Friday, September 17, 2010

sukar kah memaafkan?

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semua. Hari ini kelas telah bermula. Tapi malangnya, satu-satunya cafe yang terdapat di kampus maCy tutup! Maka berlaparlah kami sehingga tamat kelas. Dan maCy lebih 'bernasib baik'. Kelaparan sehingga ke petang kerana menunggu roommate pulang dari outing. Bukan malas keluar cari makan, tapi kurang sihat sedikit. Jadi malas mahu memenatkan badan dengan keluar berjalan-jalan. huhu. Terima kasih kepada nasi ayam yang memenuhi ruang perut jam 6.30 petang tadi..

Tutup cerita. Status terbaru maCy di FB berbunyi begini, 'maaf? sukar ke memaafkan?'


Kepada siapa ditujukan status ini? Kepada diri sendiri. maCy bukanlah seorang pendendam, tapi kadangkala ada beberapa kisah yang terlalu pahit untuk dikenang. Sempena raya ini, maCy menerima beberapa mesej dari sahabat-sahabat lama,
'mathila, aku minta maaf, aku banyak salah pada ko. aku harap kita dapat jadi kawan macam dulu.',
'mathila, maaf sebab banyak sakitkan hati awak dulu.',
'maCy, lama kan *** tak contact maCy, banyak salah *** pada maCy, *** minta maaf.'

Itu antaranya, dan dua antara mesej diatas belum maCy balas. Mengapa? Kerana semuanya terlalu pahit untuk dikenang. Dengan kata lain, bukan tidak memafkan tapi sebolehnya tidak mahu muncul lagi kisah itu dalam hidup. Antara yang terlalu pahit untuk diingat kembali, semuanya kerana fitnah. maCy yakin, semua pun tahu, kerana fitnah, boleh menghancurkan hidup orang yang difitnah. Dan itu yang berlaku. SATU fitnah yang dicanang, bertahun-tahun maCy menanggung akibatnya. Dan kerana itulah, mesej yang pendek itu, masih lagi belum maCy balas.

Sehinggalah maCy terbaca di sini (Klik Sini).
Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memafkan orang yang MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENGKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU? (tidak mahu menegurmu)

Sekali lagi, bukan dendam, bukan membenci. Cuma pahit untuk diingat kembali.. Doakan semoga segera maCy berlapang dada dengan apa yang telah berlaku. Semoga maCy segera kuat untuk menghadapi mereka-mereka itu dan memulakan perjalanan baru..


p/s : terima kasih atas segala pendapat pada entry lepas. terutamanya rakan blogger baru yang bertanya di FB :)

20 comments:

cik elina said...

maaf kan mereka seblum lenamu maCy.

tabahkan hati mu.
untuk setiap yg berlaku.

maCy,
duit raya bila nih ?
berjanggut dh elina tunggu.
;D

Miss Kira said...

amin...
Kira doakan macy supaya kuat..
=)

Anonymous said...

senang memaafkan..tp nak lupa tu perit...prsoalanya...kte ikhlas ke nak maafkan sgala kslhn sdgkan akn ade ketika kte akn ingt balik dan hati kita sakit balik..haishh..huhu

echah

khairul_bariyyah said...

err...entry ni dah diedit... commentku hilangkah? wee~

~Dr.CiNta~ said...

eh, mktab da bukak hari jum? awal2~ =D

di sebalik wajahku.. said...

jom.. terjah

http://kaktianakumi.blogspot.com/2010/08/mulianya-orang-yang-pemaaf-hadith.html

cemomoi said...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. tuan badan je yang tau akan sakitnya...

iemaZAIMAH said...

ehem2..terkenang daku akan peristiwa lama..lalalallalalaaaa~

yunk..u jgn bukan2 ye..i mseh hidup dan menendang ok :P

maCy said...

errr.. u ni tak betul ke? haha ;p

maCy said...

moga semuanya pulih~

maCy said...

ouh. terima kasih sahabat! :D

maCy said...

sangaaaaat awal >.<"

maCy said...

err.. ade buat ke tadi? huhu

maCy said...

echahhhh.. jangan guna nama anon! sensitif. hihi

maCy said...

thanks kira :D

maCy said...

errr.. duit raya msk silibus ke? ;p

tukangkata said...

owh TK pernah baca mutiara kata ttg MAAF ni dan berhasrat nak share dekat Macy
"Carilah 70 alasan untuk memaafkan saudaramu,jika kamu tidak memaafkan juga,maka dirimu lah yang patut dipersalahkan"

TK berdoa moga kamu jumpa jalan penyelesaian dilembutkan hati utk memaafkan..

salam Syawal. Atap reput?TK ganti baru ea.. nak cat color apa? HAHA

maCy said...

ouh. thanks TK. amat bermakna..

errr, atap pink? haha

Anonymous said...

very nice article.it took me some time to really understand the message.Thanks :)

MATAHARI said...

aku suka entri ini.




jiwa aku berdendam.
pembenci diri.