azfar dan najmi

Assalamualaikum.


"Umi umi! Tengok tu, banyaknya bintang!" teriak Najmi, anak kecil berkulit putih berpipi bagai donat. Jelas terpancar keriangan di wajahnya. Si ibu tersenyum melihat telatah anaknya itu yang sudah mencapai umur darjah satu. Dibiarkan sahaja dia berceloteh tak henti-henti. Makin tersenyum melihat si abang rajin sahaja melayan adiknya yang pelat dan banyak cakap itu.

"Azfar, Najmi.. Tahu tak kenapa ayah dan umi bawa Azfar dan Najmi ke pantai malam-malam ni?", tanya si ibu, lembut.

"Tak tahu, umi..", jawab mereka hampir serentak. Si ibu tersenyum, memandang ke wajah si ayah sekilas meminta dia pula berbicara. Namun si ayah menggeleng pula. Si ayah memang pendiam orangnya, memanjakan dan mendidik anak-anak dengan caranya sendiri.

"Sayang umi, lihat atas sana. Bintangnya banyak, tapi dalam banyak cuma satu yang menyerlah sekali. Luarannya terang, indah warnanya. Menyejukkan mata yang memandang, membuat hati jadi senang.. Sayang umi, lihat sana pula, ada bulan. Cantik bercahaya. Tapi sebenarnya itu bukan cahayanya. Matahari tiada di malam hari kan? Tapi cantiknya bulan kerana cahaya si matahari yang meminjamkan cahaya teriknya untuk mewarnai bulan. Jadi , umi mahu Azfar dan Najmi jadi seperti bintang dan matahari ya..", cerita si ibu penuh semangat siap dengan gerak tangan sekali. Tetapi risau pula kemudiannya melihat anak lelakinya yang terlopong keduanya. Si ayah mula tertawa.

"Bahasa awak tu tinggi sangat agaknya, mana budak-budak ni nak faham"
, kata si ayah mengusik. Si ibu mencebik kemudian senyum semula. Ada benar juga kata si ayah itu.

"Anak ayah, dengar sini. Allah sudah ciptakan alam kita ni indah sangat. Cuma kita yang kena bersyukur, kena buka mata. Dan, Najmi itu maknanya bintang. Jadi ayah dan umi mahu Azfar dan Najmi menjadi seperti bintang. Cantik luarnya, cantik dalamnya. Semua orang suka. Tapi mahu disukai bukan hanya boleh luaran semata-mata, perlu dihias dengan akhlak mulia. Azfar pula maknanya matahari. Jadi ayah dan umi mahu Azfar dan Najmi jadi seperti matahari juga. Walau hanya kelihatan di siang hari, tapi tetap berjasa walau di malam hari. Tidak kisah membantu, itu perlu. Faham tak ni?", sambung si ayah. Puas juga mahu menjelaskan dengan bahasa yang mudah. Bimbang jika dia pula ditertawakan isterinya.

"Faham ayah. Kira macam kena bersyukur lah kan. Dan kena jadi orang baik-baik dan berguna. Tak mahu nama Azfar dengan Najmi sekadar nama, kan", kata Azfar penuh yakin.

"Ooh. Paham-paham", jawab si Najmi tidak mahu ketinggalan. Si ayah dan ibu tersenyum keduanya.

"Pandai pun. Sudah, makin malam ni. Mari pulang.."
, ajak si ibu.

Mereka akhirnya meninggalkan daerah rumput pasir. Memulangkan kesunyian malam sambil berjalan menuju ke kereta berpegangan tangan keempat-empatnya.

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti." (Surah An-Nahl Ayat Ke-12)


p/s : Masih lost lagi dalam penulisan. what the fishcake. 2 jam buat entri ni, tapi ini bukan hasil yang diharapkan T__T

Comments

Teringat iklan zaman dulu-dulu. ibu pun macam matahari.

p/s = moga najmi dan azfar akan menyinari negara dan bangsa sebagaimana bintang dan matahari.
jaya jr said…
haha,ok dah ni..
tapi ade yang guna WTC=what the case..
Puan Nurussalwa said…
suke en3 ni maCy.. nice2..
pandainya tulis cerpen..
=)
Anisa Hang Tuah said…
such a good writing
:)
rasa macam baca novel. hehe.
Wawa Amran said…
Datang baca entri =)
fiezah91 said…
ok dah ni macy.. fuh! terer2.. :)

tapi dua jam siapkan entri ni rasanya berbaloi tu..
Unknown said…
even bukan yg ni yg maCy harapkan..tetap best..hehe

cmne la bila jadi parents nnt..boleh ke tak nak mengajar anak-anak ngan cara cmnie :)
HEROICzero said…
u're getting there!

masih dengan subjek bintang bulan dan matahari. =)
Hairun Azmi said…
Jom kita kira bilangan bintang huhuhuhu


KTM lancar Tiket 1RM
kiwi said…
nice enrty..keep writing ^^..hihi
Duniakuabstrak said…
Kalau tidak dapat jadi matahari yang menerangi

dapat jadi bulan sebagai perantara matahari pun jadi lah
ghost said…
masih mampu memahaminya...
Sca Ndx said…
lost2 macy pun. hebat,
qellissa said…
2 jam utk entry ni? syabas macy u did good job..pandai menulis ye macy ni..
Anonymous said…
HZ, *ketawa*

bulan dan bintang juga matahari. itu nyawa.
Anonymous said…
duniakuabstrak, tak mahu. mahu lebih dari itu.
nama khairul bariyyah.. tp, perangai x macam maksud nama lg.. wuwwuuuu~

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan