siapa yang layak menyambut hari raya aidilfitri?
Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah kian hampir ke penghujungnya. Terasa amat rugi kerana tidak sepenuhnya mengejar pahala bila Ramadhan bertandang. maCy masih belum dalam mood beraya, tapi pusing-pusing dengar lagu raya juga. hihi..
Sudah dalam mood raya? Biasanya, soalan wajib sempena raya, "baju raya berapa pasang?". Jawapan wajib maCy pula setiap tahun, "tak pernah lebih sepasang..". Baju raya tahun ini pun sengaja dipilih warna yang sudah sesuai dengan tudung sedia ada. Yes! Jimat. Boleh beli Ferrari sebijik kalau tiap tahun macam ni. huhu..
Baik-baik, tutup cerita. Alkisah maCy blogwalk sebentar selepas subuh pagi tadi. Sehinggalah terjumpa entry di blog ini (Klik Sini). Apa yang ingin maCy kongsikan ialah maCy tertarik dengan komen salah seorang pembacanya.
Hari Raya Aidilfitri disambut bagi mereka yang berkelayakan dengan:-
- Puasanya sempurna dan cukup sebulan di bulan Ramadhan;
- Mereka yang mengeluarkan zakat fitrah.
- Mereka yang menunaikan solat terawih dengan sempurna disamping,selawat,zikir dan menghabiskan masa di bulan ramdhan dengan membaca Al-Quran-sebaiknya 2 kali khatam dalam bulan tersebut.
- Mereka yang tidak bermusuhan dan tidak minum arak atau mabuk-mabuk di malam mulia.
- Mereka yang membuat ihsan kepada kedua ibubapa dan keluarga terdekat.
- Mereka yang menunaikan hajat orang lain dan banyak bersedekah di bulan ramadhan.
- Mereka yang menegakkan Agama Allah dengan harta diri dan masa semata-mata kalimah suci yang unggul.
- Mereka yang selalu mengerjakan amalan sunat-sunat lain termasuk solat tahajjud, witir,hajat,taubat dan mereka yang sentiasa berbuat baik sesama Islam.
- Mereka yang tidak mengamalkan bidaah dan dalam hatinya ada kebesaran Allah s.w.t dan cinta kepada sunnah nabi s.a.w.
- Mereka yang berkelayakan mukmi,mukhlisin,mutawakkilin dan bersifat mulia.
Comments
thx macy...
aki mengucapkan slmt hari rye. maaf zahir dan batin untuk macy dan suami~ erk!! eheheh
selamat hari raya.. Maaf Zahir dan Batin... ^__^
selamat hari raya,maaf zahir batin juga kpd maCy dan suami ya ;D
haha
selamat hari raya buat macy n keluarga..semoga kte layak menyambut Aldilfitri..=)
(^^:)
keh slamat hari raya mahap zahir batin... nak duit raya tak?
macy yuyunk,SELAMAT HARI RAYA..
eyh,pose xckup??macy xleyh rayeeeee :P
selamat ari raye macy~ maaf zahir je.. ;p
gyahahahahha~
slmt ari raya utk macy n fmly jgk ek..
nak raya gak bleh tak?
hehe
samalah.fatin pn xde beriya sangat nak raya.sampaikan baju raya pun umi belikan.hihi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Mathila Hj. Mansor.
mintak maaf if selama ini ada terasa sepanjang perkenalan kita.halalkan sume2 ea..^_^
raya jemput datang umah.=)
alamak..x cukup puasa sebulan ni. x leh raya laa..isk3..
Terima Kasih Nuffnang : Respons Helpdesk Nuffnang
Iklan Petronas : Hari Raya Seven Sons
papepon, selamat hari raya
yeehhaa!!
kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com
Jemputlah ke rumah yg sentiasa terbuka d Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.