Wednesday, September 8, 2010

siapa yang layak menyambut hari raya aidilfitri?


Assalamualaikum..


Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah kian hampir ke penghujungnya. Terasa amat rugi kerana tidak sepenuhnya mengejar pahala bila Ramadhan bertandang. maCy masih belum dalam mood beraya, tapi pusing-pusing dengar lagu raya juga. hihi..

Sudah dalam mood raya? Biasanya, soalan wajib sempena raya, "baju raya berapa pasang?". Jawapan wajib maCy pula setiap tahun, "tak pernah lebih sepasang..". Baju raya tahun ini pun sengaja dipilih warna yang sudah sesuai dengan tudung sedia ada. Yes! Jimat. Boleh beli Ferrari sebijik kalau tiap tahun macam ni. huhu..

Baik-baik, tutup cerita. Alkisah maCy blogwalk sebentar selepas subuh pagi tadi. Sehinggalah terjumpa entry di blog ini (Klik Sini). Apa yang ingin maCy kongsikan ialah maCy tertarik dengan komen salah seorang pembacanya.


Hari Raya Aidilfitri disambut bagi mereka yang berkelayakan dengan:-

  1. Puasanya sempurna dan cukup sebulan di bulan Ramadhan;
  2. Mereka yang mengeluarkan zakat fitrah.
  3. Mereka yang menunaikan solat terawih dengan sempurna disamping,selawat,zikir dan menghabiskan masa di bulan ramdhan dengan membaca Al-Quran-sebaiknya 2 kali khatam dalam bulan tersebut.
  4. Mereka yang tidak bermusuhan dan tidak minum arak atau mabuk-mabuk di malam mulia.
  5. Mereka yang membuat ihsan kepada kedua ibubapa dan keluarga terdekat.
  6. Mereka yang menunaikan hajat orang lain dan banyak bersedekah di bulan ramadhan.
  7. Mereka yang menegakkan Agama Allah dengan harta diri dan masa semata-mata kalimah suci yang unggul.
  8. Mereka yang selalu mengerjakan amalan sunat-sunat lain termasuk solat tahajjud, witir,hajat,taubat dan mereka yang sentiasa berbuat baik sesama Islam.
  9. Mereka yang tidak mengamalkan bidaah dan dalam hatinya ada kebesaran Allah s.w.t dan cinta kepada sunnah nabi s.a.w.
  10. Mereka yang berkelayakan mukmi,mukhlisin,mutawakkilin dan bersifat mulia.
Jika puasa sahaja,tetapi tidak memenuhi syarat-syarat di atas,hanya tinggalkan raya sahaja.salam.

Terawih cukup? Lebih tepat, cukup dan sempurna? Hum, yang puasa tapi tak cukup lima pula?

Terkedu rasanya. Kalaulah begitu, dalam kita sibuk membuat persiapan, dengan segala langsir barunya, dengan segala kuih tunjuknya, dengan baru raya yang berpasang-pasang belum campur dengan T-shirt, jeans dan sebagainya. Layakkah kita menyambut aidilfitri sebenarnya?

Akhir kata, (takut-takut tak sempat buat post baru lagi.. huhu) sempena Syawal yang bakal menjelang, maCy dan suami ingin mengucapkan salam aidilfitri. Buat mereka yang mengenali mahupun tidak mengenali, yang pernah terkena salah atau yang pernah merasa diri ini bersalah, yang tiba-tiba terbaca entry ini pun, maaf zahir batin ye.

Siapalah diri ini untuk memeluk kesempurnaan,
sedangkan mencium harumnya sempurna pun belum tentu layak~


p/s : rumah dah mula sibuk, penuh dengan askar-askar tersayang :)

24 comments:

bspotgurl said...

macy - selamat menyambut hari raya aidilfitri buat macy sekeluarga. maaf jika terkasar bahasa or tersentuh di jiwa

Ckin Kembaq said...

insaf...huhu

¶A.K.I¶ said...

info menarik...
thx macy...


aki mengucapkan slmt hari rye. maaf zahir dan batin untuk macy dan suami~ erk!! eheheh

@ien_R@z said...

semoga kita semua layak untuk menyambut aidilfitri yang mulia.. insya Allah..


selamat hari raya.. Maaf Zahir dan Batin... ^__^

encik azuwan said...

aku rase ramai je puase tp tak solat. wpn dieorg tau solat tu tiang agama.

iqbalsyarie said...

erk...2 kali khatam?saya sekali pun tercungap-cungap..hehe...sikit lagi ni~boleh abes insyaAllah..

selamat hari raya,maaf zahir batin juga kpd maCy dan suami ya ;D
haha

Lan Bingka said...

salam aidilfitri.. layan la askar2 tu ye..;p

Yuni Aisyah said...

macy ada suami.??hahaha..

selamat hari raya buat macy n keluarga..semoga kte layak menyambut Aldilfitri..=)

モハマヅ ブッカリ said...

kepada sesiapa yg berpuasa je yg layak menyambut aidilfitri
(^^:)

cemomoi said...

hoh, nampaknya jdik antu raya le jawabnya

keh slamat hari raya mahap zahir batin... nak duit raya tak?

iemaZAIMAH said...

kesempurnaan tu bkn kite yg menilai kn..

macy yuyunk,SELAMAT HARI RAYA..

eyh,pose xckup??macy xleyh rayeeeee :P

naz said...

saya sudah cuba termampu selebihnya yang maha tentukan nya :) selamat hari raya

hamzah ian said...

ramai je yg smbut raya walau ttak pose.. hehehe

khairul_bariyyah said...

ngee~ xleh sambut raye la camni..bukan setakat x cukup pose.. amalan2 lain pon xckup jugak.. wuwuu~~

selamat ari raye macy~ maaf zahir je.. ;p

Hellioz said...

macy pose pnoh x?
gyahahahahha~

♥ shiMawar ♥ said...

erm..info yg sgt brguna.. :)

slmt ari raya utk macy n fmly jgk ek..

Mario said...

wah bestnya ramai dah balik ek...aku mlm raya baru balik...20mnt dah sampai...hehe

DuniakuAbstrak said...

adehh..byk lompang aku nih

nak raya gak bleh tak?

hehe

anayilz said...

ok.xlayak sambut raya.='(

samalah.fatin pn xde beriya sangat nak raya.sampaikan baju raya pun umi belikan.hihi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Mathila Hj. Mansor.
mintak maaf if selama ini ada terasa sepanjang perkenalan kita.halalkan sume2 ea..^_^
raya jemput datang umah.=)

~ ReD ~ said...

salam aidilfitri..huhu...

alamak..x cukup puasa sebulan ni. x leh raya laa..isk3..

Terima Kasih Nuffnang : Respons Helpdesk Nuffnang

Iklan Petronas : Hari Raya Seven Sons

Long Haffiz Long Hassan said...

tersedar jap..haha
papepon, selamat hari raya
yeehhaa!!

kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

ieQa sWetLuv said...

salam aidifitri juga macy.. =)

baincardin said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)

Dak Mat said...

Slamat Idilfitri utk MaCy sekeluarga.

Jemputlah ke rumah yg sentiasa terbuka d Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.