Apa Salahnya Menjadi Pelakon?

Assalamualaikum,

Ingat tak maCy pernah buat entry tentang rahsia personaliti melalui tarikh lahir? Tak ingat? Nah, boleh tengok (Di Sini).

Alkisah ada yang sempat mengata maCy kerana maCy dapat kategori pelakon. Biasa, bila asyik memandang kepada keburukan, seribu kebaikan pun akan tertutup. Sehinggakan kategori yang maCy dapat itupun menjadi bahan untuk cuba menyakiti hati ini. Saat itu, mahu sahaja maCy kata, "bukan maCy boleh pilih tarikh lahir agar tidak dapat kategori itu". Tapi, tak apa. Biarkan sahaja, memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak..

Lupakan sahaja, bukan itu yang ingin maCy kongsikan kali ini. maCy tertarik dengan entry seorang sahabat blogger yang baru juga bertapak di blog maCy ini iaitu encik iqbalsyarie. Entry Mesti Baca : Tips Disayangi Bos ini sangat menarik dan ada menyentuh mengenai kerjaya pelakon. Awas! usah tertipu dengan tajuk entrynya, itu bukan entry mengajar pekerja membodek bos ya tetapi tips untuk menjadi muslim professional.

terkejut mula-mula tengok anak patung mainan kat baby tu, ingat baby betul..adeh

maCy ambil sedikit petikan dari entry tersebut ;

"Pekerja yg professional pasti akn disayangi. Utk menjd professional, kita perlu mencontohi org-org yg dah berjaya. Saya ambil contoh 1 pekerjaan yg semua org tahu mereka ni semuanya professional iaitu pelakon kerana seorang pelakon professional mampu utk meguasai watak yg dipegangnya. Jika dia ditugaskan utk merogol,dia mesti akn melakonkan aksi rogol. Jika disuruh peluk pompuan, mesti dia akan peluk dgn best baiknya. Begitu juga kalau disuruh melakonkan watak pelacur,pasti dia akn melakonkan watak pelacur tu dgn jayanya hingga kerana terlalu professional, org tak boleh bezakan lg mana 1 pelacur, mana 1 pelakon sbb lakonan yg mantap. Hebat kan?

Sebagai muslim yg professional, kita mestilah menjadi seperti pelakon. Kita mesti boleh menguasai dan melaksanakan tugasan yg diberikan kpd kita dgn baik samada dgn rela atau paksa. Apa yg jelas,setiap arahan bos(Allah) kita kena buat walaupun susah. Kalau pelakon, sanggup peluk anak org sbb mengikut skrip, maka muslim professional juga harus ada rasa sanggup nak melakukan apa sahaja yg disuruh."

Menarik bukan? Manusia selaku hamba-Nya adalah pelakon yang perlu akur pada arahan tuan director yang merupakan Allah yang Esa. Tetapi usah salah faham dan mengambil analogi ini bulat-bulat. Jangan pula beranggapan bahawa kita perlu menjadi pelakon hebat dan melakukan amal ibadat tanpa keikhlasan. Menjadi muslim yang taat pada Pencipta, bukan menjadi muslim yang berpura-pura.

Jom bergolek ke Pondok Cinta milik iqbalsyarie~


p/s : baru juga tiba di rumah. entry dibuat dalam keadaan letih dan tergesa-gesa mahu masuk tidur~




Comments

Unknown said…
wah!agak terkejut disitu!Tq maCy!esok sy cuti seminggu~hee.. so,maCy update blog,minggu depan baru sy boleh baca~heee
Anonymous said…
haha.. ingat tak online tadi.. memang suka pun entry tu..
ouh2.. sedihla takde nanti nak bce entry maCy..huhu

welcome :D
tot tot kecik said…
salam..

xbest pn jd pelakon..

amek ati bos..wajib ke..?hihihi...gaji sama je..ahaha..
wena suka baca entry macy and entry iqbalsyarie..
(:
sedang berusaha utk mjdi muslim professional..
M a W a D D a H said…
menarik entry ini...

apa yang disuruh @ diperintah oleh Allah, kita wajib buat dan apa yang dilarang oleh Nya mesti kita jauhi dan tinggalkan... Dengan itu kita adalah muslim yang profesional itu...

p/s: adah mahu jadi pelakon yang terhebat...wweee...
Unknown said…
yeah...kita semua pelakon di pentas dunia...dan pengarahnya adalah Allah yang Esa.....
zai said…
betul ckp sijari.
saya palakon..awak pun pelakon juga.

hurm, zai nk bt entry berbaur nasihat, tp tak pandai ahhha camner ehh?
syahira ariff said…
heeee~
perumpamaan yang bagus
kalau pelakon perlu menjiwai watak,kita juga perlu menjiwai islam itu sendiri

=]
dushhh
nak gi terjah pondok cinta
Liefde Ain said…
suke entry nie ^^
thumbs up utk incik iqbalsyarie & sis maCy :)
aien said…
yup.. kita semua adalah pelakon.. dan seharusnya mengikut arahan pengarah (ALLAH S.W.T) supaya jalan cerita hidup kita lebih menarik dan diredhai.. insya Allah...

^____^

terjah pondok cinta~
iemaZAIMAH said…
betul2...sgt stuju psl pelakon tu..kite semua pelakon dan arahan dtg dari Dia..
Aidi-Safuan said…
haha... kenapa contoh dia mesti yang negatif? :P
Anonymous said…
aidi, apa yg jelas dan nyata, kenapa aidi nmpak yg -ve?
rutikeben said…
saya suka pelakon lyana jasmay

oh2 ini komen ke spam?ekekekek
Lun said…
maslah la, plakon mlysia ni kuat msk pub. asl famous sikit trs ke pub . tp ad gak la yg baik, tp x bnyk
Yuni Aisyah said…
nice entry both of u..=)
terokai seni said…
sibbaik tak jadik pelakon.. kalu dak asyik peluk anak orang je laaa
Nekmo said…
pasni,macy kena jadi blogger professional..hehehe
mancai said…
namun ada jugak pelakon yang lebih2 bukan dalam sesi penggambaran pun nak ikut jugak macam dalam script... jangan ikut... betul tu jadilah pelakon yang pro... profesional dan proaktif
Anonymous said…
byk skang sakit mata je aku tgk pelakon2 ni;(
Unknown said…
dalam lakonan, klau skrip nk tunjuk rasa sayang antara suami isteri, tak semestinya kena peluk kan? ada byk cara nk tunjukkan perasaan tersebut. Cuma kadang2, kalau tak ada adegan peluk2 dan ppuan dedah sana sini, maybe filem tak berapa laku kot.

Masa ari raya, ada gak tengok cter lakonan Haliza AF tu, rasanya x pnh dgr, maybe sbb jalan cerita penuh dgn unsur-unsur nasihat dan keagamaan, maka filem tak meletup wpun sarat dgn mesej.
Anonymous said…
pergh, ayat dia sungguh menarik.
dan aku terpukul lagi.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya