Usah Prejudis Terhadap Polis

Assalamualaikum..

Negara kita hari ini sememangnya sedang hangat memperkatakan mengenai isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, pada Isnin yang lepas.

Benar, kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada rakyat. Namun, wajarkah kita seratus peratus melemparkan tohmahan serta kritikan panas kepada seluruh warga pasukan polis, atas kesalahan peratus kecil sahaja daripadanya? Usah terlalu taksub melihat pada keburukan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis kepada pasukan polis ini.


maCy amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dada akhbar,

"Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?"

maCy bukanlah mengetuk keyboard ini sebagai tanda maCy berpihak kepada pihak polis, tidak. maCy juga tidak mempunyai mana-mana saudara terdekat mahupun sesiapa sahaja yang bergelar polis.

Tetapi, maCy cuma amat tidak setuju dengan sikap sesetengah pihak termasuk blogger sendiri yang pantas mengulas dan membuat ribuan andaian, juga mempolitikkan isu ini. Kes ini masih lagi dalam siasatan, bukan? Apa yang termampu, tunggu sahaja hasil siasatan berkenaan..

Akhir kata, dalam kita membuahkan pandangan, ada adab dan batas yang perlu dijaga, bukan sekadar memikirkan hati sendiri lalu berkata sesedap rasa.. ~peringatan untuk diri sendiri.


p/s : hari ni dah nak mula kerja-kerja study sampai separuh mati.. adeh~

Comments

aieOreo said…
betoi3..sekarang semua benda nak dipolitikkan..
mengarut betoi..
hehe

nice entry..oreo like this :)
B L O G D E T said…
kematian di mana2 dan dengan pelbagai cara boleh berlaku..
betul tak?
yang pergi tetap akan pergi.
kene redha dengan ketentuan-Nya. ;D
Anonymous said…
setuju ngan maCy...hmmm
ntah la macy..
kdg2 pk..slh dua2 kot..
bdk tu still bdk lg..da bw kete g skolah...maju btl dak2 skang ni
nich said…
aah kan macy.. muhasabah diri kejap.. huhuhu
cengkerangcipot said…
owhh sebenarnye begini..
kite harus tahu tugas polis..
kte harus tahu latar belakang polis..
polis di tembak kerana menjalankan tugasnya menjage keamanan negara..
Insuran sgt tgi.. itu mmg tugas mereka.. tetapi jika kanak2 kecil yang memandu tanpa lesen dan kemudian ditembak sehingga mati amatlah memusykilkan seluruh rakyat..
memang kanak2 itu salah memandu tnpe lesen tetapi tidaklah sampai die menemui ajalnye sekali..Memusykilkan lagi bile pihak polis mengatakan kanak2 itu ahli geng jenayah..terjumpe parang di dlm kereta nya..malah rakannya juga dipukul.. apa ini semua?? fikir secara logik.. kanak2 tu besar mane la sgt?? berape rmai la sgt nk bnding dgn polis? so ni ade bnde yg cube disembunyikan..
-sekadar memberi kata2-
Aduka said…
i x stuju ngn knyataan menteri tu.. tu kes tembak menembak.. masalahnye aminulrasyid tu ade ke tembak polis tu???
if bab masuk politik, tu no komen.. bkn org besar pn politikkan ia.. smua hingusan2 politik je.. propaganda..
bg i anggota polis skrg dh besar kpala.. if diorg wat salah skalipun, diorg dh ade backup.. nak2 yg berpangkat tinggi.. mmg diorg ni polis RAJA di malaysia.. i x kata smua polis sama.. tp sebahagian besarnya mmg cmtu.. since i kenal anggota polis berpangkat bsr pn berkata demikian..
rakyat bising pn apa gov buat? take a look la.. nothing but a big mouth! yg mati ttp mati.. yg bising ttp akan terus bising.. mbebel pjg pn x guna juga kan? xde sape nk dgr punye..
maaflah komen pjg pula..
sbb bg i x munasabah tindakan polis tu semata-mata nk jaga keselamatan smpai sggup mbunuh..!
eLL said…
huhuhu makin panas isu ni... kita kena guna akal yg waras...utk pikir mende ni.. tepuk dada tya selera huhuhu
Ahmad Mimpi said…
pkr ni dlm siasatan lg
yg pentg keadilan ditegakkan akhirnya.

harap pemerintah dn polis adil menyiasat.

komen atau andaian kita tk pentg
Mr. Asada said…
betul2.. mmg x patut kita salahkan semua.

oleh kerana "kebanyakan" walaupun tak semua begitu, jd rakyat akan bersuara. benda ini akan meletus begini bila sampai tahapnya yg seolah-olah melampau.

nak mengubah persepsi pandangan orang lain? hurmm..

masyarakat kita telah d uli dgn pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". sememangnya bertepatan dgn keadaan kes tu.

sekarang, akibatnya satu pasukan yang telah buruk namanya.

jadi kalau nak yang terbaik, masing-masing sama2 menjaga nama baik. kita tidak bersendirian, kita ada "pasukan"..
zaili said…
Betul2.... bila polis mati ditembak semua buat dek. Tapi bila dipikir balik, keja polis memang ada risiko untuk kena tembak. Contoh, bukak kedai emas, memang ada risiko untuk dirompak. So bila ada berita kedai dirompak, kita kira biasa la tu. Macam kes polis ni jugak, dah dia tahu kerja dia ada risiko kena tembak, so bila kena tembak orang akan buat dont know la. Tapi jadi isu jugak pabila ORANG AWAM kena tembak. Kesalahan tu memang la sebab dia bawak kereta tak ada lesen. Tapi hukuman yang dia dapat adalah mati ditembak, wajarkah?? Dalam konteks ni nampak macam polis yang salah. Kenapa aim kepala budak tu sedangkan polis tu sendiri tak tahu yang memandu tu adalah penjenayah paling dikehendaki atau tak. Sepatutnya aim tayar dah la, sekadar untuk memberhentikan kereta tu. Dalam hal ini banyak yang tunding jari. Tak kan setel sebab sama2 pun bersalah. Salah parents budak tu sebab membiarkan budak tu bawak kereta tanpa lesen, dan salah polis tu sebab tembak aim kat kepala bukan kat tayar.
shameel said…
ini saya punya pandangan. saya hormati PDRM. saya kagumi jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Tanpa PDRM negara huru-hara, harta dan nyawa akan melayang bila-bila masa sahaja.

Tapi ttg isu Allahyarham Aminurasyid, biarlah siasatan dijalankan terlebih dahulu. Jangan menghukum sesiapa lagi. tapi saya kurang bersetuju andainya kes ini disiasat oleh polis tapi biarlah ditubuhkan suruhanjaya di raja utk menyiasat kes ini.
Syahrul Iman said…
betul tu macy..biarlah siasatan dijalankan terlebih dahulu..x perlulah kita cepat melatah melihatkan keadaan sekarang dan hanya menunding jari kepada satu pihak sahaja.
Anonymous said…
salam. hurm dari aspek perasaan saya hormati pandangan cik macy.
dari aspek global negara mungkin ini satu masa yang kita tunggu untuk menilai kembali isu dalam polis sendiri. kita mahu lihat ketelusan pihak berwajib dlm menjalankan tugas. sbagai rakyat, kita mahu yang terbaik. maka, menjadi tanggungjawab rakyat bersuara selagi isu ini belum selesai. ini adalah amat perlu dalam memastikan kes ini tidak ditinggalkan gantung tak bertali seperti kes-kes yang lain ex: kes altantuya. kes liwat anuar ibrahim yg dikatakan konspirasi, kes rasuah ali rustam. kes ugutan bunuh nik aziz, kes penyelewengan bahagian kapal selam malaysia, kes kelulusan tapak projek bukit antarabagsa, kes tahanan ISA yg ditahan tanpa sebab munasabah dan diseksa tanpa perikemanusiaan dan sebagainya.

bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. cuma inilah masanya kita mengubah keadaan dari dibiarkan terkandas tanpa penyelesaian. Kita org Islam. aspek keadilan amatlah ditekankan dlm kepimpinan Islam sendiri. Maka siapa lagi yg mahu membawanya kalau bukan rakyat.

cuma tidak mahu dipertanggungjawabkn dihadapan Allah jika kita salah pilih, salah tafsir, salah menilai dan salah ikut.
menanti keputusan mahkamah yg adil dan saksama.

btw Allah jualah maha adil dan sempurna.

hanya fikir si jebat derhaka~
Anonymous said…
Salam semua. baru balik kelas..
wahh panas di sini..
(saya tuan rumah.. hehe)

Disini ingin maCy tegakkan sekali lagi, bukanlah maCy memihak kepada polis, maCy juga tergolong antara rakyat, bukan?

betul, maCy sendiri ada bncangkn dgn kwn2 tadi, tntg isu ni. dan maCy sndiri ckp, kenapa tdk tmbak anggota bdn lain, skdr utk mcederakan, sekiranya betul merbahaya, mngapa msti ditembak di bhgian kpla? kejam, sklgus mnjdi pnybb ajal mgsa.

