lagi mengenai Cikgu Shida

Assalamualaikum.

maCy tertarik dengan entry Linda Bulan di Sini. Mengenai Cikgu Shida. Ya, siapa yang tidak kenal Cikgu Shida? Seorang guru yang dengan beraninya ... bla bla bla. Semua tahu maCy tidak perlu huraikan lagi. Kisah ini barangkali dirasa sudah lapuk, tetapi percayalah di wall beliau kata maki menjengah tanpa henti.


maCy tahu entry ini barangkali mencetuskan kontroversi. Tetapi cuba lapangkan dada dan terima pendapat dengan hati yang tenang tanpa prasangka.

Beliau merupakan seorang guru. maCy merupakan bakal guru yang akan berkhidmat dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Justeru maCy mempunyai sebab yang munasabah untuk tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kerana satu individu yang membawa lumpur, pastinya semua yang termasuk dalam kumpulan itu akan tercalit sama.

Namun, sejak awal lagi maCy tidak pernah pula mahu membuat satu entry khas untuk mengutuk beliau. Dan secara jujurnya, berapa banyak pun video yang telah video upload untuk tatapan umum, tidak pernah satu yang maCy pernah tonton dengan mata kepala maCy sendiri.

Mengapa? Kerana sejak awal mendengar cerita maCy sudah sedikit timbul dalam hati, "Kenapa buat macam tu? Malunya, guru sepatutnya menjadi contoh, bukan begitu.". Dan beberapa lagi perkara bermain di fikiran. Apatah lagi sekiranya maCy menontonnya, sengaja membakar rasa marah dalam diri sendiri. maCy tidak mahu. Lihat sahaja di luar sana, yang bukan guru pun punya rasa tidak suka, apatah lagi mereka yang berada dalam kumpulan itu? Tapi dengan mencaci dan melemparkan kata-kata kesat, apa yang kita dapat? Hati puas? Semakin sakit hati ada rasanya. Menghentikan tindakan beliau? Rasanya cara itu tidak ada faedahnya.

Mahu memberi pendapat tidak ada salahnya. Cuma gunalah cara yang hikmah. Mengeji dan mencaci sekadar menambah dosa sendiri. Bermula dari hati yang sudah membenci, dituruti pula dengan lidah yang berkata sesedap rasa menambah dosa.

maCy juga merupakan individu yang tidak lari dari kesilapan, masih lagi mencari sinar, masih lagi punya juta-juta keburukan. Tapi sekiranya ditegur dengan cara yang tidak hikmah, adakalanya hati yang tidak kuat ini memberontak mahu mengulangi kesilapan.

Tidak puas hati? Bertemu sendiri, luahkan segala rasa yang membenak dalam jiwa. Cuma satu, tegurlah secara hikmah.


p/s : apapun, tekanan bukan alasan untuk memulakan satu tindakan yang boleh dianggap kurang cerdik.

Comments

dya adriza said…
hmm.. saya punya pndgn lain. sebenarnya, bg saya, x slh cikgu syida begitu, cuma yg x setuju tu, dia gunakan title 'cikgu' sbg nick name dia. tu yg org semua mrh sgt tu.

klu nk ckp pasal dia, trlalu byk pndgn yg ada. apa pun, semua org layak brsuara =)
MACY...

AGAK LAMA VIDEO CIKGU SHIDA BERADA DLM PASARAN TERMASUK DLM YOUTUBE, BELOG DAN FACEBOOK..

SERIUSLY SY CKP, BARU 2MINGGU YG LEPAS SY SEMPAT MENONTONNYA...SEBELUM NI DALAM PALA DAH SET MACAM BODOH PLAK LAU AKU TGK SEBB DAH RAMAI YG BGTAU TENTANG CIKGU SHIDA PUNYA VIDEO YG ENTAH APA2...

LAST SKALI BILA TERJUMPA FACEBOOK FANS YG KUTUK CIKGU SHIDA TERUS TERCARI2 VIDEO DIA..


SEKALI TGK PERGHH MCM APA2 LA DIA NI..MMG MENJATUHKAN PROFESION PERGURUAN...SGT TEROK..!! SY MENGHORMATI TUGAS SEORANG GURU, SEBB KAKAK SY JUGA SEORANG GURU,KERANA JASA SEORANG GURU SAYA BERJAYA SEHINGGA KE HARI INI TP BILA MENENGOK DAN MELIHAT SENDIRI VD ITU SERIUSLY SY BERKATA OH MACAM NI JER STANDART GURU DI MALAYSIA, MEMALUKAN DIRI SENDIRI...WALAUPUN PADA DASARNYA BUKAN SEMUA GURU BEGITU TP KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...

TP SERIUS CIKGU SHIDA MACAM XDER PERASAAN JER ..MANA PERGI PERASAAN DIA KAN...

