musafir cinta dusta
di sini ada satu cerita..
tentang gadis berkerudung merah..
pernah sekali, sang musafir cinta hadir mengetuk pintu hatinya..
tanda meminta ruang untuk berteduh..
diizin namun dibiarkan pula tidak berjaga..
kenapa tapi tidak mengapa..
itu dua tahun yang lalu..
pintu lain diketuk saling silih berganti..
di sini melihat, diam..
di sini memandang, menguntum senyum..
semuanya tidak mengapa..
asal sang musafir berbahagia di perjalanannya..
dua tahun berlalu..
sang musafir datang kembali..
tahu barangkali empunya hati masih setia menanti..
sang musafir bercerita..
perjalanannya cukup jauh..
tapi yang di sini masih tidak hilang..
likat. kata-kata racun dusta seorang musafir cinta..
dan bila si empunya hati kian cuba menjauh..
sang musafir seakan berkata, "sabarlah menanti, perlu cuma sedikit masa untuk bersedia"
namun bila tiba di dua persimpangan..
ada sepasang mata memandang manja..
lalu sang musafir tiba-tiba mahu terus mencuba nasibnya..
lalu ditinggalkan si gadis tanpa sebarang tanda..
hebat..
mata si gadis sudah kelihatan berkaca..
kamu seorang musafir cinta yang cukup hebat..
di luar hujan renyai-renyai..
kalau tak renyai macam mana baju nak kering~
neno-neno..
air mata itu tipu sahaja,
gadis berkerudung merah sudah terbiasa,
gadis berkerudung merah itu entah siapa-siapa,
semua dusta, cerita ini juga dusta belaka~
p/s : esok mari teman maCy menyanyi~ :D
Comments
hik3
mood:gedik~
benar, manusia takkan kenal erti menghargai sehingga dia kehilangan..
kepada gadis berkerudung merah a.k.a macy : tabahlah.. :)
be strong dear!!
Allah tahu apa yg terbaik buat kita.. insya Allah.. believe in HIM..
apapun bertabah cik MaCy..
namo sedih2..hidup mesti happy!
brhentilah mngis..
kerna psti ade teruna berkopiah merah utkmu bile tibe saatnye nnti:)..heee
pasti ada yang menanti..jgn sedey2 ye...senyum2 selalu...
P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!