jangan lupa menghargai pembaca.

~Ini stok entri! Buat tahun lepas. Adeh.
Sangat busy tidak ada masa menulis lah. hee

p/s : esok dating. hooray! ;p
Comments
xp klau blog tu melembabkan lappy kira..sorry la..kira tutup trus..
xp kira jrg blogwalking sbb x cukup masa..
lps xam kot..
XD
p/s: dating ngan sape tu macy? ehemm
yang, nak ikot ngedat jugak :(
baru best!!
kalau guna pada masa tertentu,xapalah kan,contohnya nak promote kan contest ke..tapi kalau sepanjang masa guna kaedah ni, hmmm jangan tamak sangat lah kan..
motip sungguh..!
nak ngintai
kuikuikui
ehemmm dating ngan sape haa? :P
Terbaru > The Maxis Om Nom Nom Race > If I Were the Green Hornet > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
jgn2 ngan si Aceng tu tak... huhuhu...
hahahha..agak2 duit iklan hasil traffic haram tu halal tak ?keh3
try bace ni..tgok no 10..haha
10 perkara dibenci oleh blogger !##
kan? =)
dari kita xikhlas nak g.baik kite xg langsug kan.
macy nak dating ngan sape ni? bila nak buat pengumuman calon suami ni? hihi =P
elaun dh dpt ke?? hehee
indeed anakku.kahkahkah.oopss.sorry maCy, melalut.
macy,
u curang!!!!!
mybe itu cara diaorg nk suh org dtg blog.
tp ttp x suke cara tuh.
rasa mcm buat semak shoutbox je.
kih3
pasal spam.. oh i sangat lampi ye pasal benda ni.. huhuhu
ehhhh.. macy, i kat rumah je.. you dating dengan siapa ye.. sampai hati you dating dengan orang lain! :p
auto blogwalking ni memang tak membantu mcm dulu2..
sume blogger jadi pemalas sebab robot2 tu sume..
sekadar berkongsi.. ;)
-----------------------------------
[15JAN2011] "I THINK HE'S GAY"..UP TRAFFIC & SMILE.. :)
http://yourscomment.blogspot.com/2011/01/comment-about-i-think-hes-gay.html
latest entri:
Contoh hipokrit dalam masyarakat; hipokrit ini teruk?!?
er......siaplah. nnt org tampar gigi laju2!
p.s: sorry MaCy~ huhu
sorry
gurau jaee
:)
|SYOK sendiri|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |
Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
Tapi saya ada cara sendiri nak mengenal pasti yang mana pengunjung sebenar dan yang mana penipu. Pegi la belek kat shoutbox saya kalau nak tau macam mana saya buat.