malam pertama

Assalamualaikum..

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal soleh di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi.

menarik~ jadi maCy kongsikan untuk peringatan bersama. credit to unknown person~

err.. korang fikir malam pertama yang mana? ;)


p/s : harini sangat penat di dapur. tapi seronok buat kerja ramai-ramai :)

p/s ii : baru disuruh mencuba persalinan bertunang kakak. huhu

Comments

adrinaqamarina said…
sume yang hidup pasti merasai nanti. cuma lmbat atau cepat je.

moga kita dimatikan dalam iman

:)

yang, rina pon suka buat keja ramai3.even penat tapi bestt
Mario said…
thanks untuk peringatan...
Unknown said…
nk share juga blh....cm menarik
cik tehaa said…
betul.. mati itu pasti. takutnya saat itu. huhuhu. hanya Allah je tau bila ajal kita kan :)
blogsyarih said…
Takut-takut pun kena la mati.tak leh tungkat langit lagi.
Rina Rossoneri said…
terkejut tgk macy tulis tajuk nih.. eheeee
najihah said…
menginsafkan.amal tak cukup lagi :(
aip2,try2 baju tunang ni..da nak sampai mase macy ke? :P

nice sharing dear.. tqvm~ :)
ILA HonEyBuNNy said…
selamat beramal..takut kan mlm pertama itu...
Unknown said…
yup...bila da mati harta tidak datang menjenguk menyapa membntu si tuan... hanya amalan yang baik yang dibawa dan doa ank yang soleh ditgihkan...
Raji and Yeen said…
ak mmg fikir malam pertama di kubur pun...
yker =.="

thx for sharing...
kalau malam pertama perkhawinan kita bukan main lagi menanti..
tapi kalau malam pertama mendapat azab kubur xpernah nk cbe igt T.T
Unknown said…
malam pertama dialam kubur..errr..seriau!
Ieda_ishida said…
thanks... nie pun dh cukup beri keinsafan.. yg hdup akan mati jgak.. jd kta kena siapkan dri kta...
Anonymous said…
takut sgt2!
insaf...
M a W a D D a H said…
yang hidup pasti merasai mati..itu pasti...
Nas said…
mula2 ingatkan pasal perkahwinan...upe2nyer pasal kematian...insaf2...
ishh3



kondom-kondom yang pelik dan pelbagai perisa! (18SX)
Anonymous said…
trimas atas komen semua. moga dapat manfaat bersama :)
Anonymous said…
@AiDa AzRyN
jgn baca tajuk sahaja. hayati ya :)
NAJ HEBAT said…
oh kain kafan..


sekarang ni byk org buat bju kurung gune kain kafan..

sedap dan selesa.


he he.

saje macy.. menghilangkan gemuruh.

nak tunang kakak?

wowowo~ mintak badi.. mau kawen jugaa
CIK TOM said…
erkk malam pertama yang seram...
Saripah Kejora said…
huuu.
jiwa melalut tersumbat.
pengisian yg baik.
tabik sama lu macy!
Mr. Asada said…
kullu nafsin zaa-iqatul maut.. jadi bersedialah.. jangan kelak menyesal di kala sudah menjadi pengantin malam pertama di alam kubur.

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan