update bantuan ke Mesir

Assalamualaikum.

Disini ada info mengenai bantuan ke Mesir.

1. Penerbangan TUDM dari Kaherah ke Jeddah
2. Penerbangan TUDM dari Iskandariah ke Jeddah
3. Pelayaran TLDM dari Pelabuhan Al-Adabiyah ke Pelabuhan Jeddah
4. Jeddah menjadi Pusat Transit Pelajar Malaysia

(Info directly daripada Pejabat Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

Sumber : FB Page Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir

***

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi
Bernama.

Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.


Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.


Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.

Sumber : malaysiakini


p/s : Arsenal vs Everton 2-1. hik3 ;D

Comments

Unknown said…
hope xde pape masalah da lps nih..sm0ga sumenye selamat :)
Anonymous said…
amin.
d_tieah said…
Kalau pun tak dapat nak balik Malaysia, sekurang2nya pelajar2 Malaysia selamat kat Jeddah..

Latest entry : Misi Menyelamatkan Pelajar Malaysia di Mesir dan Hosni Mubarak Umum Berundur
Latest entry : Lagi Isu Krisis di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia
baincardin said…
sama²lah kita berdoa utk mereka. :)
Wawa Amran said…
Amin~
Moga smereka semua selamat~
Anisa Hang Tuah said…
semoga segalanya dilindungi Allah
smpat lagi an nk sebot pasal arsenal mng 2.. :P

mudah2an sume bjalan lancar.. bagus jugak diorg letak kat pusat pnmpatan tbung haji 2 dulu.. at least,slamat sikit kot.. insyaAllah..
lady-D said…
hrp cepat2 dpt bwk dorg balik Malaysia..kesian kat dorg taw..harap dorg sume selamat..Amin...
CeritaSekupang said…
harap semua berjalan lancar...
sahromnasrudin said…
alhamdulillah..sy doakan mereka selamat tiba di mesia...
Izan Ishak said…
harap2 sangat semua rakyat malaysia dpt di bawa pulang...

*k.izan pun ada 3org anak sedara kat sana...
beautiful_rose said…
walaupun dah hantar bantuan,aku tetap rasa risau selagi mereka tak jejak kaki di tanah air ni.
terokai seni said…
moga dorang selamat sepanjang masa
Unknown said…
oh..
dh lamer blogging ngan bro asada..
heheeh..
ingtkan kwn sekolah.. :)

anyway, semoga mereka semua selamat..
AMin..
Unknown said…
sume dapat pergi jeddah ek..weh arsenal tu..ahah
Hanisah Safian said…
moga mereka sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA.amin :)
Chaoi said…
ceh siap state lagi arsenal menang
aLya maNip said…
insyaALLAH..semoga seme raktyat mlsia kat sana selamat dibawa balik..
Hanis MY said…
Semoga mereka semua berada dlm lindungan yg tak best bila ada sesetengah pihak yg ambil kesempatan huhu...akak folo sini...
hopefully semuanya ok ok saje.
:)
emieysandra said…
moge diorang cpt balik utk berada dlm zon slmat & xbuat kite rse risau lagi..;)
Fazleyatul Aini said…
cepat2 la bawak balik budak2 tuh kat sana
ijatnuar87 said…
alhamdulillah la dengan usaha kerajaan nih..tapi kan,kena perlu visa?kenapa tak bawak balik jek?ader saper2 leh jelaskan tak?
mie said…
seronok bila dengar berita tentang bantuan ni..
ehehee
Farhan Zulhusmi said…
semoga mereka sentiasa dlm keadaan selamat...amin...insyaallah......
Nas said…
harap2 mereka selamat
xsangka org malaysia kat sana mmg ramai...
hu3
sian diorang xcukup makanan..

gambar hukuman maut zaman dulu dan kini (gambar kartun,jgn takut ea :P)
platipus said…
sempat lagi selit pasal skor bola..comel la macy ni.haha
CIK TOM said…
harap semuanya selamat...

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan