cikgu, ajarlah kami..

Assalamualaikum.

Bulan lepas seperti sem-sem sebelumnya maCy ke sekolah untuk menjalani SBE (School Based Experience). Kali ini maCy ke sekolah seorang diri gara-gara mahu ke sekolah yang betul-betul dekat dengan rumah. Sekolah yang paling dekat dengan rumah sudah maCy spare untuk SBE akan datang. hihi

Walaupun seorang, segalanya masih lancar, guru-guru yang baik dan pentadbiran sekolah yang licin. maCy sangat suka ke sekolah. Lebih suka apabila diminta menggantikan guru yang tidak dapat hadir. Memandangkan hujan sepanjang minggu, maka kelas Pendidikan Jasmani digantikan dengan Pendidikan Kesihatan.

Hari pertama maCy tidak mengajar, sekadar mengajak murid-murid bermain di dalam kelas. Kerana silibus Pend. Kesihatan tahun 4 dan 5 berkenaan seksualiti. maCy kurang arif sama ada maCy harus 'direct' atau bagaimana dalam menerangkan mengenai perubahan fizikal am lelaki dan perempuan setelah mencapai umur baligh. Tambahan pula sebenarnya maCy memang belum punya lesen mengajar. huhu

Kisahnya yang ingin diceritakan di sini, maCy ada memasuki kedua-dua kelas pertama 5A dan terakhir 5E. Kelas pertama seperti biasa eager untuk belajar. Beria-ia meminta maCy mengadakan kuiz Sains. Bersemangat untuk belajar, sentiasa berebut-rebut untuk membantu guru walau hanya untuk memadam papan tulis tetapi ada yang sedikit ego dengan kepandaian mereka.

Kelas terakhir? Hm.. Nakal. Banyak mulut. Ceria. Tapi yang perempuannya tersangatlah pasif. Diajak bermain 'teka apa', menyanyi dan bercerita. Akhirnya bergaduh kerana kalah dalam permainan. Maka merasalah mereka dimarahi cikgu maCy ini. Semua duduk di tempat masing-masing tanpa sepatah kata, hanya bebelan maCy yang kedengaran.
Kelas mulai sepi. Kemudian, buka mulut sedikit sahaja, mereka sudah mula tersenyum semula. Sudah lupa yang mereka baru sahaja dimarahi terutamanya si nakal yang menghentak-hentak meja dan menolak rakan itu tadi. Sudah meminta maCy bercerita semula :)


Sebelum keluar kelas, maCy sampaikan pesanan terakhir, menyuruh mereka belajar rajin-rajin dan sebagainya. Memberi ingatan sekali lagi kepada yang dimarahi tadi. Cuma satu yang terbekas sehingga hari ini. Sebelum keluar, salah seorang daripada mereka berkata, "Cikgu, tolonglah ajar kami. Kami ni bukan pandai pun..". maCy terdiam, lebih-lebih lagi melihat mata ikhlas dia yang berkata-kata.


Ya, maCy tidak pernah duduk di kelas terakhir, maCy bukan seorang murid yang terlalu lambat belajar. maCy bukan murid yang selalu memakan rotan dan penampar. maCy tahu, mereka di kelas terakhir bukan jahat, cuma malas belajar sahaja. Digilap sedikit, pasti berjaya.. Tapi pernah juga maCy melihat murid-murid yang lambat belajar ini dilempar bukunya ke luar dari tingkat dua..

Dan hari ini, maCy sangat berharap, maCy dapat menamatkan pengajian maCy di IPG ini, dan keluar menjadi guru yang mampu mendidik semua anak-anak muridnya sehingga berjaya..


p/s : tahun depan sudah mula praktikum. fuhh =="

Comments

Lan Bingka said…
go go cikgu maCy..:)
Sca Ndx said…
sweet lah cikgu macy.
kelas last pun ada je org pandai
- elina - said…
betuahnya dapat jadi anak murid maCy .

nak jugakk.

hee .
. said…
burung terbang tu macam permainan saya diwaktu muda. cikgu baling saya kutip. hihi

cikgu macy boleh ajar saya? :P
Mario said…
wah bagus cikgu ni...sib baik tak kn ngurat dgn bdk darjah 5 ek...
wachak said…
assalam maCy.

semoga berjaya menjadi seorang pengajar dan sekali gus seorang pendidik.
beautiful_rose said…
cikgu macy... =)
kalau kau jadi cikgu nanti,pastikan kau jadi cikgu yang baik dan ikhlas.biar dihormati kerana jasa dan budi dan bukannya ditakuti kerana benci.

ini pengalaman aku macy...
cikgu yang hebat adalah cikgu yang berjaya mendidik pelajarnya menjadi orang yang berguna.dan cikgu yang gagal adalah cikgu yang hanya masuk kekelas dan keluar tanpa meninggalkan apa2 untuk pelajarnya.

sayang kan,macy?

aku tengok sekarang ni ramai yang memilih profesional ini semata2 kerana kerja dan gaji.dan bukannya kerana seikhlas hati nak jadi pendidik.maaf kalau kau tak setuju dengan aku.kerana banyak dikalangan kawan2 aku yang memilih kerjaya guru ini semata2 kerana kerja dan gaji.

kata mereka...

"sekarang susah nak dapat kerja.habis degree buat KPLI atau DPLI.lepas tu dah tentu kerja menunggu.masuk kelas mengajar atau tidak pandai atau tidak pelajar,bulan2 gaji tetap jalan."

sedihkan macy? aku harap kau tidak begitu.dan aku yakin cikgu macy ni boleh jadi cikgu yang terbaik satu hari nanti.kan? janji dengan aku ye macy... =)














nanti,kalau aku ada anak nanti,biar aku hantar dia sekolah di tempat kau mengajar nanti.tak pun aku hantar dia tuition sama kau.boleh,cikgu macy? =p
Unknown said…
hohoho..garang jugak cekgu maCy ni ekk.. hehe.. teringin jugak nak jd mcm student2 maCy.. rasa pengalaman cekgu maCy mengajar.. hehe
Nas said…
lama xsinggah kat blog ni.. dulu penah singgah tapi tetiba xde link! macy dulu private ker? hu3...
hope so la dpt menjadi guru yg cemerlang nanti :)
lady-D said…
tacingnya bile anak murid ckp camtu..gd luck ye macy..hope berjaya menjadi seorang pendidik yg cemerlang
good luck cikgu macy! go make them shining like stars.. :)

n do change people's perception about them.. :)
fira azhar said…
waa... thcng je kalo student ckp camtu... isk2... ni yg makin berkobar-kobar nk jdi cikgu ni..
Anonymous said…
Tentu anak murid gembira dapat Macy sebagai guru mereka kerana cara yang diajar dapat menarik perhatian mereka.

Nasihat saya ialah sentiasa ikhlas mengajar anak bangsa
intan.maisarah said…
nak cikgu macy ajar saya biology.
pastu best kan


^^
dya adriza said…
haha.. macy da rasa 5 kali kan sbe? dya baru rasa sekali. tp serius best. pengalaman rapat dgn budak2, mmg betul2 buat kita rasa tanggungjwb sebenar kita nanti..
aLya maNip said…
seronoknye dapat merasa ajar kanak2..
diorg telus dalam ckap pape:)

cayok2 maCy..jadi pendidik yg disegani..hehe
Duniakuabstrak said…
dugaan sebagai guru agak berat...semoga berjaya
fiezah91 said…
cikgu macy cikgu macy..tlg ajar saya..ekeke :)

biasa la tu, kelas hujung mmg nakal.hehe
Nekmo said…
sedih pulak baca entri ni..hmmm...selalu dekat skolah..wujud diskriminasi aw..cikgu2 mcm tak bape nk pedulik sgt dak kelas belakang...ermm....go macy...hehe...menjadi seorang guru merupakan satu impian bira dulu...tp..tidak sekarang.. :) hehe...
Marhaenonymous said…
Aku dulunya adalah seorang murid nakal dan malas belajar..aku juga terhimpun diantara mereka yang sama seperti aku.


tapi setiap dari guru aku mengajar dengan ikhlas dan berkatnya kini aku sudah mula berfikir dan mengguna akal..

jadi guru harus ikhlas kerana keberkatan ilmu itu sentiasa berkembang cahayanya dan tak akan padam.
Rina Rossoneri said…
wahhh baiknya budak2 tuh
cores said…
mesti cikgu yang baik ni... semoga berjaya mendidik anak2 murid macy
Abu Bagi said…
naifnya kanak kanak..
LadyBird said…
macy... pernah tgk citer gokusen tak?
kisah seorang guru yg terpaksa mengajar di kelas yg teruk.. :)..
suke dengan pendekatan guru tersebut..

p/s : ramai guru yg xdpt mengajar pelajar di kelas belakang.. kshn kat pelajar yg mungkin ingin btl2 belajar di kelas tu :(.. mereka akan persalahkan guru sampai mrk dws.. :(
ghost said…
selamat menjadi pendidik yang ikhlas cikgu maCy...

:)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya