dilema

Assalamualaikum.


Just a day before yesterday I decided to keep on blogging here. But today somebody just warned me, "Jangan galak sangat blog, ingat study tu!".

Lol. Ayat rekaan sebenarnya tapi itulah makna yang dihadam. Antara berhenti, atau memperlahankan gear di bawah gear 1. "Nak berhenti lagi? What people says?", kata Encik Psychopath pula.

I admitted that I spend so much time on blogs. Tanpa menulis pun maCy akan membaca. Dan menulis itu satu passion sebenarnya. Dan untuk menulis satu entri yang konon-kononnya berkualiti ini memerlukan setengah jam sekurang-kurangnya. Dan paling lama pun sejam mungkin. Bergantung pada isi dan jenis penulisan yang dibawa.

Kata mereka semua ini pembaziran masa. Kata mereka semua ini mengganggu studi sahaja. Kata maCy? Siapa maCy untuk berkata-kata? Kata maCy blog ini satu pengisian yang benar mengambil masa tapi tidak mengganggu belajar. Assignment masih siap. Pointer? Pointer? Tidak hebat, tidak teruk. Sederhana sahaja. Pernah hampir gagal, tetapi di blog juga maCy mendapatkan terapi jiwa.

Tapi, untuk sekalian kalinya menerima ingatan sebegitu, yakni untuk kurangkan, atau berhenti terus di arena blog ini, maCy mula mahu cuba memikirkan apa sebenarnya yang sebaik-baiknya. Dan di sini, keputusannya maCy akan terus menulis. Cuma, tidak kerap seperti dahulu. Akan pasti melawat juga sesekali. Itulah keputusannya. Adil, untuk yang memberi ingatan, juga untuk yang diperingatkan.

Lebih baik kurang dari tidak langsung, bukan? :)

Salam sayang. maCy~


p/s : terima kasih atas ingatan, terima kasih untuk pembaca juga :)

Comments

salam Macy.

Sebenarnya ia bergantung kpd kita sebagai pemain utamanya.

Dulu waktu kt USM, saya ada seorg awan yg sgt aktif. aktif dgn MPP, dgn PMI dan mcm2 lagi. Tapi kerana kebijaksanaanya dia berjaya dpt result yg gempak sdgkan dia ambik kursus fizik. Dia dpt biasiswa utk sambung master ke US.

Tapi dlm masa yg sama, ada juga kawan sy kat USM tu, yg ambik kursus yg sgt mudah dan tak aktif dgn apa- apa pun, tapi CGPA sekadar 2.7

Tapi saya akur, itu semua bergantung kpd kebolehan kita sebagai pemain utama dan ia berbeza antara seeorg dgn seseorg yg lain. Kalau kita rujuk kondep Fiqh alawiyat ( fiqh keutamaan), Macy kena utamakan yg mana paling bermakna kpd Macy. Pastikan manfaat mengatasi mudarat,
TunTeja said…
:) teruskan menulis macy!
Mario said…
ye betul tu,,,klu ada masa terluang...tulisle...
Unknown said…
seb bek aku dah bekerjaya
pisau belati said…
betul tu macy...menulis itu terapi jiwa paling mudah.
Unknown said…
sokong pndpt bro shameel:)
tot tot kecik said…
salam..


ade orang kata
"bila sudah berblog......jangan lupakan kawan2 blog kamu erk..."

klu macy dpt ayt cmni, pe yg mcy akn simpulkn n ape yg terlintas di fikirn macy tntg kata2 yg dmksdkn..?

walau ape pun yg terjadi samada teruskn atau brhenti, itu kptsn kamu..dn jgn jdikn org skeliling pnyebab utk kamu tidk mlakukn apa yg trbaik utk dri kamu sndri..

pape pn gud luck tuk study.. :)
intan.maisarah said…
komen jiji ~.~
aduih


macy macy..

sama sama kita berjuang di medan ilmu.
macy.

^.^
Kay- said…
cool chillex.
ade mase update...takde mase takya
ngehehehe
Wawa Amran said…
Keep on writing.. Even though you'll write less, I'll never miss to come & read~ =)
Sca Ndx said…
macy macy. go macy :)
HEROICzero said…
gud. pandai bahagi masa. ade sesetengah blogger yang terheret terus ke dunia maya. bila kita kata loser, mula menyalak, marah. come on. =)
M a W a D D a H said…
teruskan menulis walaupun tak kerap...itu lagi better bukan..:)
Lan Bingka said…
kalau ada masa terluang, tulis la..
memang betul, menulis ialah salah satu terapi..:)
Chereta Chenta said…
gue setuju....menulis adalah terapi jiwa kepada mereka yang cintakan penulisan
lady-D said…
dla ni blogging tgk keadaan gak..walaupun dh keje tp kdg2 bz gak..tp mmg dh minat blogging so cr jugak time sikit..walaupun x update dla gi baca entry kwn2 sbb dh mcm terapi baca entry dorg ni..truskan je macy, kalau xde ms benti kejap tp jgn ttp blog sudah..
bila kamu berhenti menulis, kamu akan rasa something yang hilang.
Anonymous said…
*senyum*
Alhamdulillah
Percayalah,pesan-pesan dari sahabatmu tu semua lahir dari sayang mereka pada kamu.
Bersyukurlah, kerana ada yang mengambil kisah dan mengambil endah hal kamu. Itu tanda kita dihargaikan.
Tapi, menolak satu dari yang berpesan itu tak bereti kamu membelakangkan kehadiran mereka; asalkan kamu berbudi dalam susun bahasa dan biar yang jernih saja keluar sebagai penyususan kata.

andai aku yang kamu tanya, aku mahu berpesan.

menulislah selagi kamu mahu, kerana bagi aku menulis itu jiwa, dan aku takkan pernah mampu hidup tanpa ada jiwa.

tapi.

melayan jiwa tanpa diambil kira hal dunia yang lebih dari sekadar pandang, itu bisa undang binasa.
biarlah berpada-pada dan berpada itu ikut susun kamu sendiri, kerana kamu lebih mengerti dari yang lain.

percayalah,
menulis atau tidak, itu semua pilihan kamu, dan semua sahabat pasti akan tetap doakan yang terbaik untuk kamu.

dan aku kata begitu kerana aku pernah sendiri rempuh hal yang sama.
dan aku harap aku mampu hadir sebagai sahabat yang senada dengan itu.

*senyum*

utamakan yang utama; tapi tak bereti harus mati dan matian untuk itu.
hidup ada susun-susun jalur warna dan bukan satu bosan cahaya sahaja.

keputusan akhir; itu milik kamu.
dan yakinlah dengan keputusan itu.
selagi mana kamu tahu apa yang kamu tuju, pasti kamu takkan sesal hujungnya; insya'Allah.

ah.
aku berkata seperti aku kenal dunia kamu lebih dari yang kamu tahu pulak.
maaflah macy.
kamu tetap macy dari langit juga kalau di mana kan?
*senyum*

salam
aLya maNip said…
betul tu maCy. "lebih baik kurang dari tidak langsung"hehe

walaupun tak selalu, kurang sket rindu pada maCy dan penulisan maCy. kuatkan semangat ye syg. insyaALLAH. boleh je bahagikan masa dengan sebaiknya..

cayOk!! cayOk2 maCy !!!

*hug*
Raden said…
suke menulis..esp blog laa..tp agak susah nk bhgi mase. mngkin lepas nie da tak aktiv sgt..urm...
Fared Isa said…
It is very simple if u keep it simple.

There is no need to complicate things at all, that is for people who need reasons for why things happen, when, the reality is that it really does not matter.
priority is d first~ :)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya