kepulangan
Assalamualaikum.
Pintu bilik diketuk berkali-kali. Perlahan gadis berbaju kurung cotton putih berbunga merah kecil membuka pintu. Sedikit sahaja, cukup-cukup untuk melihat mata dan mendengar suara.
"Putih, bila lagi mahu keluar? Lama sudah terperuk di sini..", kata Merah Jambu memulakan bicara.
"Putih masih belum bersedia kakak..", jawab Putih, ringkas.
"Sampai bila? Sampai matahari terbit di ufuk barat? Sampai Robin Hood menghantar lamaran ke rumah?", tanyanya lagi sambil mengenyit mata.
"Kakak ni! Sengaja kan mahu mengusik Putih lagi.. Ada-ada saja..", Putih mula membiarkan pintu luas terbuka dan melangkah perlahan lalu duduk di penjuru katil.
Cepat-cepat sahaja Merah Jambu duduk di sebelah Putih. Macamlah pintu itu akan tertutup tiba-tiba. Dipandang wajah si Merah Jambu. Merah Jambu itu adalah sahabatnya yang sudah seperti kakaknya sendiri. Malah dianggap seperti kekasih juga. Senyap sebarang sehari dua mulalah akan gusar hati memikirkan mana hilangnya.
"Putih, semua mula merindui Putih. Putih yang dulu. Putih dengan emosi ceria, bukan Putih yang nama saja Putih tapi emosinya hitam. Ditambah pula disiram cahaya matahari, semakinlah hitam legam.", kata Merah Jambu diekori ketawa kecil.
Putih mengetap bibir. Geram sungguh dengan si Merah Jambu yang gemar mengusik. Mengusik dia yang meminati cerita Robin Hood sejak kecil, dan menjadi peminat setia objek langit terutamanya matahari. Malah sering sahaja perasan dialah bintang kecil yang paling terang cahayanya!
"Putih, keluarlah. Jadilah Putih yang dulu. Putih yang sensitif pada manusia, sensitif pada objek tak bernyawa, sensitif pada semua. Juga putih yang sedang belajar menjadi pemikir yang bijaksana. Turut belajar mengawal emosi yang menguasai diri dua per tiga. Keluarlah Putih, keluarlah. Keluarlah dalam bentuk kata di teratak Aku, Kau dan Mereka ini sekali lagi. Kembalikan Putih yang dulu. Dan kuasai semula diri yang mula beranjak ke arah yang satu lagi!", Merah Jambu menyambung bicara. Dihadiahkan Putih dengan hadiah senyuman penuh pengharapan sebelum berlalu pergi.
Suasana kembali sepi seperti asalnya.
Kali ini kata akhirnya benar-benar mencucuk jiwa. Benarkah, aku mula berubah? Benarkah, sebenarnya menulis itu sejak awal menjadi terapi jiwa tanpa aku sedari? Benarkah, tulisan ini menjadi hiburan bagi segelintir, biarpun tidak semua sudi membacanya... Benarkah?

"Dan kuasai semula diri yang mula menganjak ke arah yang satu lagi!"
Kali ini kata akhirnya benar-benar mencucuk jiwa. Benarkah, aku mula berubah? Benarkah, sebenarnya menulis itu sejak awal menjadi terapi jiwa tanpa aku sedari? Benarkah, tulisan ini menjadi hiburan bagi segelintir, biarpun tidak semua sudi membacanya... Benarkah?
p/s : Kekok. Bagai cubaan pertama.
Comments
smbil nyanyi lagu pulangkan cita pontianak harum sundal malam..hahahha
not ordinary friends,
but best of friends.
akhirnya update jugak..
knp lamer tak hapdate kak?
busy kah?
why not?
fikir.
=)
macy la! macy la! macy la!
masih ada y sudi meminjamkan bahu utk kamu bila masa saja y kamu mahu =)
*senyum*
Selamat kembali ke dunia blog. Sepanjang Macy beruzlah, tiada lagi bicara Macy yg dpt sy tatap dan baca. bicara yg bukan sebarang bicara, tapi bicara yg mengundang pahala kerana berkongsi perkara yg baik2. Harap Macy kembali berbicara, bicara sebagai aku, kau dan mereka.
p/s : dulu ada macy dan ada pacifist yg boleh berkongsi cerita, tapi pacifist dah lama menjauh, kini Macy pula nak menjauh.
thehe.