Friday, May 28, 2010

10 Sebab Lelaki Menangis

Assalamualaikum,


Semalam maCy ada buat post tentang Cinta Blogger. Respon agak menarik dari semua blogger kerana semuanya positif-positif belaka. Dan ramai juga yang bertanya, siapa orangnya. maCy ni memang tak boleh tak tunaikan permintaan blogger. Nama pun sayang kan. Setelah fikir masak-masak, maCy bagi klu sedikit ya. Nak tahu? Orangnya komen entry Cinta Blogger tersebut. Carilah. hahaha~ ye saye tahu klu tersebut amat membantu ;p

Baiklah, bukan itu yang maCy ingin kongsikan hari ini. Semalam kan maCy ada post tentang emosi maCy yang terganggu tak tahu dek kenapa. Dan rasa macam nak menangis saja. Perempuan memang pelik. Kadang-kala emosinya terganggu tiba-tiba. Tapi bagaimana pula lelaki? Biasanya akan disifatkan sebagai orang yang cool, tegas dan tough. Tapi tahukah anda bahawa mereka juga menangis? Jom baca sebab-sebabnya.

1. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, alah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun). Siriyes seday!

2. Putus cinta
maCy biasanya jumpa lelaki yang cool je bila putus cinta. Bukan cool sebab tak rasa apa-apa, tapi masih berjaya mengawal emosinya. Tapi jangan terkejut ya, maCy selalu menjadi port kawan-kawan mengadu putus cinta. Dan ada yang sampai maCy jadi risau, sebab dia menangis. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, aishh.. Nk buat macam mana ni? huhu

3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga.

4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? Eceh.. hehe

6. Mengecapi kejayaan
Berjaya me'repair jam loceng yang rosak. Hooray! hehe

7. Tengok orang susah
Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini penyayang orangnya. Ada ke? Nak kenal. Single lagi tak? muehehe. Kiddy ;p

8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, maCy pernah jumpa ok? hihi


9. Team favourite kalah dalam football match
Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. ;p

10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~


Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Mereka juga punya perasaan bukan? Bagi maCy, nak maintain cool atau macho tu bukan satu alasan. Dengan maCy, menangislah, maCy tidak kisah :)


p/s : hari cuti = hari berlapar di campus maCy..uhhh~

EDIT : yang kat atas skali tu, word "siapa orangnya" refer to sape blogger yang bercinta tu, bukan siapa blogger dalam hati maCy. Ada pulak salah faham. ki3. Tak ada ok? daa~ :D

35 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. hanya gelak saja..

bermacam sebab untuk menangis. kadang2 takde duit nak belanja pun nanges jugak.

mak cubit pun nanges jugak..

kena geget semut? errr..

cik elina said...

saya suka tengk lelaki menangis..
rsa sayu hati..
tp suka..
bkan sbb suka nk mnata dorg sbb nangis..
tp mmg suka lah dorg mnangis..
mmbuktikan hati dorg pn ada lembutnya..
:)

sarah shafie said...

tk pernah lg ketawa smpai menangis..hehe

MiSs TOrA said...

one litre of tears tu sumpah sedey bngat bg tora heehe..mmg nanges gila3 ah tgk cite tu..hehe stakat ni x de lg laki nanges sbb tora le..;-) bila ntah nk tgk dia nanges ye..bg tips lak cara membuat laki nanges haha

maCy said...

tips nak bagi lelaki menangis?? ahahaha. menarik! in progress ;p

M a W a D D a H said...

wahhh macy...da pandai da korek isi hati lelaki..kekekeke...

gud job...hehehe...eh..

asada tu memang kuat nanges...lalalala

next entry...

MR Bang Miji said...

menangis sebab nak eskrim..mase laki kecik2x..hehe

zai said...

hahah..zai pernah tengok member laki nangeh sebab team bola dia kalah

lawak -lawak sob sobb

jaya jr said...

bile team bola yg disokokng x kemane..
x menangis..
paling jauh sebak,paling dirasai frust..haha

Syafrizal said...

menangis tengok umat Islam sekarang

khairul_bariyyah said...

maCy,ade lg satu la sebab laki nangis... mase kne sunat kecik2 dulu...
pakcik/makcik usik sikit da meraung2 dah.. (based on pngalaman ni) hehehe...
lalalalala~~~

~tetibe rasa nak nyanyi lagu one litre of tears 2.. nagare ruki..dah x ingat.. heehehe

SheTreasures said...

there are two types of man who cries.

