sukar kah memaafkan?
Assalamualaikum,
Salam sejahtera semua. Hari ini kelas telah bermula. Tapi malangnya, satu-satunya cafe yang terdapat di kampus maCy tutup! Maka berlaparlah kami sehingga tamat kelas. Dan maCy lebih 'bernasib baik'. Kelaparan sehingga ke petang kerana menunggu roommate pulang dari outing. Bukan malas keluar cari makan, tapi kurang sihat sedikit. Jadi malas mahu memenatkan badan dengan keluar berjalan-jalan. huhu. Terima kasih kepada nasi ayam yang memenuhi ruang perut jam 6.30 petang tadi..
Tutup cerita. Status terbaru maCy di FB berbunyi begini, 'maaf? sukar ke memaafkan?'
Kepada siapa ditujukan status ini? Kepada diri sendiri. maCy bukanlah seorang pendendam, tapi kadangkala ada beberapa kisah yang terlalu pahit untuk dikenang. Sempena raya ini, maCy menerima beberapa mesej dari sahabat-sahabat lama,
'mathila, aku minta maaf, aku banyak salah pada ko. aku harap kita dapat jadi kawan macam dulu.',
'mathila, maaf sebab banyak sakitkan hati awak dulu.',
'maCy, lama kan *** tak contact maCy, banyak salah *** pada maCy, *** minta maaf.'
Itu antaranya, dan dua antara mesej diatas belum maCy balas. Mengapa? Kerana semuanya terlalu pahit untuk dikenang. Dengan kata lain, bukan tidak memafkan tapi sebolehnya tidak mahu muncul lagi kisah itu dalam hidup. Antara yang terlalu pahit untuk diingat kembali, semuanya kerana fitnah. maCy yakin, semua pun tahu, kerana fitnah, boleh menghancurkan hidup orang yang difitnah. Dan itu yang berlaku. SATU fitnah yang dicanang, bertahun-tahun maCy menanggung akibatnya. Dan kerana itulah, mesej yang pendek itu, masih lagi belum maCy balas.
Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memafkan orang yang MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENGKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU? (tidak mahu menegurmu)
Sekali lagi, bukan dendam, bukan membenci. Cuma pahit untuk diingat kembali.. Doakan semoga segera maCy berlapang dada dengan apa yang telah berlaku. Semoga maCy segera kuat untuk menghadapi mereka-mereka itu dan memulakan perjalanan baru..
p/s : terima kasih atas segala pendapat pada entry lepas. terutamanya rakan blogger baru yang bertanya di FB :)
Sekali lagi, bukan dendam, bukan membenci. Cuma pahit untuk diingat kembali.. Doakan semoga segera maCy berlapang dada dengan apa yang telah berlaku. Semoga maCy segera kuat untuk menghadapi mereka-mereka itu dan memulakan perjalanan baru..
Comments
tabahkan hati mu.
untuk setiap yg berlaku.
maCy,
duit raya bila nih ?
berjanggut dh elina tunggu.
;D
Kira doakan macy supaya kuat..
=)
echah
http://kaktianakumi.blogspot.com/2010/08/mulianya-orang-yang-pemaaf-hadith.html
yunk..u jgn bukan2 ye..i mseh hidup dan menendang ok :P
"Carilah 70 alasan untuk memaafkan saudaramu,jika kamu tidak memaafkan juga,maka dirimu lah yang patut dipersalahkan"
TK berdoa moga kamu jumpa jalan penyelesaian dilembutkan hati utk memaafkan..
salam Syawal. Atap reput?TK ganti baru ea.. nak cat color apa? HAHA
errr, atap pink? haha
jiwa aku berdendam.
pembenci diri.