men's fertility/kemandulan lelaki

Assalamualaikum..

Salam semua. Hari ini merupakan hari minggu yang paling bosan buat maCy. Selama ini untuk duduk di hostel tanpa keluar tidak ada masalah. Tetapi tidak kali ini, tapi bila diajak keluar atau beraya pun tidak mahu juga.

Back to the topik, masih ingat entry maCy yang lepas? Tidak ingat sila skrol ke bawah. Bukan sengaja bertanya begitu, cuma rasanya sudah lama maCy tidak membuat perkongsian di bawah label sains dan kesihatan. Justeru, kali ini maCy mahu berkongsi mengenai fakta kemandulan lelaki atau bahasa inggerisnya, men's fertility. Jangan membuat andaian melulu, kenapa maCy berkongsi mengenai men's fertility?


Alkisah terdapat sepasang suami isteri yang berkahwin bertahun-tahun namun tidak mempunyai anak. Si suami dengan angkuhnya menyalahkan isterinya seratus peratus. Dan atas alasan si isteri tidak mampu menghadiahkan zuriat, si suami mencari wanita lain untuk dijadikan isteri kedua. Namun setelah menjalani pemeriksaan, sebenarnya isterinya tidak mempunyai masalah tetapi punca mereka belum mempunyai zuriat ialah kerana si suami mempunyai masalah air mani yang dihasilkan tidak mempunyai sperm hidup. Lalu terdiamlah si suami, dan si isteri tidak pula menyalahkan si suami semula, kerana tidak segalanya mampu kita jangka.

Di sinilah salah faham yang berlaku di kebanyakan antara kita, mungkin ramai yang sudah tahu, tetapi apa salahnya jika maCy menambah koleksi sumber maklumat dalam bahasa melayu bukan?

Fakta ringkas mengenai kemandulan lelaki :
  1. Azoospermia : Tidak mempunyai sperma hidup
  2. Teratozoospermia : Abnormal looking sperm (Sperm normal sepatutnya mempunyai kepala berbentuk oval, dengan mid-piece dan ekor. Manakala sperm yang abnormal mempunyai kepala yang berbentuk bulat, kepala yang terlalu besar, mempunyai dua kepala, tidak mempunyai ekor, dll.)
  3. Oligospermia : Bilangan sperm yang terlalu rendah
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masalah ini. Antaranya ialah peningkatan suhu di testes, pengambilan dadah, terdedah kepada bahan toksik dan sebagainya.

Cukuplah sekadar itu, topik ini maCy pelajari ketika di sem 3 foudation. Apa pun, sperm lelakilah (sudah tentu bukan perempuan) yang menentukan jantina bayi.

Rujukan : (Klik Sini)


p/s : jom teman maCy buat lab report dua lagi~ and, sis adah, bila mahu dating sama?

Comments

Ya Allah takutnya saya.
Unknown said…
moge bakal suami n echah subur!:)
Anonymous said…
@shameel Iskandar
tu cuma fakta. tapi apa pun boleh dirawat~


@echah mashuri
aminnn ;D
Anonymous said…
dtg cny maCy..topik ini buat daku garu kepala,maCy..huhuhu!
cikpia said…
kalau sperm yang berbentuk abnormal memang takkan bley memengandungkan (mandul) atau akan ada efek pada bayi.......??
wannurfazrini said…
ishkk minta jauh suami gua mcm ni . aih mcm mana nak check bakal sperm suami elok ke tak ni ? hehehe :p
Anonymous said…
@Uruchimaru @ kf
ahahaha.. sini macam2 topic ada la kf. uhuhu
Anonymous said…
@.s.o.f.i.a.
i referred to m snior bout that ques. tak silap nya, fertilization or persenyawaan stil boleh berlaku tapi efek pada baby~
Anonymous said…
@sugar2 kapas strawberry
erk. cik lin? haha
Anonymous said…
@wannurfazrini
ahahahaha.. kene diagnosis la bende tu. huhu
lan_ax said…
mula2 risau gk dgr.. tp bila tahu bole diubat, lega sket.. harap2 la sy n bakal wife subur..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/
M a W a D D a H said…
betul tu kate macy...

no fon plissss...:)
Mr. Asada said…
cam best je ada sperma lain2 kepala.. ada tak yg style ultraman atau power rangers? hehe..

nice info.. =)

adah.. nak no macy?? xnk no asada sekali ke? lalala~
LadyBird said…
biasanya kalau benih x sihat, boleh menyebabkan kecacatan pada baby ataupun keguguran sebelum dilahirkan.

semoga kita sihat semua.. dan dapat melahirkan generasi yang soleh solehah .. aminn
CIK TOM said…
nice info..so lelaki disana sila check..lalala~
zai said…
yeaa..harini cekgu macy dh turun ilmu sket kt kite semua yer
fiezah91 said…
wah macy jadi cikgu..rasanya lama dah tinggalkan subjek ni kat sekolah dulu kalah..haha
apa pun.. mmg info yg sgt bguna
aien said…
datang baca lagi skali..
takot plak.. hehe

hope diri sendri dan bakal suami sihat2 aja.. amiin... hehe
anayilz said…
owh.dah lama xbelajar pasal nie.huhu.
Anonymous said…
aku baru tau yang kepala sperm tak semestinya oval. wow.
ananyamruga said…
Many men are facing these fertility problems. But there are lots of fertility treatments for men. Visit the best fertility center to overcome these fertility problems.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya