Rahim Terbalik? (Retroverted Uterus/Tilted Uterus)

Assalamualaikum.

Harini nak share mengenai rahim terbalik. Kenapa? Kerana ada di antara kita yang risau dan sibuk mencari info. Ditambah dengan pernah tinggal berjauhan, semakin sukarlah usaha untuk mendapatkan zuriat. Bukan kotor ya. Ini fakta. Tidak salah berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

INTRO
Apa itu rahim terbalik?? Kebanyakan wanita mempunyai rahim yang mengadap pundi kencing, sebaliknya pemilik rahim terbalik mempunyai rahim yang mengadap tulang belakang. 

Gambar ihsan Google

INFO
1. Memiliki rahim terbalik tidak bermakna anda tidak subur. 
2. Kebanyakan wanita yang memiliki rahim terbalik mengadu sukar mendapatkan zuriat. Tetapi masih ramai yang berjaya hamil tanpa sebarang masalah.
3. Hanya 20-30% wanita di dunia yang mengalami keadaan ini.
4. Keadaan ini TIDAK mempengaruhi kesuburan dan tidak berbahaya melainkan disebabkan oleh endiometriosis.

TANDA-TANDA 
1. Sakit semasa berhubungan dengan suami.
2. Sakit pinggang yang kronik.
3. Sakit semasa haid.
4. Semen suami mudah keluar semula selepas bersama.

TIPS UNTUK BERJAYA HAMIL
Apa yang paling utama ialah perlu sentiasa positif, dapatkan sokongan suami dan paling penting yakin dan redha dengan rezeki Allah. 

1. Amalkan doa-doa untuk mendapatkan zuriat. Baca setiap kali selepas solat, sebaiknya dibaca suami dan diaminkan oleh isteri.
2. Ubah posisi bersama. Try & error ya. Menurut bacaan, posisi seperti 'sujud' dapat membantu.
3. Tinggikan kedudukan punggung selepas bersama.
4. Jangan terus bangun selepas bersama. Tunggulah sehingga beberapa minit.
5. Semak masa anda subur.
6. Positif, positif, positif!

Kongsikan pengalaman, berikan sokongan.

p/s Memasuki bulan kedua bercuti~

Comments

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan