hari yang happy walau penuh dugaan~

Assalamualaikum!

Hari ini hari yang agak happy buat maCy. Bermula dengan kelas PJ cancel, walaupun sebelum itu kerja kursus maCy dan partner dan semua classmates dikritik keras oleh pensyarah. huk3

Apabila cancel sahaja kelas, maCy dan empat orang rakan yang berbaju kurung cotton meninggalkan maCy yang tidak sedondon segera pulang dan bersiap untuk ke Dataran Pahlawan. Ya, berkeras mahu menonton filem Magika di hari Rabu kerana.. hik3, anda tahu kenapa ;p

Sebelum filem mula ditayangkan, kami segera ke Carrefour dan memenuhkan beg masing-masing dengan burger, nugget, coke, dan ayam goreng juga. Maka banyaklah alasan kami ketika mahu membeli dua popcorn tanpa air, dapat pula banyak ditanya. Nasib tak kantoi.

Memang seronok amat makan-makan besar sambil menonton di skrin yang besar juga, tapi boleh pula sahabat di sebelah maCy tidur dengan gembiranya di akhir cerita. Bosan katanya. Tapi bagi maCy, berbaloilah juga ;D

Selepas itu kami terus bergembira dan maCy yang sudah lama tidak shopping berjaya membeli beg. Memang susah pun maCy ni mahu beli itu ini, tapi kali ini maCy tekad mahu juga berbelanja walau sedikit. Pelik sebenarnya dengan niat shopping tak ikhlas itu~

Jam menunjukkan jam 6.45 petang, kami segera menaiki teksi untuk pulang dan dihadiahi pula perut yang lapar kerana semua lupa mahu makan. Setibanya di depan hostel pula, dihadiahi dengan gate yang tutup dan makguard tidak muncul-muncul hingga 20 minit kami perlu menunggu! Hey, kami tiba jam 6.58 petang ok, belum pukul 7.00~mestilah kena berkira. huhu

Dan malamnya bertungkus lumus duduk di hadapan lappy selama 3-4 jam untuk menyiapkan dua report bersama 'add-on'nya. Dan kali ini maCy dihadiahi dengan ink tumpah mengenai seluar dan cadar..

Moral value :
Tak siapa ajar isi ink atas katil. Padan muka. dan, berdirilah dengan macho di hadapan gate hostel pada jam 6.45 petang jika tidak mahu dikunci di luar pagar~ ibarat budak-budak sekolah(==")



p/s : kan dah kata, dah busy, semalam tak update, ni update sambil tunggu print.. jangan rindu-rindu~ ;D

Comments

Mr. Asada said…
ini lah yg terjadi bila elaun dah masuk. isk.. isk..
haha.. macy ni.. pe barang tengok cite magika.. tgk la zac efron dalam charlie st cloud.. hihihi

ayark! buleh plak ink tumpah? x penat ke nak basuh nt? huhuhu
cikpia said…
ha ha............ tido bergenang dakwat la macy oi.............. =)
¶A.K.I¶ said…
da mcm dak skola asrama penoh je kol 7 ptg ttp gate~~ =.='

huhuhu...mcm2 macy ni~
Hidayati Farhan said…
penah juga rasa kena kunci luar gate ms kat mktb dulu sbb sampai da maghrib. kena la tggu sejam. cessss. hahaha
CeritaSekupang said…
kemana tumpahnya ink kalu x katil...hee..
Anonymous said…
@ASaDa RyutaRo
eley ckp org ;p
Anonymous said…
@khairul_bariyyah
tu tunggu dating nati.hihi
Anonymous said…
@.s.o.f.i.a.
saba je la..huhu
Anonymous said…
@¶A.K.I¶
tau xpe.. sian kitorang~
Anonymous said…
@Poyaty
hahaha.. yes2! ade gak merase ;p
Anonymous said…
@ceritasekupang
menarik peribahasa tu. haha
emieysandra said…
tengOk magika xajak pun..huhu
kempunan la nk tgk magika kat panggung sebab sangat bzi ng assignment & lpas ni kne study utk exam lak..
T__T
CIK TOM said…
macam dak sekolah je kul 7 dah cukup tutup gate..huhu...
tot tot kecik said…
salam..

baca mcm kelam kabut keadaan macy masa ni kn..?ish ish..

okey selamat maju jaya lam pelajaran macy.. :)
Anonymous said…
@♥-- emieysandra --♥
alolo.. kesian dia~ meh2 kite tengok lagi akak blnja ;p
Anonymous said…
@Tomato Gurl's Life
zaman skola pn kadang2 bntai lambat. haha
Anonymous said…
@tot tot kecik
mekaseh cik tot. lama tak dgr kaba~

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya