suara yang didengar mayat


Salam sejahtera semua. maCy Isnin ini akan ke sekolah untuk menjalani PBS. Tak sabar rasanya mahu ke sana. Cuma, lagi seronok kalau dapat makan hasil tangan mak di akhir-akhir Ramadhan ini.. Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai suara yang didengar mayat. Lama rasanya tidak membuat perkongsian rohani di sini..

Ada tiga hal yang akan mengikut mayat adalah tiga hal iaitu :

  1. keluarganya
  2. hartanya
  3. amalnya
Ada dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya iaitu :
  1. keluarga dan hartanya akan kembali
  2. sementara amalnya akan tinggal bersamanya

Maka ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkanmu. Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, atau kekayaan yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah menguburmu."

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan... Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah. Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara. Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa. Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini raib tak bersuara.”

Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha. Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah.”

Wahai fulan anak si fulan.. Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat diusung, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan. Berbahagialah apabila matimu diawali taubat. Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat.”

Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik. Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit, "Wahai fulan anak si fulan.. Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini.”

“Wahai fulan anak si fulan.. Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian, Allah berkata kepadanya, "Wahai hamba-ku.. Kini kau tinggal seorang diri, tiada teman dan tiada kerabat, di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu, seorang diri.. Padahal, kerana mereka kau pernah langgar perintahku. Hari ini, akan kutunjukan kepadamu kasih sayang-ku.. Yang akan takjub seisi alam, aku akan menyayangimu, lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya".

Kepada jiwa-jiwa yang tenang allah berfirman, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu, dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam jannah-ku".

Sebagai peringatan bersama..


p/s : doakan esok baik-baik sahaja ya :)

Comments

BeMiE said…
suka tul bace entry cam ni.. tq maCy.. tetiba wat bemie muhasabah diri..
Unknown said…
menakutkan..huuuuuu..
dialog tu..
astahgfirullah..
great dek!

mane cited?
nekmo said…
takut la...
nekmo
Anonymous said…
takot mati T_T insaf .

CIMUTmalasnaksingnin :)
Anonymous said…
takot mati T_T insaf .

CIMUTmalasnaksingnin :)
nice sharing dear.. rasa macam sambungan daripada entry dak comot yg ari 2 plak.. (nak jugak nih) hihihi

take care buat PBS 2.. jgn ngorat student plak.. ;p
Anonymous said…
bemie :
thanks. sama2 muhasabah ya :)


siti faridah hanum :
thanks :)
Anonymous said…
kak syamila :
um, ambil dari folder yg ada banyak2 tazkirah..


cimut :
mati tu pasti.. memang takde excuse~
Anonymous said…
nekmo :
samala kita.. huu

dakcomot :
ahaha.. ley plak. sama2 ingat ye dear.. tak2 maCy tak nakal kat skola ;p
Unknown said…
mati tu psti idup ni insyallah...
tgh menunggu turn...cpt or lmbt psti smpai
Lan Bingka said…
bagus sebagai peringatan, jangan terlampau mengejar harta dunia..
Anonymous said…
echah :
betul2.. tunggu turn? erk.. huhu


lan bingka :
setuju. sama2 ingatkan :)
Unknown said…
saya singgah sini juga:)



Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim
mengingati mati itu satu pahala.. :)
Anonymous said…
astaghfirullah..
terasa kerdilnya kita..
Fontonk said…
nice sharing.
yg penting mati itu wajib.
kalau tak wajib apajadik?
singgah blog saya pulak, ada jawapan.
hehehe
tot tot kecik said…
salam..

ya Allah begitu kecilnye dunia ni..di mana kite wujud di situ kte kembali..


harap semuanye dijauhkan dr seksaan...amin...


smile always.. :)
Anonymous said…
cik jari :
kembali meremang..


cik linn :
setuju :)


mengenaldiri :
kerana kita benar2 kecil~
Anonymous said…
fontonk :
ouh, akan singgah :D


tot :
senyum balas tot~
terokai seni said…
kalau le kita diberi kesempatan mendengarnya... uuuu
Ieqa Swetluv said…
Ya Allah.. bila fikir diri ni camne.. amalan camne.. rasa kerdilnya..rasa x ready apa.. takut~~


nice sharing =)
faINa989 said…
muhasabah diri....
Fuz said…
Good Entry miss ;>
Duniakuabstrak said…
termenung kejap lepas baca
Mr. Asada said…
semacam belum cukup amalan untuk menempuh saat terakhir bernafas..

sama-sama perbaiki diri untuk menghadapi kematian..

**siyes seram sejuk badan lepas baca..
Nas said…
nice info nie macy..
betul tue...
kalau kita kaye pon ape gunenyer harta tue..tak masuk kubur kan?
baik aje sedekah kat masjid..
Fared Isa said…
salam..

wow, very well-written article..

it helps remind us of our real intention in this life...

nice writing, keep it up.. ;)
Hidayati Farhan said…
Oh, sangat mentusuk kalbu. buat bulu roma naik plak

takuuutt bila tiba saat itu :D

* I da link kan blog u. hope u dun mind :D
¶A.K.I¶ said…
thx for da info dea!

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan