kata-kata

Assalamualaikum.


Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi jemari yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam.

Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar dari pada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung kembali menjejak normal dewasa.

Luka. Pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna.

Makanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pisau. Dan maka jika tidak mahu berdarah dalamnya usah pula berani bermain dengan kata-kata.

Lidah itu tajam seperti pedang, ukiran huruf hasil mata pena pun mampu meninggalkan kesan mendalam.

Menulislah, bagi yang berani. Membacalah, bagi yang cekal hati.


p/s : masih lost. rasa seperti baru dilahirkan semula. dan terima kasih atas segala sokongan dan kata rindu semua :)

Comments

- elina - said…
nak peluk maCy boleh ?

hehe.

:)
cikpia said…
membaca dengan hati yang cekal, semoga si penulis terus memberanikan diri......
M a W a D D a H said…
ooohhh macy...:)sentiasa menyokong macy...
Unknown said…
hee...maCy.!muah.masih macam dulu:)
Rina Rossoneri said…
macy..........................
..............................
..............................
..............................
MMUahhhhhhxxxx
Nur Qistina said…
xpe..pelan-pelan tatih ya..

ta..ta..tih...upatih! aaa...pandainya dia... ^^,
beautiful_rose said…
i miss u macy....





peluk ketat2 =)
aLya maNip said…
maCy!!!!
rindu....

*big big hug utk maCy*
adrinaqamarina said…
rina cop tempat kat belakang macy! mana tau kalau macy memerlukan~

tc sayang :)
HEROICzero said…
tulis selalu. semakin hampir tu. =)
MOFASAD said…
samakah kittew ?
Marhaenonymous said…
teruslah melangkah macy..bila jatuh pasti kan rasa sakit tapi itulah pengalaman yg mendewasakan setiap dari kita ini yg bernama manusia..


setelah bangkit bangun dan melangkahlah dgn lebih hati-hati kerana ujiannya terus-terusan pasti ada..
gua start jiwang malam ini..ada sikit sentuh hujung hati
terokai seni said…
idop tak meriah tanpa masalah... cabaran!
Tieah Madian said…
Perghhh.. Dalam giler maksud.. Tiada kata secantik bahasa.. *tetibe teringat lagu monoloque


Entry Terbaru : Alamak! Video 'Panas' Dah Tersebar..
err..kenapa ni macy?..lama xjenguk ..huhu
membaca tulisan penulis yang berani dgn hati yang cekal~ *diam itu lebih baik-jom kita berbicara hati ke hati.* :">
Mario said…
harap2 semenya ok la ye...
study study...

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya