Kuiz Personaliti.. Eh, kuiz kah~

Hai semua!

Macy tahu ramai antara kita sedang dalam kesibukan untuk menyudahkan assignment, menghadapi peperiksaan mahupun bekerja. Jadi, entry kali ini Macy nak ajak anda semua rehat dan release tension sebentar sambil mengenali personaliti diri.

Jom cuba dan jangan kedekut berkongsi keputusannya ya? :D

AMARAN KERAS : Dilarang melihat jawapan di bawah terlebih dahulu. Anda menipu, anda rugi :)

Baca situasi ini dan jawab soalannya~

Ada 5 perkara berlaku serentak:

1. Air mendidih di dapur.

2. Air paip melimpah di bilik air.

3. Bayi menangis.

4. Telefon berbunyi.

5. Ada orang mengetuk pintu.

Soalan :

Antara 5 perkara tersebut, yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan terlebih dahulu? Susun perkara 1-5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama.

Fikirkan~




Sudah puas berfikir dan membuat keputusan?




Jangan nak tengok jawapan dulu! Degil betul! ;p




Ok. Mahu tahu fakta terselindung di sebalik jawapan anda? Mari kita bongkar rahsianya~

Ciri/Sifat/Perkara yang anda utamakan dalam memilih pasangan.

Memilih untuk menutup air medidih : anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

Memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Memilih untuk memujuk bayi yang menangis : anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Memilih untuk membuka pintu : anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Setuju dengan jawapan yang anda dapat? Sesuaikah dengan diri anda? Jom kongsi :)

Ini jawapan Macy :

1. Air mendidih di dapur.

2. Bayi menangis

3. Ada orang mengetuk pintu

4. Telefon berbunyi.

5. Air paip melimpah di bilik air.


Sekian.


p/s : tidaklah pula maCy kata semuanya tepat, tapi tak salah kan kalau mencuba? :)

Comments

Unknown said…
hahahhah..tergelak sorang2 lepas main benda ni..best2..mana dapat ni??menarik lahh..hahah
rizal jabai said…
hee..besh...tp lau bole nk wat 2 mende 1 mase...padam kn api mendidih ngan air kt pili..

lau telefon berbunyi..nk soh org yg ketuk pintu yg jawab.

n my baby...

ala buchuk2..

nape nangesh nih...heee
Anonymous said…
Sendra : tegelak sorang? ha... dapat result ape la tu.. huhu

rizal jabai : ahahaha~ sengal! make ur own quiz la cmneh.. huhu
Fyna Li said…
sudah jawap, laen sikit dari macy, hehe...

1. air mendidih
2. bayi menangis
3. pili air
4. bukak pintu
5. angkat telefon.

hehehe~~
Akmad Toshiro said…
GUA nak gi pujuk BABY yang NAngis tu dulu...:)
zai said…
macy !! zai punya jwpn buka pintu..uish uish uish dushhhh ohh saye yg memilih pasangan ker ? oh noooo tidakk
hihi...serba serbi xkena lau jwb this kuiz ;)
Anonymous said…
syami-satu penjuru : dapat pili la tu ;p

chacha : ok la tu baek2 sume :D

akey87 : pergh... bagos2.. huhu

zaizax : zai kantooooii ;p

sugar2 kapas @ cik linn : eh eh.. xmo ngku ni ;p
Akmad Toshiro said…
yup2..bdk kecik tu ade perasaan, tapi tak taw plak, kot2 sakit perut kah lapar kah..kalo org yg ketuk pintu tu, phm2 lah kalo org tak bukak pintu kan, sama dgn telefon yg bunyi...hehe yang lagi dua tu, lantak lah..
Anonymous said…
bgus2.. analisis yg baik.. moge dppt cm yg dhajati :)
che narb nyer jwpn sme ngn maC~
Mr. Asada said…
pening kepala mula2..

lastly jwpn sama cam chacha..

1. tutup air mendidih kat dapur.
2. ambik baby.
3. tutup air.(mak slalu pesan jgn bazir air)
4. buka pintu, takut org tu tgu lama.. n then gtau kat org tu nk jwb phone kejap..

hurmm..

tp tafsiran tutup air mendidih tu cam x kena lak..
act takut umah terbakar.. heee~
Anonymous said…
nurizzati nabilah : same2 :D

asada ryutaro : cehh.. sngl j alasan dy..huhu

Popular posts from this blog

undeleted

Aktiviti Laluan Berhalangan

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun