lagi mengenai Cikgu Shida
Assalamualaikum.
maCy tertarik dengan entry Linda Bulan di Sini. Mengenai Cikgu Shida. Ya, siapa yang tidak kenal Cikgu Shida? Seorang guru yang dengan beraninya ... bla bla bla. Semua tahu maCy tidak perlu huraikan lagi. Kisah ini barangkali dirasa sudah lapuk, tetapi percayalah di wall beliau kata maki menjengah tanpa henti.
maCy tahu entry ini barangkali mencetuskan kontroversi. Tetapi cuba lapangkan dada dan terima pendapat dengan hati yang tenang tanpa prasangka.
Beliau merupakan seorang guru. maCy merupakan bakal guru yang akan berkhidmat dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Justeru maCy mempunyai sebab yang munasabah untuk tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kerana satu individu yang membawa lumpur, pastinya semua yang termasuk dalam kumpulan itu akan tercalit sama.
Namun, sejak awal lagi maCy tidak pernah pula mahu membuat satu entry khas untuk mengutuk beliau. Dan secara jujurnya, berapa banyak pun video yang telah video upload untuk tatapan umum, tidak pernah satu yang maCy pernah tonton dengan mata kepala maCy sendiri.
Mengapa? Kerana sejak awal mendengar cerita maCy sudah sedikit timbul dalam hati, "Kenapa buat macam tu? Malunya, guru sepatutnya menjadi contoh, bukan begitu.". Dan beberapa lagi perkara bermain di fikiran. Apatah lagi sekiranya maCy menontonnya, sengaja membakar rasa marah dalam diri sendiri. maCy tidak mahu. Lihat sahaja di luar sana, yang bukan guru pun punya rasa tidak suka, apatah lagi mereka yang berada dalam kumpulan itu? Tapi dengan mencaci dan melemparkan kata-kata kesat, apa yang kita dapat? Hati puas? Semakin sakit hati ada rasanya. Menghentikan tindakan beliau? Rasanya cara itu tidak ada faedahnya.
Mahu memberi pendapat tidak ada salahnya. Cuma gunalah cara yang hikmah. Mengeji dan mencaci sekadar menambah dosa sendiri. Bermula dari hati yang sudah membenci, dituruti pula dengan lidah yang berkata sesedap rasa menambah dosa.
maCy juga merupakan individu yang tidak lari dari kesilapan, masih lagi mencari sinar, masih lagi punya juta-juta keburukan. Tapi sekiranya ditegur dengan cara yang tidak hikmah, adakalanya hati yang tidak kuat ini memberontak mahu mengulangi kesilapan.
Tidak puas hati? Bertemu sendiri, luahkan segala rasa yang membenak dalam jiwa. Cuma satu, tegurlah secara hikmah.

p/s : apapun, tekanan bukan alasan untuk memulakan satu tindakan yang boleh dianggap kurang cerdik.
Comments
klu nk ckp pasal dia, trlalu byk pndgn yg ada. apa pun, semua org layak brsuara =)
AGAK LAMA VIDEO CIKGU SHIDA BERADA DLM PASARAN TERMASUK DLM YOUTUBE, BELOG DAN FACEBOOK..
SERIUSLY SY CKP, BARU 2MINGGU YG LEPAS SY SEMPAT MENONTONNYA...SEBELUM NI DALAM PALA DAH SET MACAM BODOH PLAK LAU AKU TGK SEBB DAH RAMAI YG BGTAU TENTANG CIKGU SHIDA PUNYA VIDEO YG ENTAH APA2...
LAST SKALI BILA TERJUMPA FACEBOOK FANS YG KUTUK CIKGU SHIDA TERUS TERCARI2 VIDEO DIA..
SEKALI TGK PERGHH MCM APA2 LA DIA NI..MMG MENJATUHKAN PROFESION PERGURUAN...SGT TEROK..!! SY MENGHORMATI TUGAS SEORANG GURU, SEBB KAKAK SY JUGA SEORANG GURU,KERANA JASA SEORANG GURU SAYA BERJAYA SEHINGGA KE HARI INI TP BILA MENENGOK DAN MELIHAT SENDIRI VD ITU SERIUSLY SY BERKATA OH MACAM NI JER STANDART GURU DI MALAYSIA, MEMALUKAN DIRI SENDIRI...WALAUPUN PADA DASARNYA BUKAN SEMUA GURU BEGITU TP KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...
