First time..Mi Kolok & Laksa Sarawak

Assalamualaikum..

Haii.. lama tak tulis-tulis. Almaklum, busy bekerja dan berkeluarga. Hihi. Tajuk tu refer kepada first time merasa tau, bukan first time memasak :p

Teringin nak makan since tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan ke Sarawak. Tapi manalah kita nak sampai ke Sarawak kan, so i ols google aje untuk cari mi kolok dan laksa Sarawak kat area Selangor ni. Mi kolok memang maCy belum pernah try tapi laksa Sarawak pernah masa zaman IPG dulu, lecturer hidang masa open house.

So finally, kami sampai ke Restoran Akasia ni. Restoran ni turut menghidangkan western dan masakan panas. Tapi since dah ada aim, so terus order sahaja mi kolok special dan laksa Sarawak. Tak silap mi kolok tu ada option biasa, sup dan special, tapi terus order yang special. Hehee

Ni lah rupanya laksa Sarawak dan mi kolok

Bajet je si AqidSoleh ni pandang-pandang, macam lah dah boleh makan. Huhu


So overall tidaklah menghampakan. Ok la.. Boleh datang lagi ajak mak abah ibu ayah pulak. Mula-mula kena lah try dulu kan sebelum ajak, takut kecewa. Cuma perlu sabar sikit sebab memang agak lama menunggu. Kira kalau lapar sangat tu sempat habis dulu air depan mata. Haha. And part laksa Sarawak, umm..  sedap yang lecturer maCy buat dulu. Hihi. Nak banding lebih-lebih kena try tempat lain jugak.

Jadi kalau nak try mi kolok or laksa Sarawak tapi tak sampai ke Sarawak boleh la singgah ke sini. Insyaallah.. 

Comments

Salam Macy. Lama Macy X update blog. Tentang mi Kolok n laksa Sarawak ni pernah saya merasai masa berkunjung ke serawak beberapa tahun lepas. Kat pasar Santok rasanya tempat tu
Nour Adieb said…
mee kolok yg ada telur mata tu? apa maksud mee kolok? dua2 sy x prnh mkn

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan