Proses Sembelihan Ayam
Assalamualaikum :)
Baru-baru ni maCy dan suami ke sebuah premis di Selangor untuk membeli ayam. Biasanya orang bandar selalu membeli ayam frozen di pasaraya seperti Giant dan Mydin. Tapi, maCy kurang selesa kerana terbiasa dengan ayam fresh di pasar biasa. Jadi, maCy pun mengajak suami untuk mencari premis Islam lain.
Gambar Hiasan
Di situ, semuanya bermula dari proses sembelihan sehinggalah ke proses memotong ayam. Suatu pengalaman baru buat maCy yang tidak pernah melihat proses penyembelihan ayam.
1. Ayam hidup ditimbang.
2. Pelanggan boleh memilih sama ada mahu mencabut bulu ayam secara kering atau menggunakan air panas.
3. Ayam disembelih pada masa itu juga.
4. Ayam yang telah disembelih diletakkan di dalam bakul sehingga ayam benar-benar mati.
5. Setelah ayam mati, ayam tersebut diletakkan di dalam air panas.
6. Ayam dimasukkan ke dalam mesin mencabut bulu ayam.
7. Ayam dipotong mengikut kehendak pelanggan.
Jika memilih untuk menggunakan air panas, ayam tersebut akan dicabut bulu tanpa dicabut kulit. Manakala, jika memilih untuk mencabut bulu ayam secara kering, togellah ayam tersebut tanpa kulit. huhu
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan
kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)
Semoga perkongsian ini bermanfaat. :)
~Lama tak update. Niat nak update selalu tapi apakan daya internet pun tak ada. huhu.
Comments
Baru thauu jugakkk, hahaha~salu tgk kat pasar siap semuaa~
pssst, sis, berminat nak tambah gadget ker?
mehla join GA nihh
http://nonasani.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html
tapi kalau nak yang mudah jer, jomlah JOIN GA ni :-
http://nonasani.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html
Sekiranya ayam disembelih terus campak di air panas baik jangan beli sebab ayam itu belum benar-benar mati..
Lagi best kalau dapat sembelih sendiri. Heheheh. Tapi saya pun x berani sbb saya ni mabuk darah.
Bila dah belajar teknik bogelkan ayam, rasa mudahnya hai.
Rasa macam nak bela ayam sendiri belakang rumah.