Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Assalamualaikum.

Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan?



Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan. 

Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini.

Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan sepanjang hayat?

Belia diharapkan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Tetapi apa gunanya jika pelapis itu mendapat anugerah diraja pada hari konvokesyen mereka tetapi cetek pada ilmu agamanya. Lihat sahaja kepimpinan pada hari ini, tidak perlu menuding jari pada siapa-siapa. Cermin media massa sudah terbentang luas memantulkan hakikat pemimpin kita. Gejala rasuah? Judi yang dihalalkan? Riba yang dimestikan? Atau pemimpin yang gagah di medan perjuangan mahu membela nasib rakyat sedangkan belum mampu menyuruh isteri sendiri melitup aurat sempurna. 

Juga tidak perlu diceritakan lagi betapa nazak negara kita hari ini dengan pelbagai kes murtad, rogol, seks songsang dan sebagainya. Manusia ini pelupa. Semakin tua semakin pelupa. Maka, apa salahnya sebelum usia tua menjengah, peringatan demi peringatan disalurkan terutamanya pada saat kritikal sebelum belia dibebaskan untuk menjalani kehidupan sendiri, iaitu ketika belia, malah maCy sendiri berada di peringkat universiti.

Maklum, Pendidikan Islam sudah diwujudkan bermula dari sekolah rendah lagi. Tetapi apa salahnya disesuaikan dengan peringkat usia serta keperluan dalam membina benteng dalam belia sedang senak disogok dengan pelbagai hiburan duniawi. 

Di surau misalnya, ada dijalankan ceramah juga aktiviti sebagai pengganti. Tetapi sejauh mana dapat memaksa semua penuntut universiti menghadirkan diri dalam kekangan masa dan tugasan menjadi zikir sebagai alasan. Malah, untuk diri maCy sendiri. Maka, barangkali pengisian masa subjek Pendidikan Islam yang pendek itu sedikit sebanyak mampu mengusik hati saat kita, maCy, terleka.


Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.



Mengetuk keyboard sambil menghala mata menonton sinetron.
Teringat kisah pelajar lelaki tajaan Petronas yang berkahwin juga dengan lelaki di Dublin seperti yang digembar-gemburkan  tahun lepas.

Comments

Unknown said…
rasa boleh score kalau ada subjek pendidikan islam di peringkat universiti kalo nak dibandingkan subjek kemahiran komunikasi dalam bahasa inggeris.. tapi dua2 kena balance sebab untuk dunia n akhirat juga.. ^^
Unknown said…
kalaulah kan..pendapat ni sampai ke menteri2
Izzat Aziz said…
Rasa Islamic Studies memang national requirement kan kat universiti?

Tapi bila jadi subjek universiti, ramai yang ambil mudha, tak ambil ajaran sebenar.
cik ciput said…
Remaja sekarang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Ditambah pula dengan godaan media terutamanya internet, mereka sangat2 terdedah dengan gejala yang tidak bermoral.

*pandai2lah pilih kawan.
eLL said…
rasanya perlu diwujudkan subjek pendidikan islam di universiti.
the dr said…
saya rasa yang paling penting sekali dalam agama adalah tauhid.kena titik beratkan tentang keyakinan pada ALLAH, pada kewajipan2 dalam agama.saya rasa benda nila punca orang islam kita lemah skang. benda wajib pun buat tak endah. benda mungkar selambe je ikut. ulama dipandang sebelah mata. sebab tak yakin kot pada agama. tak guna jugak kalau dari kecik kita sudah ada pendidikan agama kat skola dan sebagainya tapi basic dari agama iaitu kepercayaan dan keyakinan kita itu tiada. kadang2 tengok ada orang yang sarjana agama tapi perwatakan dan keperibadian lansung tak sejajar dengan ilmu yang dia ada.contoh cam dr masyitah tu. mengarut2 je lebih. sori ni pendapat peribadi je. kalau salah harap diperbetul.
Ckin Kembaq said…
nak share sikit..di Poli, ianya wajib..bagi pelajar non muslim dia ada kelasnya tersendiri iaitu kelas moral.khusus utk mereka pada hari jumaat yakni selepas jumaat. dan bila dah memasuki ke semester lain yang lebih tinggi, subjek ditukar kepada Tamadun. subjek ini diajar kepada muslim dan non muslim. Memang sangat berbaloi-baloi. sebabnya ruang lingkup pengajaran adalah berkisar langsung kepada cara hidup manusia.

Tamadun yg dimaksudkan bukanlah hanya tertumpu kepada tamadun dulu, tp sekarang.. ^_^ Di situ dpt kita lihat pembangunan tamadun islam dan tamadun lain. Mana lebih hebat? Begitu hebat ciptaan Allah untuk kita renungkan.. ^_^

p/s : just for sharing..
Anonymous said…
fay,
bukan utk score yg perlu dilihat sekarang :)


jiji yu,
siapalah saya sehingga mahu sampai ke sana :)

the dr,
betul. maksud macy kalau boleh diwujudkan subjek tu, penekanan pada benda asas yg mjadi tunjang utama, tauhid.. iman..


ckin,
TITAS di u pun ada. cuma, sekadar tamadun sedang aspek aqidah terlepas pandang.. baguslah kalau di poli begitu :)
penjajah minda said…
memang patut pun.patut kena ada.patut!
Mario said…
eh...mmg ada kan....kat uitm ada...
Dear Yayah said…
nasib baik kt uia diwajibkan subjek basic themes of the Al-quran.. sekurang2nye tadak la students tinggaikan terus subjek agama..huuu
eLL said…
subjek keagaaman yang ada di ipt mungkin perlu diperkemaskan lagi sylybus disebabkan remaja sekarang pemikiran dah advance kearah hiburan dan bentuk pergaulan..
Cik Sibuk said…
Salam,

Jawapan saya: Patut!

Tapi kan..ramai jugak student2 UIA yang dibawa arus. So camne pulak tu. Rasanya kat UIA ada sambung pendidikan agama kan? (ni saya tak sure).

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan