Resepi Ayam Bakar Black Pepper
Assalamualaikum,
Lain rasanya dapat tinggal bersama suami. Tidak lagi tinggal berjauhan. Dari tak pandai masak, dah pandai masak. Dulu bukan tak mahu memasak, ada mak, ada kakak. Takut salah. Takut tak sedap. hihi
Tapi kata suami, maCy taknak tunjuk bakat. hihi. Itulah kata-kata apabila masakan menjadi. Adakalanya simple tapi berselera! Tak lupa juga ada masa masak tak berapa menjadi. Tapi semuanya proses belajar. Kan :)
Ok jom share resepi ringkas maCy. maCy guna bahan yang sangat mudah dan tolak tepi bahan yang tak ada di rumah.
RESEPI AYAM BAKAR BLACK PEPPER
Bahan-bahan :
6 ketul ayam
4 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia
3 sb sos blackpepper
2 sb sos tiram
1/2 sk blackpepper flavour
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Marjerin/Minyak
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan untuk perapan kecuali marjerin/minyak ke dalam mangkuk.
2. Perap ayam selama 4 jam. Masukkan ke dalam peti bawah. (maCy perap 12 jam, sedapppp)
2. Biar ayam sebentar supaya tidak sejuk.
3. Leserkan marjerin/minyak dan bakar dengan api sederhana.
Siap!
Memang sedap. maCy ni kan working housewife. Kadang-kadang balik sekolah dah lewat, tak sempat nak perap. Jadi dah perap dari malam. Itu yang jadi sampai 12 jam. Atau kadang-kadang dah perap. Keluar jalan pula.. Lewat lah memasak. hihi. Tambah sekarang bulan puasa. Sesuai amatlah untuk sahur atau balik kerja sedia untuk berbuka.Tak apalah. Lagiii sedap :)
Ni rupa yang diperap ya
Ni pula rupa atas pan. Rupa yang dah siap tak sempat ambil habis ngap dulu. hihi
Doakan maCy makin rajin dan pandai memasak ya. hiks
~Betul kata mereka yang biasa long distance macam maCy, bila tinggal dengan suami, semangat dia lain macam :)
Comments
Nak seribu daya. Perap ayam tu tanda planning dah siap sedia sebelum hari memasak. Bagus kan..