benar smua itu. tapi, jgnlah shgga kita betul2 mhukum kesemua mereka. maCy setuju dgn pndngn encik shameel, tubuhkn satu suruhnjaya, agar tdk blaku sperti yg dikatakan, saksi dan sbginya seakan dpksa utk mberi knytaan seperti knyataan polis.

yang salah tetap salah, keadilan pasti akan berpihak kpd kita..
rizputra7 said…
pada pendapat riz...sepatutnya bila kita kena tahan @ disuruh berhenti oleh pihak berkuasa,kita kena beri kerjasama..dalam kes nie..riz rasa salah budak nie sebab melarikan diri dan berniat melanggar polis...
syahira ariff said…
kerana setitik dakwat rosak susu sebelanga
kerana satu kesalahan anggota polis,seluruh polis di malaysia terlibat sama

*insaf
salam...memang panas isu ni bila berkaitan dengan kehilangan nyawa...syu sekadar nak kongsi pandangan...mcm yang maCy ckp, kita tunggu laporan hasil siasatan kes ni dulu sebelum menjatuhkan hukuman...memang apa yg kita komen, andaian yg tertulis di blog ni tidak diambil kira dlm siasatan tapi sedikit sebanyak dah menampakkan ketidakpuashati terhadap anggota polis...da memburukkan nama anggota polis....
kita tak berada di tempat kejadian...kita tak tahu apa yg terjadi...hanya kerana akhbar melaporkan, tak semestinya apa yg dilaporkan itu yg terjadi...mungkin anggota polis tu tersasar tembakan...bak tembak tempat lain, dalam keadaan kereta tu bergerak, tersasar ke tempat lain....even pemnembak handalan pun tembakan dia akan tersasar...apatah lagi dlm keadaan mcm 2....ajal dan maut ditangan tuhan...kalu memang ajal arwah dah sampai, cuba bygkan kalu arwah tidak meninggal dlm keadaan mcm 2, mungkin semasa dia melarikan kereta, kalu ajal dia, mungkin terjadi kemalangan untuk elak dari ditangkap polis bukan....cuma dah ditakdirkan arwah meninggal dalam keadaan mcm 2...bagi kita yg hidup, kita hanya nampak sebab musabab bagaimana kematian itu berlaku je...dan bila melibatkan anggota polis, byk org salahkan anggota polis hnya kerana mereka bersenjata boleh tembak je org ea...err...panjang la plak...ni sekadar pandangan je...apapun kita tunggu hasil siasatan...salam..
Admin said…
macy ; sorilah gua nak mencelah sikit,,gua setuju dengan pandangan "aku insan lemah" memanglah kalau dh ajal tu kita tak bolih lari kemana walau sesaat jua,,tapi yg ramai orang pertikaikan cara kematian nya,,apa benarkah polis ikut undang2 sewaktu melepaskan tembakan,,tambah lagi simati adalah remaja,,kadang2 kita ni bercakap seolah2 nak menyebelahi sesatu pihak,,
Mungkinlah remaja tersebut bersalah memandu tampa lesen,,tapi patut kah ditembak,,apa kata kalau perkara sedemikian kena kat batang hidung kita sendiri,,adek beradek ke,anak kita sendiri ke,,saudara mara kita ke..camna,,what u say..
Kita lihatlah betapa hibanya hati seorang ibu bila dpat tahu kematian anak nya ditembak,,tak kesian kah kita,,
Fikir fikir kan lah (setuju dengan akuinsanlemah)
Anonymous said…
erm. ceh aku mencelah di sini.
polis tidak sempurna. even kalau yang terkena itu adik aku sendiri.
takkan nak rage tanpa mengetahui punca sebenar.
bagi aku redha je. hidup ni ditentukan tuhan.
bukan sebarang cakap. tapi pengalaman yang mengajar.

hehe. like ur perspective. terasa membaca entri seoang berumur 25 tahun. memandang dari sisi yang berbeza.
RastaMat said…
bosan2 terbaca balik kes ni..

fakta yang korang nak kene tahu,
polis tak boleh melepaskan peluru keluar daripada pistol sebelum penjenayah melepaskan tembakan, tak kira dalam apa jua keadaan kecuali penjenayah bersenjata selain senjata api dan berada pada jarak yang berbahaya..

jadi sila pahamkan fakta itu dan fikir sama ada polis itu atau arwah yang tidak waras ketika itu..
(dikatakan arwah dalam keadaan seolah mabuk)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya