suara yang didengar mayat
Salam sejahtera semua. maCy Isnin ini akan ke sekolah untuk menjalani PBS. Tak sabar rasanya mahu ke sana. Cuma, lagi seronok kalau dapat makan hasil tangan mak di akhir-akhir Ramadhan ini.. Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai suara yang didengar mayat. Lama rasanya tidak membuat perkongsian rohani di sini..
Ada tiga hal yang akan mengikut mayat adalah tiga hal iaitu :
- keluarganya
- hartanya
- amalnya
- keluarga dan hartanya akan kembali
- sementara amalnya akan tinggal bersamanya
Maka ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkanmu. Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, atau kekayaan yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah menguburmu."
Ketika mayat tergeletak akan dimandikan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan... Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah. Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara. Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa. Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini raib tak bersuara.”
Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha. Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah.”
“Wahai fulan anak si fulan.. Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."
Ketika mayat diusung, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan. Berbahagialah apabila matimu diawali taubat. Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat.”
Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik. Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."
Ketika mayat dibaringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit, "Wahai fulan anak si fulan.. Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini.”
“Wahai fulan anak si fulan.. Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."
Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian, Allah berkata kepadanya, "Wahai hamba-ku.. Kini kau tinggal seorang diri, tiada teman dan tiada kerabat, di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu, seorang diri.. Padahal, kerana mereka kau pernah langgar perintahku. Hari ini, akan kutunjukan kepadamu kasih sayang-ku.. Yang akan takjub seisi alam, aku akan menyayangimu, lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya".
Kepada jiwa-jiwa yang tenang allah berfirman, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu, dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam jannah-ku".
Sebagai peringatan bersama..
p/s : doakan esok baik-baik sahaja ya :)
Comments
dialog tu..
astahgfirullah..
great dek!
mane cited?
nekmo
CIMUTmalasnaksingnin :)
CIMUTmalasnaksingnin :)
take care buat PBS 2.. jgn ngorat student plak.. ;p
thanks. sama2 muhasabah ya :)
siti faridah hanum :
thanks :)
um, ambil dari folder yg ada banyak2 tazkirah..
cimut :
mati tu pasti.. memang takde excuse~
samala kita.. huu
dakcomot :
ahaha.. ley plak. sama2 ingat ye dear.. tak2 maCy tak nakal kat skola ;p
tgh menunggu turn...cpt or lmbt psti smpai
betul2.. tunggu turn? erk.. huhu
lan bingka :
setuju. sama2 ingatkan :)
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
terasa kerdilnya kita..
yg penting mati itu wajib.
kalau tak wajib apajadik?
singgah blog saya pulak, ada jawapan.
hehehe
ya Allah begitu kecilnye dunia ni..di mana kite wujud di situ kte kembali..
harap semuanye dijauhkan dr seksaan...amin...
smile always.. :)
kembali meremang..
cik linn :
setuju :)
mengenaldiri :
kerana kita benar2 kecil~
ouh, akan singgah :D
tot :
senyum balas tot~
nice sharing =)
Cerita terbaru di blog:"Menacari Wajah Tuhan"
"Mama... Janganlah Menangis Lagi.. T__T" Versi Luahan Hati Seorang Ibu Kepada Anaknya...
sama-sama perbaiki diri untuk menghadapi kematian..
**siyes seram sejuk badan lepas baca..
betul tue...
kalau kita kaye pon ape gunenyer harta tue..tak masuk kubur kan?
baik aje sedekah kat masjid..
wow, very well-written article..
it helps remind us of our real intention in this life...
nice writing, keep it up.. ;)
takuuutt bila tiba saat itu :D
* I da link kan blog u. hope u dun mind :D