lukisan penulisan

Assalamualaikum.


Melukis suatu penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana semuanya memerlukan subjek untuk dilukiskan. Tidak kira sama ada subjek itu ditemui secara kebetulan mahupun di luar kebetulan. Tidak kira lukisan penulisan itu adalah hasil pengalaman lalu mahu pun idea kecil yang terlintas setelah melihat lukisan yang lain.

Mengapa maCy bahasakan lukisan? Kerana bagi maCy ada dua jenis penulisan. Satu, yang mudah dihadam makna enak dimakan begitu sahaja. Dan dua, penulisan yang memerlukan imaginasi minda melukis semula gambaran tulisan lebih enak rasanya tetapi liatnya tak terkata.

Sekadar ingin berkongsi sebahagian tanah-tanah lukisan bacaan minda maCy, yang adakalanya memerlukan maCy menghentikan mainan lagu mp3 hanya kerana mahu mencernakan zat-zat yang terkandung di dalamnya..

_
Naz
__Hellioz

___khrlhsym
____Dark Half
_____Fared Isa
______Ghost Writer
_______Frodo Baggins
________Penulis sahaja
_________Dakwat Basah
__________syairsiparapara
___________inspirationalefeks

Kebanyakannya memang sudah gemilang di alam maya. Banyak lagi sebenarnya, tapi inilah diantaranya yang mampu ditemui tapak mereka. Tidak dilupakan AJ Nismihan yang tersangat maCy kagumi tetapi hilang blognya entah kemana harapnya sementara sahaja.

Entah bila maCy mampu duduk sebaris mereka berdiri lama-lama penat pula jadinya. Entah bila jari ini upaya mengetuk keyboard membentuk ayat secantik mereka, oh tekan biasa sudah ketuk-ketuk jahanam segera lappy maCy akhirnya.

Makan guna garpu, maCy mula merapu. Pergi dulu, jangan rindu-rindu ;)


p/s : semua manusia mahu difahami, tetapi tidak semua yg mampu berkata-kata untuk difahami dirinya.

Comments

. said…
"semua manusia mahu difahami, tetapi tidak semua yg mampu berkata-kata untuk difahami dirinya."

ayat ini sangat sesuai untuk saya, kadangkala bila baca kembali apa yang saya tuliskan. seperti orang lain sahaja.
Unknown said…
geng2 engko le tu kan..ahaha
Anonymous said…
khrlhsym,
tapi ada sebahagian manusia yg mampu memahami tanpa perlu berkata-kata..
Anonymous said…
jiji,
grr.. mana ada. isk
jaya jr said…
memang macam-macam style ade dlm dunia blogger..
beautiful_rose said…
aku pun sukakan entry2 dari mereka.tapi selalunya jarang sekali aku tinggalkan jejak.lebih suka menjadi pembaca senyap saja.baca dan fikir dari luar kotak.

macy,kalau ada masa,try blog walking utk satu hari.sebab kau akan jumpa lebih banyak lagi blog2 y betul2 mengujakan.












aku dah try bukan 1 hari,tapi seminggu.dlm tempoh itu hanya blogwalking saja.jadi entry2 y terupdate di blog aku majoritinya hanya autopublish saja =p







:: apa khabar langit pada hari ini? =)
Unknown said…
lau alya, entah bila mampu berdiri sebaris maCy..hehe

cayOk2..maCy boleh jadi sehebat mereka :)
Duniakuabstrak said…
Semuanya pure hebat dan tidak sombong, yang sombong-sombong hanya yang bajet hebat....keh3
Unknown said…
ye.mereka punya ayat perlu dibaca berulg-kali.terkadang tersalah cerna.lol
NAZ said…
lukisan kamu juga apa kurang nya. sehingga kini saya masih mencari maksud skandal dari langit hahahahaa
Duniakuabstrak said…
macy, mana butang Like? aku nak Like komen naz 18 juta kali..hahaha
Anonymous said…
@Anisa Hang Tuah
selamat mencuba. huhu

@jaya jr
cuba cerna :)

@beautiful_rose
sebenarnya byk lagi rose. tapi mana yg balas jejak, sure la macy jmpa balik jejak. mana yg macy tinggal jejak tak balas jejak. mana nak cari semula jejak mereka..

langit baik2 saja :)

@aLya maNip
macy sudah hampir bersara. tAk dibenarkn bloging byk lagi..
Anonymous said…
@DuniakuAbstrak
jauhkan diri dari si bajet. keh2

@eiffel
usah salah cerna. tanya :)

@naz@DuniakuAbstrak
sengal lah kamu berdua. haha =="
Hairun Azmi said…
Macam mana yer lukisan penulisan...poning den...

2 kembar beradik kongsi tarikh lahir
intan.maisarah said…
"semua manusia mahu difahami, tetapi tidak semua yg mampu berkata-kata untuk difahami dirinya."


suka ayat ni juga
:)

macy.
kamu juga penulis hebat
:)












.

sara tergoda dengan mata kamu
. said…
kalau boleh memahami macy tanpa perlu macy berkata-kata. alangkah baiknya. tiadalah titik hitam itu =.=
Rina Rossoneri said…
selalu jealous dgn bhs dorang...bhs macy juga...
Sca Ndx said…
aaaha, semua kdg2 kena baca dua tiga kali. baru faham mesej tersirat.
Sca Ndx said…
aaaha, semua kdg2 kena baca dua tiga kali. baru faham mesej tersirat.
Melukis itu satu imaginasi,menulis pula satu realiti.

Bahasa kias memang cantik dilukiskan.Tapi intrepertasi berbeza buat tulisan salah dimaksudkan.^_~
kiwi said…
smua org nk difahami..tp kdg2..kiwi sdiri pn x dpt nk phm ngn perangai sdiri..huhu
HEROICzero said…
tulis saja sejujur kamu.

kamu paling hebat d dalam blog kamu kan maCy.

=)
ghost said…
menyetujui 2-3 orang yang memberi pernyataan bahwa maCy juga tidak ada kurangnya dari mereka.
ILA HonEyBuNNy said…
Macy :

suka la kata2 neh...

"semua manusia mahu difahami, tetapi tidak semua yg mampu berkata-kata untuk difahami dirinya."
Anonymous said…
@Miecyber
apo kono ei poning2. keke

@intan.maisarah
terima kasih sara. kamu juga apa kurangnya :)

@KHRLHSYM
usah resah gelisah. pandailah macy membersihkannya nanti :)

@Rina Rossoneri
yg ni btl2 kelakar. ki :P

@Sca Ndx
urs pn sama la sca :)
Anonymous said…
@airaniez wirdani
kerana itu harus bertanya :)

@kiwi
haha. sama la. maslaah kan

@HEROICzero
tidak sehebat kamu :)

@ghost writer
mereka cuma mngambil hati mgkn :P

@HonEyBuNNy
lol. anode one love it. thnks :)
Raihana Izzati said…
Saya sayang macy seadanya

:)
Frodo Baggins said…
kamu dan yang lain2 lebih hebat lagi ...
Abidin Sani said…
Salam
Selamat Hari Guru ya semua Guru dan Bakal Guru.

*senyum*

hmm, i may write something out of boder till you decide to drop the entry by yourself.

anywhere, here is my credit.

i love the way Frodo play with the words.
i love the way ghost writer metaphor everything in life with his bombastic word.
Naz, Hellioz, Khrlhsym, Dark Half are great too.
and last;
i love the way you express the complication within a short and simple word; too.

so.
everyone here are great; at least from my perspective.
and all deserved a great credit.
but.
that should never end the spirit of survivor and let the complacent be a king.

you will always be better when you are free from expectation and express the best from your deep inside.

above all; Allah is The Greatest.

*smile*

so, take care maCy.
kalau pun aku dah hilang sisi penulisan aku, aku tetap boleh berlegar sini dengan sisi pembaca aku kan?

*senyum*

Hai frodo, lama tak jenguk kamu. Jaga diri ya.
Anonymous said…
sini where?
Anonymous said…
@Abidin Sani
kamu AJ? AJ?? mana hilang?
Abidin Sani said…
untuk maCy:
sini http://aj-nismihan.blogspot.com/

cuma perkongsian tulisan AJ yang pasti ada baik untuk kamu kutipkan.

*senyum*

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya