Thursday, August 19, 2010

musafir cinta dusta

di sini ada satu cerita..
tentang gadis berkerudung merah..
pernah sekali, sang musafir cinta hadir mengetuk pintu hatinya..
tanda meminta ruang untuk berteduh..
diizin namun dibiarkan pula tidak berjaga..
kenapa tapi tidak mengapa..
itu dua tahun yang lalu..
pintu lain diketuk saling silih berganti..
di sini melihat, diam..
di sini memandang, menguntum senyum..
semuanya tidak mengapa..
asal sang musafir berbahagia di perjalanannya..
dua tahun berlalu..
sang musafir datang kembali..
tahu barangkali empunya hati masih setia menanti..
sang musafir bercerita..
perjalanannya cukup jauh..
tapi yang di sini masih tidak hilang..
likat. kata-kata racun dusta seorang musafir cinta..
dan bila si empunya hati kian cuba menjauh..
sang musafir seakan berkata, "sabarlah menanti, perlu cuma sedikit masa untuk bersedia"
namun bila tiba di dua persimpangan..
ada sepasang mata memandang manja..
lalu sang musafir tiba-tiba mahu terus mencuba nasibnya..
lalu ditinggalkan si gadis tanpa sebarang tanda..
hebat..
mata si gadis sudah kelihatan berkaca..
kamu seorang musafir cinta yang cukup hebat..

di luar hujan renyai-renyai..
kalau tak renyai macam mana baju nak kering~


neno-neno..
air mata itu tipu sahaja,
gadis berkerudung merah sudah terbiasa,
gadis berkerudung merah itu entah siapa-siapa,
semua dusta, cerita ini juga dusta belaka~


p/s : esok mari teman maCy menyanyi~ :D

19 comments:

✿nenek moden✿ said...

nek faham maksud entri ni...

✿nenek moden✿ said...

kadang2...seseorang itu tidak tahu menghargai apa yang ada dihadapannya melainkan apa yang dia ada sekarang hilang..baru dia sedar akan kewujudan itu...tapi..sekali lagi..apabila dia berjaya memperoleh peluang itu..dia lepas kan peluang itu juga..entah bila nak hargai...

iemaZAIMAH said...

haaa....ni mesti ad ape2 ni...macy..hujan2 jgn feeling sgt ;P

iemaZAIMAH said...

macy macy macy macy

hik3


mood:gedik~

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

waah menarik! gadis bertudung merah itu MACY!!

♥ shiMawar ♥ said...

oho..mood kejiwangan cik macy rupanye.. :D

benar, manusia takkan kenal erti menghargai sehingga dia kehilangan..

kepada gadis berkerudung merah a.k.a macy : tabahlah.. :)

iqbalsyarie said...

menarik...kamu mmg berbakat :)

cemomoi said...

bukannya aku tak tega.... (iklim)

cemomoi said...

bukannya aku tak tega... (iklim)

@ien_R@z said...

walaupun citer ini dusta.. tetap nak cakap

be strong dear!!

Allah tahu apa yg terbaik buat kita.. insya Allah.. believe in HIM..

Nur Qistina said...

wah3..puitis sungguh..
apapun bertabah cik MaCy..
namo sedih2..hidup mesti happy!

echah mashuri said...

utk si gdis bertudung merah..
brhentilah mngis..
kerna psti ade teruna berkopiah merah utkmu bile tibe saatnye nnti:)..heee

lumut said...

krn cinta gugurlah airmatamu syg...

M a W a D D a H said...

macy..tersengih jap baca komen echah mashuri itu..hihi..ye pasti berkopiah merah menanti..kekeke..

pasti ada yang menanti..jgn sedey2 ye...senyum2 selalu...

hans said...

nih kira engkau tengah bersedihlah ni macy?

P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

teruskan bercinta...ada bahgia di hujung sana

Yuni Aisyah said...

sob2 cian si gadis bertudung merah tu..yuni faham situasi n perasaan si gadis..

cik elina said...

benarkah ini dusta.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kekadang aku ingin jadi musafir itu