SABAU JE MARCY...HOPE MACY DAPAT MENJADI PENDIDIK YG BERJAYA KELAK..AMIN
Hanisah Safian said…
sepp seppp!! bakal guru juga.hohoho~
Aida Azryn said…
lain macam je cara cikgu shida tu an?huhu..
Izan Ishak said…
suka dgn n3 macy ni. tak perlu nak mencaci dan menghina org lain.. buatlah dgn cara yg berhikmah kan.

takut2 satu hari nnti kita plak jadi camtu...nauzubillah~
Adib said…
baru habis mengoogle cikgu shida ni..

ad yg ckp dier mengalami tekanan perasaan..klu betul..harap2 dier cpt sembuh..
Unknown said…
bila dpt tahu nape dia jadi cmtu mcm kesian jgk. tapi, tu bkn alasan utk dia wat perkara yg boleh jatuhkan nama dia sndri especially bila dia tuh seorang guru
aien said…
same to me. tak pernah tgk gak video2 cg shida tuh.. rase kesian and malu.

yup! nak bg pendapat perlu guna cara yg berhikmah.. tak perlu caci maki.
mostly org islam mmg camtu kan.. i mean,bukan pasal cikgu shida 2.. tapi,bab nak ptahankan agama sdiri,tapi cara salah.. nabi dulu mana penah maki hamun kalo ade yg jauh dpida agama islam..kan? huu~
akukakikukekot said…
xpenah tgk cikshida pnyer video...x sanggup huhuhu...cam over miming terlbiy
Miss Ain said…
Saya tak setuju gak dgn cara cikgu syida.mungkin bagi dia nak bergurau,tapi org luar yg melihatnya rasa mcm mlampau dan menyakitkan mata.pndapat saya je.=)
Rina Rossoneri said…
huuu ingatkan kita je xtgk..hmm alasan kita xtgk pulak,sbb kita rasa video itu sesuatu yg kita xpatut tgk...sbb kita rasa video itu bukan video lawak...dan kita malas nak amek tau..
zt-zati said…
stuju..
isu ni mmg dah la..
ade yg menyokong ada yg menentang..
bg sy, ckgu shida kne pandai2 la b'pk mne yg baik, mne yg bruk..
plumpy.tootsie said…
maaf syg.cikgu shida ni siapa?serious.idk.

-.-'
Raji and Yeen said…
hohoho kalau jmpa dpn2 pun xbrani aku nk tegor xD

aku pernah tgk sekali video dia
tapi xde lah menarik sgt =.="
tapi malu tuh biasalah xD
Mr. Asada said…
baru balik dari baca entry kat blog Bulan Di Langit Osaka Biru. kat sana tak leh nak komen. banyak giler yang duk kutuk cikgu shida. niat nak tegur bagus dah. tapi cara plak main kutuk2.

setuju dengan ayat macy, tegur dengan berhikmah. tak semua orang boleh merealisasikan perkataan 'hikmah' tu.

alhamdulillah kalau diri sendiri dapat tahu sesuatu itu baik atau buruk. maksudnya sudah mumayyis. lagi bagus kalau dapat tegur orang lain supaya tak buat benda yang buruk @ salah.

tegur dengan berhikmah.. jangan kutuk2.. ;)

senyum kat macy.. semoga jadi cikgu yang dedikasi suatu hari nanti.
mie said…
no komen!!
tapi teguran hikmah tu mmg gue setuju..
wachak said…
Kalau layan org gila kita pun gila. Bkn wa nk kata dia gila tapi yg datang hentam dia pun oerangai dua kali lima.
zai said…
maybe tu 1 way teacher shida tu nk lepas tension.

zai tgk dgn member ktorg keep ckp, uish uish sapelahh student dia. kdg2 mual tgk sebab aksi die dlm video tu samaaa jer.
Rebelle said…
sedih jugak..

hmmm..
tapi kenapa dia macam tu..
seingat i dulu..
masa sekolah rendah..
cikgu shida tak nampak pun aura-aura nak jadi macam sekarang ni..
haihhh~
Kay- said…
i tgk 1 jer vedio tu...
x sanggup tgk lagi..
xsampai hati..

kesian juga kan..

utk org yg mengutuk2 tu :- karma tetap karma beb!! korang tau la nnt tinggi rendahnya langit itu~
-anidaothman- said…
dear...stuju apa yg macy luahkan...ha'ah "KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
" si shahida tuh perlukan tindakan....lagik biaq dia lagi lelebih dia akan lakukan....

memalukan jaaa...
MR Bang Miji said…
rileks macy.jngn ternsen2x,,chill babeh..
ciek niena said…
urm, cikgu shida lagi.. kadang2 saya pom tension oh tengok dia dok miming camtu.. mcm memalukan diri pom ada,, xde la, bg saya, seorang cikgu ni seorang yg memberi ilmu, so kena la behave,, HUHU
nak tgk video dia..
kat mana wena leh tgk video dia??
Chaoi said…
nak menonjol tu hak die la kan tapi jgn la gune nick cikgu.cikgu2 lain juga rase tempias nyer..
hans said…
bagi aku rasanya tak salah
cuma mungkin silapnya kerana meletakkan title guru tu sebab tak sesuai dengan culture di Malaysia
apa2pun video dia kreatif
dan aku pun pelik juga sebab ada yang komen2 tu maki hamun macam teruk sangat Cikgu Shida tu

kadang2 aku rasa yang maki hamun tu 1000 kali teruk dari orang yg mereka kutuk
nasib ekau bagus tak ikut jejak orang yg maki2 tu...
alhamdulillah
apa2pun selamat menjadi guru

