Kuiz Matematik Darjah 1=Misteri Kelahiran

Assalamualaikum..

Sengal je kan tajuk entry tu.. hihii.. Ok, dah puas mengadu pasal gf orang, ni nak share benda lain pulak.. huhu

Ingat tak maCy pernah post kuiz personaliti? (Klik Sini). Kali ni maCy nak post kuiz tarikh lahir pula..

Niat awalnya nak post entry birthday boy and girl bulan Mei, tapi busy. Jadi maCy post lah entry yang ada kaitan sedikit..

Apa kaitan tarikh lahir dengan personaliti anda? Sebagai contoh, maCy ambil tarikh lahir seorang gadis misteri. hehe ;p


Contoh :
16 Januari 1990
16 + 1 + 1990 = 2007
2+ 0 + 0 + 7 = 9 (Jadi nombor lahirnya ialah 9)
~dapatkan sampai satu digit saja ya


Sudah buat kira-kira? Jom semak keterangan nombor anda :D


Keterangan nombor lahir :

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

- Sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Sangat popular dan idealistik.
- Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif

- Sangat peka dan tradisional.
- Sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

- Adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

- Adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Suka seni musik.
- Menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

- Adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
-Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Sangat suka berahsia.
- Hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

- Adalah penyelesai masalah.
- Profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
- Mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Jadi, siapa anda? :)


p/s : tengah sengih sorang-sorang depan lappy.. hee

Comments

syahira ariff said…
sy punyer no 5
huhuhu
thnxx 4 sharing macy
best laa mende nie
;]
Aidi-Safuan said…
kenapa takde jawapan 0 = si kacak? aidi dapat jawapan kosong la.
Anonymous said…
syahira ariff :
bnde ni maCy da pna wt time zaman ske bce mjlh remaja dlu.. tp sje je tarok cni plak.. hehe


Aidi-Safuan :
tu pic aidi comel, skg pasan aidi kacak pulak..iskkk, konfius! ;p
Rina Rossoneri said…
haha penyelesaian..macam kelakar je
kacang said…
pnut no 8 lahh.
hoho.
penyelesian.
hikhik.
teng q for your sharing macy=)
Anonymous said…
rosseneri :
maCy bace pun cm klakar.. tp macho kot yg tu..huhu

kacang :
sesame street kacang :D
hehe saya dapat lapan...
^_^
Mr. Asada said…
hohoho~ ade plak entry pasal benda ni.. hihi :P

tajuk yang best untuk entry ni, "rahsia jumlah tarikh lahir anda"

hurmm.. ye ke benda ni?? hahaha.. tapi mmg berkenaan jugak la ciri2 dia. lalala~
Anonymous said…
sue :
8? maC 9..huhu


Kembara kertas kosong :
8 jugak? hadoih.. hihi


asada ryutaro :
maCy maleh na mengarang bende kne pk la.. busy.. huhu
asada 5 kan?
hum, xmo2, xbest pn tjuk asada.. skema..lalala~ ;p
terokai seni said…
yang hensem dan macho tu le koi
Aidi-Safuan said…
okay, combina kacak dan comey! jawapannya adalah = aidi-safuan. hehehe
Anonymous said…
cemomoi :
cemomoi pn sama, takda masuk list! hehe


aidi-safuan :
iskkk.. ni lagi sorang geng perasan..huhu
Miss Kira said…
hahahah...
Kira punya no.7
hehehe
hehehe saya dapat empat
Anonymous said…
miss Kira :
waaaaa, gle la..7! huhu

shameel iskandar :
sangat sesuai dengan tuan empunya :)
CassiELFia said…
kechik pny num 8!!
hehehe..best giler baca entry2 macy..
tp ada sesetengah entry tu da xleh baca..sedey~ T___T
Anonymous said…
che kechik :
8?? ramai gila 8 kat sini..huhu
tahan dari maCy dapat 9..haha
eh, nape takleh baca?
- said…
org no 5!
hehe
Anonymous said…
no 5 cikgadis? wow! huhu
Nekmo said…
kita sama..hehe
Syahrul Iman said…
macy..iman dpt sampai dua digit la..puas pikir camne la nak dapat sampai satu digit saje..huhu
Anonymous said…
wah...no 9! taniyah pada tuan pnye blog ini... PELAKON..
salah satu kelebihannya...
Pandai Berpura-PURA..
Anonymous said…
nenek moden :
sama? hahaha.. kite best.. hehe



syahrul iman :
tambah la bagi tggal satu digit iman.. huhu



Anonymous :
malas nak layan anonymous, hati tercemar dengan apa agaknya. kasar bukan? tapi muhasabahlah kenapa.
tak perlu cari kesalahan org lain, semak diri sendiri dulu.

asyik memandang kesalahn orang, asyik mncari ksempurnaan orang..

sudah2 lah, hati awk tak tenang kat sini. penuh rasa nak jatuhkan org lain. lebih baiklah pergi~
hudamcgyver said…
alamak.no 9 jugak~
Anonymous said…
Huda :
takpela no.9.. bukan kite boleh ckp kat mak, mak, jgn lahirkan saye arini, ti dpt no.9! ki3

kite same..lalala~
Lun said…
no 8
but my personality lgsg x sama,
btw thnks 4 d knowledge
Anonymous said…
Lun :
its ok.. bnde ni tak smue accurate..
lgpn, people can change kan :)
thx 4 visiting =)
Syahrul Iman said…
oo ye ke..iman dpt no 4 la macam tu..

suka dgn perkataan tradisional dan degil..wakaka
Unknown said…
wow...romantiknya i....
bukan penggoda said…
aku PINJAM mende alah ni. jemput usha entri terbaru. hehe.
Anonymous said…
aku nombor 3. :P

Popular posts from this blog

undeleted

Aktiviti Laluan Berhalangan

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun