:: Pavlova penutup cuti!

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah berakhir. Niat untuk beristiqamah dalam menulis bukan mudah. Lebih-lebih lagi apabila terikat dengan tanggungjawab tertentu termasuklah tanggung jawab sebagai anak. Jadi, usah mudah kata apabila cuti menjelang kedua kaki boleh bergoyang.

Cuti kali ini? Ada dugaan yang melanda. Namun, dalam setiap yang diduga pasti akan ada manisnya sebagai ganjaran kesabaran. Namun, jujur. Saat dilanda ujian kecil tersebut, ada redha. Tapi sekejap-sekejap kembali terasa sedih. Apa pun yang berlaku, doakan semoga segalanya berjalan lancar insyaAllah.



Penutup cuti kali ini maCy tutup dengan Pavlova! Tengok gambar, menarik tak? hehe. Sepanjang cuti teringin nak buat tapi tak ada yang rajin nak melayan pergi kedai bakery. Jadi maCy buat lain-lain pencuci mulut seperti buat layer choc cheese, puding karamel, choc rich pudding, puding sagu,  puding roti, kek marble, karipap, donut mayo, donut keledek dan durian crepe, sebelum akhirnya dapat juga buat Pavlova. Seronoknya kalau petik jari terus dapat bahan-bahan buat kek. Yelah, nak buat semua ni walaupun sedikit perlu kos juga :)

Akhir kata, selamat menikmati hari bekerja dan hari belajar buat semua!


Januari tahun depan umur sudah 23!
Berat? Saiz? Belum bertambah >.<"

Comments

UA said…
oke. tu nampak sgt sedap :P
Izzat Aziz said…
tengok gambar pun rasa kemanisan dia.
Anonymous said…
yang paling sedihnya kita tak pernah lagi rasa pavlova tu. sobss
intanfirdaus247 said…
hai macy...thanks jengah blog kak intan..sedap pavlova tu
ghost writer said…
habis musim cuti seperti habisnya musim memancing ikan. sekarang musim untuk menyiang ikan, Macy.
wah. tampak sedap. nak sikit. hehe. btw selamat tahun baru 2013. selamat maju jaya :)
BeMiE said…
selamat berPavlova...

Popular posts from this blog

kisah tragedi manis seorang junior 2003

Restoran Ramly Burger

Short Vacation in Penang 2017