Usah Prejudis Terhadap Polis
Assalamualaikum..
Negara kita hari ini sememangnya sedang hangat memperkatakan mengenai isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, pada Isnin yang lepas.
Benar, kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada rakyat. Namun, wajarkah kita seratus peratus melemparkan tohmahan serta kritikan panas kepada seluruh warga pasukan polis, atas kesalahan peratus kecil sahaja daripadanya? Usah terlalu taksub melihat pada keburukan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis kepada pasukan polis ini.
maCy amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dada akhbar,
"Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?"
maCy bukanlah mengetuk keyboard ini sebagai tanda maCy berpihak kepada pihak polis, tidak. maCy juga tidak mempunyai mana-mana saudara terdekat mahupun sesiapa sahaja yang bergelar polis.
Tetapi, maCy cuma amat tidak setuju dengan sikap sesetengah pihak termasuk blogger sendiri yang pantas mengulas dan membuat ribuan andaian, juga mempolitikkan isu ini. Kes ini masih lagi dalam siasatan, bukan? Apa yang termampu, tunggu sahaja hasil siasatan berkenaan..
Akhir kata, dalam kita membuahkan pandangan, ada adab dan batas yang perlu dijaga, bukan sekadar memikirkan hati sendiri lalu berkata sesedap rasa.. ~peringatan untuk diri sendiri.

p/s : hari ni dah nak mula kerja-kerja study sampai separuh mati.. adeh~
Comments
mengarut betoi..
hehe
nice entry..oreo like this :)
betul tak?
yang pergi tetap akan pergi.
kene redha dengan ketentuan-Nya. ;D
kdg2 pk..slh dua2 kot..
bdk tu still bdk lg..da bw kete g skolah...maju btl dak2 skang ni
kite harus tahu tugas polis..
kte harus tahu latar belakang polis..
polis di tembak kerana menjalankan tugasnya menjage keamanan negara..
Insuran sgt tgi.. itu mmg tugas mereka.. tetapi jika kanak2 kecil yang memandu tanpa lesen dan kemudian ditembak sehingga mati amatlah memusykilkan seluruh rakyat..
memang kanak2 itu salah memandu tnpe lesen tetapi tidaklah sampai die menemui ajalnye sekali..Memusykilkan lagi bile pihak polis mengatakan kanak2 itu ahli geng jenayah..terjumpe parang di dlm kereta nya..malah rakannya juga dipukul.. apa ini semua?? fikir secara logik.. kanak2 tu besar mane la sgt?? berape rmai la sgt nk bnding dgn polis? so ni ade bnde yg cube disembunyikan..
-sekadar memberi kata2-
if bab masuk politik, tu no komen.. bkn org besar pn politikkan ia.. smua hingusan2 politik je.. propaganda..
bg i anggota polis skrg dh besar kpala.. if diorg wat salah skalipun, diorg dh ade backup.. nak2 yg berpangkat tinggi.. mmg diorg ni polis RAJA di malaysia.. i x kata smua polis sama.. tp sebahagian besarnya mmg cmtu.. since i kenal anggota polis berpangkat bsr pn berkata demikian..
rakyat bising pn apa gov buat? take a look la.. nothing but a big mouth! yg mati ttp mati.. yg bising ttp akan terus bising.. mbebel pjg pn x guna juga kan? xde sape nk dgr punye..
maaflah komen pjg pula..
sbb bg i x munasabah tindakan polis tu semata-mata nk jaga keselamatan smpai sggup mbunuh..!
yg pentg keadilan ditegakkan akhirnya.
harap pemerintah dn polis adil menyiasat.
komen atau andaian kita tk pentg
oleh kerana "kebanyakan" walaupun tak semua begitu, jd rakyat akan bersuara. benda ini akan meletus begini bila sampai tahapnya yg seolah-olah melampau.
nak mengubah persepsi pandangan orang lain? hurmm..
masyarakat kita telah d uli dgn pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". sememangnya bertepatan dgn keadaan kes tu.
sekarang, akibatnya satu pasukan yang telah buruk namanya.
jadi kalau nak yang terbaik, masing-masing sama2 menjaga nama baik. kita tidak bersendirian, kita ada "pasukan"..
