hari yang happy walau penuh dugaan~
Assalamualaikum!
Moral value : Tak siapa ajar isi ink atas katil. Padan muka. dan, berdirilah dengan macho di hadapan gate hostel pada jam 6.45 petang jika tidak mahu dikunci di luar pagar~ ibarat budak-budak sekolah(==")
Hari ini hari yang agak happy buat maCy. Bermula dengan kelas PJ cancel, walaupun sebelum itu kerja kursus maCy dan partner dan semua classmates dikritik keras oleh pensyarah. huk3
Apabila cancel sahaja kelas, maCy dan empat orang rakan yang berbaju kurung cotton meninggalkan maCy yang tidak sedondon segera pulang dan bersiap untuk ke Dataran Pahlawan. Ya, berkeras mahu menonton filem Magika di hari Rabu kerana.. hik3, anda tahu kenapa ;p
Sebelum filem mula ditayangkan, kami segera ke Carrefour dan memenuhkan beg masing-masing dengan burger, nugget, coke, dan ayam goreng juga. Maka banyaklah alasan kami ketika mahu membeli dua popcorn tanpa air, dapat pula banyak ditanya. Nasib tak kantoi.
Memang seronok amat makan-makan besar sambil menonton di skrin yang besar juga, tapi boleh pula sahabat di sebelah maCy tidur dengan gembiranya di akhir cerita. Bosan katanya. Tapi bagi maCy, berbaloilah juga ;D
Selepas itu kami terus bergembira dan maCy yang sudah lama tidak shopping berjaya membeli beg. Memang susah pun maCy ni mahu beli itu ini, tapi kali ini maCy tekad mahu juga berbelanja walau sedikit. Pelik sebenarnya dengan niat shopping tak ikhlas itu~
Jam menunjukkan jam 6.45 petang, kami segera menaiki teksi untuk pulang dan dihadiahi pula perut yang lapar kerana semua lupa mahu makan. Setibanya di depan hostel pula, dihadiahi dengan gate yang tutup dan makguard tidak muncul-muncul hingga 20 minit kami perlu menunggu! Hey, kami tiba jam 6.58 petang ok, belum pukul 7.00~mestilah kena berkira. huhu
Dan malamnya bertungkus lumus duduk di hadapan lappy selama 3-4 jam untuk menyiapkan dua report bersama 'add-on'nya. Dan kali ini maCy dihadiahi dengan ink tumpah mengenai seluar dan cadar..
Moral value : Tak siapa ajar isi ink atas katil. Padan muka. dan, berdirilah dengan macho di hadapan gate hostel pada jam 6.45 petang jika tidak mahu dikunci di luar pagar~ ibarat budak-budak sekolah(==")
p/s : kan dah kata, dah busy, semalam tak update, ni update sambil tunggu print.. jangan rindu-rindu~ ;D
Comments
ayark! buleh plak ink tumpah? x penat ke nak basuh nt? huhuhu
huhuhu...mcm2 macy ni~
eley ckp org ;p
tu tunggu dating nati.hihi
saba je la..huhu
tau xpe.. sian kitorang~
hahaha.. yes2! ade gak merase ;p
menarik peribahasa tu. haha
kempunan la nk tgk magika kat panggung sebab sangat bzi ng assignment & lpas ni kne study utk exam lak..
T__T
baca mcm kelam kabut keadaan macy masa ni kn..?ish ish..
okey selamat maju jaya lam pelajaran macy.. :)
alolo.. kesian dia~ meh2 kite tengok lagi akak blnja ;p
zaman skola pn kadang2 bntai lambat. haha
mekaseh cik tot. lama tak dgr kaba~