TP SERIUS CIKGU SHIDA MACAM XDER PERASAAN JER ..MANA PERGI PERASAAN DIA KAN...
SABAU JE MARCY...HOPE MACY DAPAT MENJADI PENDIDIK YG BERJAYA KELAK..AMIN
takut2 satu hari nnti kita plak jadi camtu...nauzubillah~
ad yg ckp dier mengalami tekanan perasaan..klu betul..harap2 dier cpt sembuh..
yup! nak bg pendapat perlu guna cara yg berhikmah.. tak perlu caci maki.
isu ni mmg dah la..
ade yg menyokong ada yg menentang..
bg sy, ckgu shida kne pandai2 la b'pk mne yg baik, mne yg bruk..
-.-'
aku pernah tgk sekali video dia
tapi xde lah menarik sgt =.="
tapi malu tuh biasalah xD
setuju dengan ayat macy, tegur dengan berhikmah. tak semua orang boleh merealisasikan perkataan 'hikmah' tu.
alhamdulillah kalau diri sendiri dapat tahu sesuatu itu baik atau buruk. maksudnya sudah mumayyis. lagi bagus kalau dapat tegur orang lain supaya tak buat benda yang buruk @ salah.
tegur dengan berhikmah.. jangan kutuk2.. ;)
senyum kat macy.. semoga jadi cikgu yang dedikasi suatu hari nanti.
tapi teguran hikmah tu mmg gue setuju..
zai tgk dgn member ktorg keep ckp, uish uish sapelahh student dia. kdg2 mual tgk sebab aksi die dlm video tu samaaa jer.
hmmm..
tapi kenapa dia macam tu..
seingat i dulu..
masa sekolah rendah..
cikgu shida tak nampak pun aura-aura nak jadi macam sekarang ni..
haihhh~
x sanggup tgk lagi..
xsampai hati..
kesian juga kan..
utk org yg mengutuk2 tu :- karma tetap karma beb!! korang tau la nnt tinggi rendahnya langit itu~
" si shahida tuh perlukan tindakan....lagik biaq dia lagi lelebih dia akan lakukan....
memalukan jaaa...
kat mana wena leh tgk video dia??
cuma mungkin silapnya kerana meletakkan title guru tu sebab tak sesuai dengan culture di Malaysia
apa2pun video dia kreatif
dan aku pun pelik juga sebab ada yang komen2 tu maki hamun macam teruk sangat Cikgu Shida tu
kadang2 aku rasa yang maki hamun tu 1000 kali teruk dari orang yg mereka kutuk
nasib ekau bagus tak ikut jejak orang yg maki2 tu...
alhamdulillah
apa2pun selamat menjadi guru
P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
echah tgk je video dia.tak tau nak bagi ulasan ape.stakat ketawa dgn kebodohan dia saje.
taktau pun .
tapi mmg tak elok lah buat video mcm tu.. tak manis dipandang
mungkin dia aliran grunge sikit kot..
open your closed mind
Closed your open mouth.
best hapa dia! cuba berhibur dengan cara santai dan lapang dada..
aku kagum cara dia edit video dia, bukan semua orang reti..
apa salahnya kalau dia cikgu? cikgu tak semestinya kena pakai spec mata, baju kurung dan tudung serta rotan di tangan dan serious 24 jam..
dan dia cuma miming..
ramai lagi cikgu yang memalukan institusi perguruan..
dia cuma miming lagu itu saja..tak ada yang salah pun..yang salah ialah mata yang men judge dan menonton dengan hati yang benci..dan dan nampak semua salah..
cikgu juga manusia, bukan maksum..
Kita mesti pelik kalau melihat kalau melihat seorang doktor menghisap rokok dan pada amatan kita doktor seorang menitik beratkan kesihatan dan perlu diingat doktor juga manusia.
Cuma jangan melakukan perkara-pekara yang jelak dimata orang diluar sana kerana tidak semua orang mempunyai tanggapan yang sama
**maaf terpanjang plk..boleh buat n3..huhu...
tak sesuai dengan watak seorang guru yang sepatutnya jadi contoh.