Tapi ttg isu Allahyarham Aminurasyid, biarlah siasatan dijalankan terlebih dahulu. Jangan menghukum sesiapa lagi. tapi saya kurang bersetuju andainya kes ini disiasat oleh polis tapi biarlah ditubuhkan suruhanjaya di raja utk menyiasat kes ini.
dari aspek global negara mungkin ini satu masa yang kita tunggu untuk menilai kembali isu dalam polis sendiri. kita mahu lihat ketelusan pihak berwajib dlm menjalankan tugas. sbagai rakyat, kita mahu yang terbaik. maka, menjadi tanggungjawab rakyat bersuara selagi isu ini belum selesai. ini adalah amat perlu dalam memastikan kes ini tidak ditinggalkan gantung tak bertali seperti kes-kes yang lain ex: kes altantuya. kes liwat anuar ibrahim yg dikatakan konspirasi, kes rasuah ali rustam. kes ugutan bunuh nik aziz, kes penyelewengan bahagian kapal selam malaysia, kes kelulusan tapak projek bukit antarabagsa, kes tahanan ISA yg ditahan tanpa sebab munasabah dan diseksa tanpa perikemanusiaan dan sebagainya.
bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. cuma inilah masanya kita mengubah keadaan dari dibiarkan terkandas tanpa penyelesaian. Kita org Islam. aspek keadilan amatlah ditekankan dlm kepimpinan Islam sendiri. Maka siapa lagi yg mahu membawanya kalau bukan rakyat.
cuma tidak mahu dipertanggungjawabkn dihadapan Allah jika kita salah pilih, salah tafsir, salah menilai dan salah ikut.
menanti keputusan mahkamah yg adil dan saksama.
btw Allah jualah maha adil dan sempurna.
hanya fikir si jebat derhaka~
wahh panas di sini..
(saya tuan rumah.. hehe)
Disini ingin maCy tegakkan sekali lagi, bukanlah maCy memihak kepada polis, maCy juga tergolong antara rakyat, bukan?
betul, maCy sendiri ada bncangkn dgn kwn2 tadi, tntg isu ni. dan maCy sndiri ckp, kenapa tdk tmbak anggota bdn lain, skdr utk mcederakan, sekiranya betul merbahaya, mngapa msti ditembak di bhgian kpla? kejam, sklgus mnjdi pnybb ajal mgsa.
benar smua itu. tapi, jgnlah shgga kita betul2 mhukum kesemua mereka. maCy setuju dgn pndngn encik shameel, tubuhkn satu suruhnjaya, agar tdk blaku sperti yg dikatakan, saksi dan sbginya seakan dpksa utk mberi knytaan seperti knyataan polis.
yang salah tetap salah, keadilan pasti akan berpihak kpd kita..
kerana satu kesalahan anggota polis,seluruh polis di malaysia terlibat sama
*insaf
:D
kita tak berada di tempat kejadian...kita tak tahu apa yg terjadi...hanya kerana akhbar melaporkan, tak semestinya apa yg dilaporkan itu yg terjadi...mungkin anggota polis tu tersasar tembakan...bak tembak tempat lain, dalam keadaan kereta tu bergerak, tersasar ke tempat lain....even pemnembak handalan pun tembakan dia akan tersasar...apatah lagi dlm keadaan mcm 2....ajal dan maut ditangan tuhan...kalu memang ajal arwah dah sampai, cuba bygkan kalu arwah tidak meninggal dlm keadaan mcm 2, mungkin semasa dia melarikan kereta, kalu ajal dia, mungkin terjadi kemalangan untuk elak dari ditangkap polis bukan....cuma dah ditakdirkan arwah meninggal dalam keadaan mcm 2...bagi kita yg hidup, kita hanya nampak sebab musabab bagaimana kematian itu berlaku je...dan bila melibatkan anggota polis, byk org salahkan anggota polis hnya kerana mereka bersenjata boleh tembak je org ea...err...panjang la plak...ni sekadar pandangan je...apapun kita tunggu hasil siasatan...salam..
Mungkinlah remaja tersebut bersalah memandu tampa lesen,,tapi patut kah ditembak,,apa kata kalau perkara sedemikian kena kat batang hidung kita sendiri,,adek beradek ke,anak kita sendiri ke,,saudara mara kita ke..camna,,what u say..
Kita lihatlah betapa hibanya hati seorang ibu bila dpat tahu kematian anak nya ditembak,,tak kesian kah kita,,
Fikir fikir kan lah (setuju dengan akuinsanlemah)
polis tidak sempurna. even kalau yang terkena itu adik aku sendiri.
takkan nak rage tanpa mengetahui punca sebenar.
bagi aku redha je. hidup ni ditentukan tuhan.
bukan sebarang cakap. tapi pengalaman yang mengajar.
hehe. like ur perspective. terasa membaca entri seoang berumur 25 tahun. memandang dari sisi yang berbeza.
fakta yang korang nak kene tahu,
polis tak boleh melepaskan peluru keluar daripada pistol sebelum penjenayah melepaskan tembakan, tak kira dalam apa jua keadaan kecuali penjenayah bersenjata selain senjata api dan berada pada jarak yang berbahaya..
jadi sila pahamkan fakta itu dan fikir sama ada polis itu atau arwah yang tidak waras ketika itu..
(dikatakan arwah dalam keadaan seolah mabuk)