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
Anonymous said…
bagi aku. dia tak salah. dia cuma youtube user yang berevolusi dengan cara dia sendiri untuk menarik viewers.dan don judge a durian by its cover. sbab org bg high expectation kt profession dia menjadikan accusation yg kurang tepat. try another perspective that u can see her beneath her skin.like us who have passions with our blog.
emieysandra said…
slalu camni macy..bkn video cikgu shida je..mengutuk org xingt dunia, klu kne btang idung diri @ family sndiri baru tau
Unknown said…
cikgu shida ni khabarnya pts tunang kan.mgkn dia nk mrwt hati yg luka.tp dgn cara yg salah.

echah tgk je video dia.tak tau nak bagi ulasan ape.stakat ketawa dgn kebodohan dia saje.
- elina - said…
cerita apa ni maCy ?
taktau pun .
Unknown said…
bior ler cikgu shida tu dengan dunianya. ramai yg mengutuk tapi mereka tak tahu apa sebenarnya masalah yg dialami oleh dia.

tapi mmg tak elok lah buat video mcm tu.. tak manis dipandang
baincardin said…
Demam HDR dah kembali! jom rilex layan....^_^
ghost said…
rasanya kalau disebabkan tekanan takkan sampai nak jadikan tumpuan orang ramai...ada cara lain kot yang lebih berkesan.pernah tengok sekali dia upload video tuh n baru ari nih aku tau kalau shida tuh seorang guru.

mungkin dia aliran grunge sikit kot..
tiafazunia said…
kadang2 rase nak kutuk2 dye neh, tp kadang2 rse kesian plak. sigh!
Anonymous said…
Baru jer tadi tengok video dye. memang sumpah kelakar dan dalam masa yang sama terbit jugak rasa malu dalam diri sebab kita bakal cikgu jugak kan.. tempias2 basah lencun. hmm..
Sca Ndx said…
buat mimik video nak tunjukkan dia berbakat benda lain. bukan niat apa-apa. please
open your closed mind
Closed your open mouth.
pada aku plak

best hapa dia! cuba berhibur dengan cara santai dan lapang dada..

aku kagum cara dia edit video dia, bukan semua orang reti..

apa salahnya kalau dia cikgu? cikgu tak semestinya kena pakai spec mata, baju kurung dan tudung serta rotan di tangan dan serious 24 jam..

dan dia cuma miming..

ramai lagi cikgu yang memalukan institusi perguruan..

dia cuma miming lagu itu saja..tak ada yang salah pun..yang salah ialah mata yang men judge dan menonton dengan hati yang benci..dan dan nampak semua salah..

cikgu juga manusia, bukan maksum..
cik manis said…
manis penah tulis entry sal die n smpai skrg, itulah trffic terbesar msuk ke blog manis. hehe. sbnrnye ade pro n cons nye cikgu shida ni. but on my personal view, die bebas utk buat ape yg die suke but tak haruslah nk canang3 smpai bukak fanpage segala. its not just about profesion perguruan, modesty seorang prmpuan juga diambil kira rite? :)
rasanya dia pnh ckp kn jgn pgil dia cikgu..tp dalam fb dia ada tulis cikgu tak?sbb first time tgk hri tu trus tak berkenan dan tak tgk2 dah.
akubiomed said…
Pernah dengar pepatah ini "Great power comes with great responsibilities" jadi memang sebagai manusia ingin memiliki kehidupan yang normal pada sama ada tanggungjawab yang dipikul dibahu.

Kita mesti pelik kalau melihat kalau melihat seorang doktor menghisap rokok dan pada amatan kita doktor seorang menitik beratkan kesihatan dan perlu diingat doktor juga manusia.

Cuma jangan melakukan perkara-pekara yang jelak dimata orang diluar sana kerana tidak semua orang mempunyai tanggapan yang sama
Wan Gerrard said…
tak minat pun tgok video2 die..mungkin cara die melawak lain kot =P
CIK TOM said…
cik tom rs kita duk sibuk psl imej dan profesion guru dan bla...bla..tapi kita lupa perkara paling nyata...dalam ISLAM dibolehkan seorang perempuan berkelakuan begitu..miming lagu dan berlakuan mengaibkan..bertudung pulak tue..itukah CONTOH SEORANG WANITA ISLAM???kita asyik perhati profesion je...hingga kita lupa ajaran ISLAM TUE LA ASAS hidup kita..kalau dah ok insyaAllah walau kerja pe/tekanan dpt handle dgn baik..bukan itu salurannya...video yg mmg mengaibkan...

**maaf terpanjang plk..boleh buat n3..huhu...
Anonymous said…
chemay pon rasa malu tgk video dia yang macam tu.
tak sesuai dengan watak seorang guru yang sepatutnya jadi contoh.

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan