Restoran Ramly Burger

Assalamualaikum

Lama gila tak post,  mohon kelaut azam kononnya tulis satu post setiap bulan. Maaflah semakin banyak komitmen membatasi masa.

Ok straight to the topic.  Baru-baru ini maCy dan suami and my little man of course singgah ke Restoran Ramly Burger.

Kebetulan masa tu rushing nak balik Kuantan,  so kami fikir nak cari burger makan dalam kereta.  End up tak jumpa stall burger, tapi sampai kat restoran ni.

Sambil makan,  maCy bincang dengan suami, kenapa sambutan di sini kurang menggalakkan berbanding restoran makanan segera yang lain,  sedangkan pada kami,  ianya ada potensi.

Sebelum makan

Tunggu makanan siap.  Sambil layan anak.  Huhu

APA KAMI NAMPAK

  1. Banyak pilihan menu. Ada burger ayam,  daging,  ikan,  udang. Belum campur ada set nasi, lasagna,  sate,  chicken chop, air yg pelbagai  dan lain-lain side dish. For me,  sedap kot.  Not bad lah.
  2. Bersih. Tempat sos ada sisa sos lepas press,  staff bersihkan terus
  3. Harga afforfable
  4. Boleh ambil extra sos cili dan sos blackpepper


TETAPI
Kurang pelanggan. Ya,  memang Ramly Burger lebih sinonim dengan makanan sejuk beku dan mungkin pelanggannya lebih banyak di situ.  Sepanjang kami makan di sana,  kami sahaja pelanggan yang makan di restoran tersebut dan 2 buah keluarga lagi take away.

Burger maCy

Pilihan suami

APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

Selaku pelanggan yang tidak tahu marketing strategi atau pun sebarang ilmu bisnes yang khusus, point ini sekadar pandangan selaku konsumer dan peminat baru Restoran Ramly Burger.  Hihi.


  1. Why not buat kupon seperti Marrybrown atau Dominos pizza bagi menarik pelanggan
  2. Usahasama dengan company seperti U Mobile yang menyediakan reward kepada penggunanya.  Adakalanya pengguna U Mobile diberi voucher makanan percuma seperti waffle, ais krim dan burger dari kiosk atau restoran makanan tertentu. Jika Restoran Ramlee Burger tersenarai sama,  pasti ramai pelanggan baru yang mungkin belum pernah merasa keenakan makanan dari restoran ini akan tiba-tiba terjah ke sini.
  3. Label dan gambar pilihan menu perlu lebih BESARRR kerana walaupun dah pakai cermin mata,  still rasa kecil juga


Sekian,  bebelan panjang dariku. Semoga sampai ke pihak sana.  Kikh2. Byee 👋

Comments

Umialya said…
Jika ke Utara, tempat makan yang wajib disinggah..

Burgernya sedap dan menjadi pilihan anak2
Tak pernah rasa lagi makan di restoran Ramli ni. biasa makan yang frozen beli kat supermarket saja.
mamapp said…
Mama pernah gak pergi Di branch Shah alam. Sedap boleh tahan juga kan
dear anies said…
kalu dulu susah nk dpt skrg resto ni pun dah byk cawangan kan... alangkah bgs nyer kalau resto ni buka cawangan di luar negara
NEEZA said…
kat shah alam ni ada 1 dekat medan selera seksyen 2 restoran ramly ni.. memang tak ramai pun mungkin sebab tersorok.. setuju dengan idea awak.. kalau ramly buat collaboration dgn umobile ke dan kupon voucher bagus sangat.. dapatlah kita support restoran fast food org melayu islam kita
Nor Azimah Ali said…
Tak pernah dengar atau jumpa lagi berkenaan restoran ramly ni, Sian Kat Saya kan, huhu.

Salam kenal juga, dah balas follow Google follower.

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan