malam pertama
Assalamualaikum..
Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?
Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal soleh di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi.
menarik~ jadi maCy kongsikan untuk peringatan bersama. credit to unknown person~
err.. korang fikir malam pertama yang mana? ;)
p/s : harini sangat penat di dapur. tapi seronok buat kerja ramai-ramai :)
p/s ii : baru disuruh mencuba persalinan bertunang kakak. huhu
Comments
moga kita dimatikan dalam iman
:)
yang, rina pon suka buat keja ramai3.even penat tapi bestt
nice sharing dear.. tqvm~ :)
yker =.="
thx for sharing...
kalau malam pertama perkhawinan kita bukan main lagi menanti..
tapi kalau malam pertama mendapat azab kubur xpernah nk cbe igt T.T
insaf...
ishh3
kondom-kondom yang pelik dan pelbagai perisa! (18SX)
jgn baca tajuk sahaja. hayati ya :)
sekarang ni byk org buat bju kurung gune kain kafan..
sedap dan selesa.
he he.
saje macy.. menghilangkan gemuruh.
nak tunang kakak?
wowowo~ mintak badi.. mau kawen jugaa
jiwa melalut tersumbat.
pengisian yg baik.
tabik sama lu macy!