men's fertility/kemandulan lelaki
Assalamualaikum..
Salam semua. Hari ini merupakan hari minggu yang paling bosan buat maCy. Selama ini untuk duduk di hostel tanpa keluar tidak ada masalah. Tetapi tidak kali ini, tapi bila diajak keluar atau beraya pun tidak mahu juga.
Back to the topik, masih ingat entry maCy yang lepas? Tidak ingat sila skrol ke bawah. Bukan sengaja bertanya begitu, cuma rasanya sudah lama maCy tidak membuat perkongsian di bawah label sains dan kesihatan. Justeru, kali ini maCy mahu berkongsi mengenai fakta kemandulan lelaki atau bahasa inggerisnya, men's fertility. Jangan membuat andaian melulu, kenapa maCy berkongsi mengenai men's fertility?
Alkisah terdapat sepasang suami isteri yang berkahwin bertahun-tahun namun tidak mempunyai anak. Si suami dengan angkuhnya menyalahkan isterinya seratus peratus. Dan atas alasan si isteri tidak mampu menghadiahkan zuriat, si suami mencari wanita lain untuk dijadikan isteri kedua. Namun setelah menjalani pemeriksaan, sebenarnya isterinya tidak mempunyai masalah tetapi punca mereka belum mempunyai zuriat ialah kerana si suami mempunyai masalah air mani yang dihasilkan tidak mempunyai sperm hidup. Lalu terdiamlah si suami, dan si isteri tidak pula menyalahkan si suami semula, kerana tidak segalanya mampu kita jangka.
Di sinilah salah faham yang berlaku di kebanyakan antara kita, mungkin ramai yang sudah tahu, tetapi apa salahnya jika maCy menambah koleksi sumber maklumat dalam bahasa melayu bukan?
Fakta ringkas mengenai kemandulan lelaki :
- Azoospermia : Tidak mempunyai sperma hidup
- Teratozoospermia : Abnormal looking sperm (Sperm normal sepatutnya mempunyai kepala berbentuk oval, dengan mid-piece dan ekor. Manakala sperm yang abnormal mempunyai kepala yang berbentuk bulat, kepala yang terlalu besar, mempunyai dua kepala, tidak mempunyai ekor, dll.)
- Oligospermia : Bilangan sperm yang terlalu rendah
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masalah ini. Antaranya ialah peningkatan suhu di testes, pengambilan dadah, terdedah kepada bahan toksik dan sebagainya.
Cukuplah sekadar itu, topik ini maCy pelajari ketika di sem 3 foudation. Apa pun, sperm lelakilah (sudah tentu bukan perempuan) yang menentukan jantina bayi.
Rujukan : (Klik Sini)
p/s : jom teman maCy buat lab report dua lagi~ and, sis adah, bila mahu dating sama?
Comments
tu cuma fakta. tapi apa pun boleh dirawat~
@echah mashuri
aminnn ;D
ahahaha.. sini macam2 topic ada la kf. uhuhu
i referred to m snior bout that ques. tak silap nya, fertilization or persenyawaan stil boleh berlaku tapi efek pada baby~
erk. cik lin? haha
ahahahaha.. kene diagnosis la bende tu. huhu
http://www.duitlama2u.blogspot.com/
no fon plissss...:)
nice info.. =)
adah.. nak no macy?? xnk no asada sekali ke? lalala~
Ada Ura-Ura Aku Dirisik Untuk Dijadikan Bakal Menantu Ketua Polis. Hoh! Teruja Sungguh!
Apabila Guru Meminati Anak Murid, Maka Terjadilah Episod Cinta Tak Kenal Siapa
semoga kita sihat semua.. dan dapat melahirkan generasi yang soleh solehah .. aminn
apa pun.. mmg info yg sgt bguna
takot plak.. hehe
hope diri sendri dan bakal suami sihat2 aja.. amiin... hehe
amin..