pertemuan
Assalamualaikum.
Sekali merasa sayang yang gagah, sampai mati rasa tak pernah nak rebah..
"Bunga, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali?".
Mesej pendek Azfar cukup membuat hati Bunga berdegup kencang. Masakan tidak, kekasih yang pernah dinanti bertahun lamanya kembali mengusik kenangan lama meski genap setahun mereka tidak bertegur sapa.
Ah. Mengapa harus digoncang rasa lama sedang dia sudah ada pengganti? Juga Bunga sudah punya insan yang dicintai segenap rasa. Jika dahulu tidak ada lelaki yang mampu mengganti tempatnya, hari ini untuk pertama kali sudah ada yang berjaya mendudukinya penuh selesa. Dan kencangnya degupan tadi tidak seperti biasa, cuma biasa-biasa.
"Bunga, tolong, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali sahaja. Izin Azfar lihat sekali lagi bagaimana reaksi Bunga berhadapan dengan Azfar.."
Kenapa? Ingin melihat sejauh mana rasa lama masih ada? Ingin melihat bagaimana kasih Bunga pada dia bagai esok akan tiada? Rindu melihat Bunga yang sering saja kaku sekelip mata setiap kali berhadapan dengannya?
"Bunga, sekali cuma...".
Bunga mengeluh panjang. Mesej pesanan ringkas yang diterima bertalu-lalu membuatnya berfikir sejenak. Lantas dicapai telefon bimbit merakam temu janji ringkas dengan bekas kekasihnya buat kali pertama setelah bertahun lamanya, juga buat kali terakhir untuk selamanya. Misinya cuma satu, melihat sendiri sejauh mana hatinya sudah benar-benar membuang kisah silam.
***
Diam sejenak."Bunga, setiap hari pasti ada sekali Bunga akan terlintas dalam fikiran Azfar.", kata Azfar memecah sunyi. Bunga hanya diam membisu.
"Bunga, tak rasa kita ada jodoh bersama?", tanya Azfar kepada gadis berkerudung merah petang itu.
"Kenapa tinggalkan Bunga selama ni? Walau tahu Bunga tunggu Azfar bertahun lamanya? Kenapa baru semalam cari Bunga semula?", terkedu Azfar dengan pertanyaan Bunga bagi menjawab pertanyaannya.
"Tak ada lagi gadis lain yang faham Azfar seperti Bunga. Tak ada gadis lain yang sanggup tunggu Azfar saat Azfar bertukar perempuan. Tak ada gadis lain lagi yang tak membenci Azfar walau macam-macam yang pernah Azfar lakukan, walau macam-macam kata-kata yang Azfar lemparkan. Tak ada gadis lain lagi...", Bunga menyentuh bibir dengan jari telunjuknya yang kecil sebagai tanda meminta dia berhenti.
"Cukuplah hari ini. Moga jodoh pula mempertemukan kita lagi." Bunga tersenyum lalu berlalu pergi.

Dulu setia aku melangit tinggi, namun kini setia aku menandingi tingginya langit, buat dia yang mana sudi..
Nukilan buat Med, 2010-2011.
Comments
http://theinsideofus.blogspot.com/2011/04/nasihat-cinta-dari-yang-belum-pernah.html
#true story kan? :)
ini teka-teki?