1. The one yang seriously hatinya rasa tersentuh.

and

2. The one yang takder balls untuk tutup kelemahan sendiri, and buatkan orang lain rasa bersalah.

:)

xoxo
Shetreasures

Yuni Aisyah said...

best gak kalo tgk lelaki menagis..hehe..dpt tgk pon time af..pelajar lelaki menagis smpai kuar ingus..ish2..nages cz awek dorang tersingkir..hehe..

realitinya lelaki sbenarnya seperti wanita yang mempunyai hati dan jiwa yg sensitif..mereka tak menunjukkan air mata kerana ego tp bila bersendirian siapa yg tahu??mungkin menagis smpai guling2..hehe

sueraya said...

kdg2 lelaki ni ego taw dak...xmo nangeh dpn2 kita padahal dlm ati tu penuh air...sm je llki n perempuan ni.ati sm2 lembut. bezanya cara diorang express kn prasaan diorang tu.lelaki menangis xsemestinya tnjukkan diorang tu lemah yer dak??hahaha

si[jari] telunjuk said...

adik lelaki saya nangis sebab dapat adik baru....

lumut said...

aku xleh tgk lelaki menangis..hiba

penarek becha said...

tengok adam dalam cerita adamaya nangis pun ok.

Fello Ariza said...

lelaki pun sensitif gak..hehe~~

aieOreo said...

menangis sebab rasa nak menangis..hehe :P
tapi ntahla..
selalu org lelaki nih menangis org kata lembik..
walhal lelaki pun manusia jugak ada hati perasaan..

NARDtheNERD said...

xpenah tgk ayah saya menangis lagi.
lelaki ni tabah kan?..
hehe.

shameel Iskandar said...

no 10= menangis kerana-Nya. Itu memang wajar dan snagat patut. Dosa kita terlalu banyak, dg npenuh kekerdilan diri kita bermunajat kpd-Nya.

Kehilangan org tersayang mmg menyedihkan dan tak salah kalau menitiskan air mata. yg ptg jangan meratap. Seingat saya Nabi s.a.w pun ada menitis air mata waktu kematian salah seorang saudara susuannya .

Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
mencium ‘Utsman bin Mazh‘un dan dia (ketika) itu sudah
meninggal dunia dan Baginda menangis, atau katanya (Abdur
Rahman): bahawa kedua-dua mata Baginda menitiskan air mata.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Menangis kerana putus cinta amat tak wajar. Apa guna kita bersedih dan menangis sedangkan org yg kita sayang sedang bergembira dan berbahagia. Amat kejam dan sangat zalim utk kita mengenang org yg sikitpun tak sudi ingat kat kita.
.

hanie@nisya said...

laki pompuan same je mudah nanges heheee

@ien_R@z said...

laki nages mesti comei kan.. hee
tp sy tak nak lelaki yg sy syg menangis... i will be hurt more than him..

cukup la sekali. =(

linda musee said...

abang saye nampak je garang. tapi once die mengamuk, automatik kuar air mate.. huuu lembut hati die sbnr nye ek.

sugar2 kapas strawberry said...

err..laki menangs sbb bertumbuk?x machony.hak3

abg sy menangs sbb gadoh ngn sy.klaka kn?spttny sy yg nangs tp dia plk.ahahahaha.padan muka dia

wanzi said...

lelaki menangis kerana sangat2 gembira and tidak boleh melihat org sekeliling merasai kesusahan yang amat sangat seperti rakyat palestin yang selalu ditindas oleh rejim zionis.... maka rakyatnya sentiasa dalam kesusahan... kita insan yang biasa ni akan merasai apa kesusahan yang dihadapinya....

Nurnabihah Mohd Nizar said...

follow ur blog~

gades ain said...

First tyme tgk kwn2 lelaki kat matrik nanges! mase ari last nak balek kg afta graduate. wakakaka :)) tak sangke diorg nanges :P

Che Kechik said...

one litre of tears..
terbaek..=)

Lun said...

lelaki pun manusia jgak, ego je tinggi

~ ReD ~ said...

sis rajin buat laki menangis..;p

✿nenek moden✿ said...

macy..lepas ni..kalau ada je yg nangis..jom kita terjah..tadah baldi..nk amek air mata lelaki..mcm ala2 puteri gunung ledang 2..
huhu..ok x?
for me..
sekuat mana pun lelaki tu..
mesti pernah nangis..
tipu la tak nangis...
nek berani kerat kuku ok!!hehe

hara said...

macy!
no.1 n 2 bole dtrime..as u know i am.n thnks 4da support.
tp no.9 takk~fan man u yg cool la.huhu:)

-NiD's- said...

nice entry......

MATAHARI said...

aku jarang menangis.



tp no 10 aku terkedu.