Pandang Pertama

Assalamualaikum.

Pandangan pertama. Perempuan mudah jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar, sedangkan lelaki mudah jatuh hati pada apa yang mereka lihat. Tapi itu sebenarnya bukan apa yang mahu dibicarakan kali ini. Tetapi berkenaan dengan pandang pertama atau kata lainnya, first impression.


Dibaca dari satu teratak yang sering saja membawa maCy ke laman pemikiran di luar kotak, kali ini mencuri sedikit isi dengan penulisan dan perkongsian yang dasarnya sama tapi berbeza cungkilan ideanya.

Dipetik dari sana, "Segala macam benda dan pakai, tak lebih dari wasilah kehidupan.  Jadi, jangan menghukum sebelum mengenal."

Sembilan ratus sembilan puluh sembilan kata setuju, kerana kata-kata itu ada benarnya. Kata mereka, luar cantik  dalam tak semestinya sama. Adakalanya fizikal luaran masih belum mampu menterjemah hakikat individu itu sendiri. Ada yang luarnya pakai mewah, tapi sebenarnya hutang mencekik darah. Adakalanya pakai sedang-sedang sahaja, tapi punya wang bulanan berjuta-juta.

Samalah dengan ilmu. Hatta yang berkopiah putih berjubah sama warna juga ada melakukan khilaf luar dari jangkaan minda. Pandangan pertama barangkali berkata hati lelaki ini pasti penuh ilmu di dada. Sedangkan adakalanya mereka juga punya miskonsepsi perihal agama. Maka usah mudah tunduk akur dengan sekali dengar cuma. Tangguklah ilmu di merata-rata usah dengar hanya dari satu punca.

Tapi yang harus dikata tapi dengan huruf besar, kata mereka, luar cantik dalam tak semestinya sama. Tapi, ibarat ubi kentang. kalau luarnya hitam berkulat, masakan ada yakin dalamnya penuh khasiat?

Tuntasnya, luar dalam perlu sama rata sama timbangannya. Apa yang penting, masing-masing perlu timba ilmu semahunya moga tak mudah percaya, moga tak mudah terpedaya.


Hidup ini jika asyik memandang khilaf yang lain,
diri sendiri terasa tak pernah tak benar walau sekali.
 Maka bersederhanalah.

dan terima kasih, AJ.

Comments

RastaMat said…
ye itu ada benarnya..
sudah banyak realitinya..
cores said…
teringat lagu jangan pandang2...
Unknown said…
muhasabah diri di petang hari :-)
penjajah minda said…
cantik luar cantik dalam baru ngam!
Unknown said…
hurmmm..tp luar pon kena jg jgk kan
monologtinism said…
besederhana dalam semua.
usaha usaha.
cik ciput said…
cantik luar dalam...pakej tuu.. =)
Salam

lebih indah kalau apa yang indah dipandang, begitulah juga isinya
ghost said…
mata menggambarkan seseorang dengan pesona.sedang hati menggambarkan seseorang dengan telus.

manusia yang tau khilafnya lebih baik dari yang tidak mengakui khilafnya.
terokai seni said…
sedas juga untuk koi ni

kalo hensem kat luo kena juga hensem kat dalam baru kemassss
AJ said…
yang selalu kita silapkan adalah menilai busuk dan mulia manusia dari luarannya; tapi itu tidak menidakkan wujud marhaen yang terang-terang rosak dan merosakkan.

*senyum*

berwangi-wangianlah pada yang harus, agar kita didekati dan mudah disampaikan kalimah-Nya; namun, andai itu mustahil pada kewujudan, kikir saja hamparan batu di pantai bersih buat tinggalan pesan untuk burung-burung yang lalu- dan insya'Allah, akan sampai pada tuju.

*senyum*

dan meminjam kata Ghost;
"manusia yang tau khilafnya lebih baik dari yang tidak mengakui khilafnya."
dan lebih baik
"manusia yang tau dan baiki khilafnya sedaya mampu lebih baik dari yang hanya tahu dan berkata 'i born with it, and nothing could ever change that'"
nothing is impossible; cause Allah say so.

*smile*
Marhaenonymous said…
bisalah.

manusia mudah menghukum sedang dasarnya mereka buta jiwa dan hanya terpana dek sorot pandang mata saja.
LadyBird said…
suke perbandingan ini :

"Ibarat ubi kentang. kalau luarnya hitam berkulat, masakan ada yakin dalamnya penuh khasiat?"
Si gadis bunga said…
Seronoknya baca penulisan maCy.

*speechless*
dan sambil berfikir...
beautiful_rose said…
kadang2 kita mudah tertipu dengan pandangan luaran yang kita lihat baik.meletak hukum sebelum membuat penilaian.

dan pada akhirnya jika kita tersilap,pasti kesalan yang akan berbekas di hati.







AJ macy?
ada jumpa dia kat mana2?
dah puas cari kot2 dia sudah ada buat laman baru?
nanti bagitau ye.
HEROICzero said…
kadang aku rasa istilah 'dont judge a book by its cover' tidak lah sebenar mana . =)
Hafiza Hafinas said…
like~ sebab tu la orang kata tak kenal maka tak cinta.. kalau kita dok kata kat org camni camtu, kita kena ingat, orang yang kita dok kata tu Allah yang cipta,, maknanya kita dok salahkan Allah kah?? so.. fikir2kan...
catherine- said…
nak pegi interview kena pakai sopan.

eh~ lari topik ke?
Qib said…
=) thanks for writing this en3..
rasa betul jer..

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya