mahu mereka baca entri kita?

Assalamualaikum.

Cuma teringat pernah mahu berkongsi bagaimana untuk menarik minat visitor untuk membaca entri kita dengan seorang sahabat blogger. Tatkala itu maCy sedikit sibuk kemudian sehingga hari ini tidak berkesempatan untuk ber'ym dengannya lagi. Ini bukan tips ya, tetapi cadangan sahaja. maCy bukan blogger otai yang sekejap sahaja ratusan pembacanya ;D


1. Pendekkan entri
Kebanyakan reader kurang berminat untuk membaca entri yang begitu panjang. Cuba sedaya upaya mengurangkan isi yang kurang penting. Antaranya. 'agagagagagagaga', 'alamak ai', 'ngeeeeeeeeeee', 'weeeeeeeee', 'hehehehehehe'.
Sebenarnya semua itu boleh dipendekkan dan dikurangkan, 'hehe'. Cukuplah ;)

Juga dialog seakan-akan monolog tambahan.
Contoh : "Saya nak makan kebab hari ni. *ahhh teringat kebab semalam gila kentang best gila.*". Kalau sedikit tak apa, tapi kalau setiap ayat ada tambahan? Tak ke panjang jadinya?

2. Elakkan singkatan perkataan
Singkatan sememangnya memeningkan pembaca.
Contoh : "ai ske la tgk mmt tu sbb dy hnsm cm bpk ai jgk". Poor example, sorry.

3. Elakkan mixing language
maCy prefer untuk baca entri yang menggunakan satu bahasa sahaja dalam hampir keseluruhan entri kerana memudahkan pemahaman. Tapi part ini maCy sendiri kurang mampu untuk mengaplikasikannya kerana kadangkala certain words tak keluar pada masa yang diperlukan. Tambahan, jika entri yang sedikit emosi, kebiasaannya all will come in english. Sorry~

4. Warna tulisan
Pastikan warna tulisan anda kontra dengan warna background blog. Background putih dan tulisan light grey contohnya, pemilik mata rabun seperti maCy perlu fokus lebih ==".

5. Font dan saiz tulisan
Ramai yang tidak sedar font juga memainkan peranan penting. Lihat di bawah :
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Arial)
maCy comel
, baik dan sopan orangnya. (Courier)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Georgia)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Lucida Grande)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Times)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Trebucket)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Verdana)
maCy comel, baik dan sopan orangnya. (Webdings)

Maaf atas contoh ayat yang diberikan. haha. Tapi yang mana lebih menyelesakan mata? Ada perbezaan bukan? Saiz tulisannya mestilah tidak terlalu kecil.

6. Elakkan entri emosi berlebihan dan berterusan
Jika tanya maCy, maCy juga sama seperti kebanyakan blogger perempuan, kadangkala spill juga. Tapi kebiasaannya maCy akan segera post entri lain setelah berasa sedikit lega, tidak mahu entri tersebut lama berada di muka utama blog.

Tidak ada salahnya untuk spill di blog, blog ini kita punya bukan? Tapi sebolehnya kurangkan. Sekali sekala kongsikan juga berita gembira. Bayangkan, entri yang terlalu emosi, 3 kali sehari, setiap hari selama sebulan. Erk. =="

7. Peranan gambar
Gambar memainkan peranan penting bagi mencerminkan isi keseluruhan entri. Menjamu mata pembaca dengan imej dan warna.

8. Tajuk entri
Point terakhir ini sebenarnya adalah yang paling penting. Cuba fikirkan tajuk yang membolehkan manusia di alam maya bila terlihat sahaja terus mahu menjengah melihat apa yang ada. Tapi part ini juga maCy kurang kreatif orangnya. huhu

Sebenarnya maCy mahu bagi point sahaja, tetapi bila tiada contoh maCy sendiri yang tidak faham akhirnya. Apa pun masing-masing punya cara sendiri. Sekadar berkongsi, tapi sejujurnya tidak semua maCy amalkan bukan? Akhir kata, selamat menulis dan membaca! :)


p/s : hari-hari bagaikan berlari. mengharap setiap malam saatnya terhenti~ :)

Comments

A D I A said…
alamak, part bahasa rojak tu macam trasa je hehe. tu mmg tak leh elak. lagi satu, font saya prefer verdana. kemas.
Unknown said…
hohoho...dikira tips atau pandangan?dua2 lar yer!


btw, thankz macy!
zai said…
satu lagi:

xyah letak link utk comment, so readers yg singgah dkt blog kita xyh susah2 tggl comments. hahahaha

okay tak macy cadangan zai ? he
Anonymous said…
hehe.:P
M a W a D D a H said…
post baik dari macy...

blog adah banyak merapu...kihkihkih...

title pun xreti nak letak ape kadang2...hihi
TunTeja said…
hehe.thanks for the tips macy! akan cube kurangkan hehehe.huhuhu.agagaga tu.hahaha! ;)
ch!natsu said…
cadangan yg baik nie.. =)
Kay- said…
ya betul!

ai prefer sakitkan hati pembaca
dari sakitkan mata pembaca..

asi ka begitu?` ;p~

**err..ssh ke nak faham setiap kali sis merapu?`
dya adriza said…
majoriti failed! huhuhu kena ubah ni
Penjejak Mimpi said…
as-salam..

nice entry.. tqvm
salam kenal dari Penjejak Mimpi.. :)
yunk! betol da x ym da lpas 2.. hee~ thanks macy! :)

waktu emo2 mmg lg suke tulis dlm english.. ;D
Izan Ishak said…
nice sharing maCy..mekasih atas tips ni semua~

belog k.izan pun dah mcm kurang menarik utk org dtg tiap hari...huhu~
niesz said…
gud info la dear..but yg 1st tu mmg bgus..niesz pon kadang2 rs mls je kalau entry tu berjela2..biar rongkas tp padat..
aLya maNip said…
part yg entri emo tu alya pon slalu pikir tapi kadang-kadang je apply. bile tengah emo mule la nak tulis macam2. bile baca esoknya baru tahu buruk benar penulisan..hahaha
NAJ HEBAT said…
macy comel, baik dan sopan orangnya.

hahaha
Anonymous said…
setuju!
wachak said…
wa pun rabun gak. Besarkan ckit lagi saiz font bleh maCy ?? Kesian dekat wa bila masuk blog maCy. terpaksa menyepetkan mata .. he33
Tips yang baik nie.
Thanks for sharing Macy... =)
Rina Rossoneri said…
plg mengutamakan tulisan entry, maklumlah mata 4,xkan nk tambah 2 lagi kan
Tieah Madian said…
Setuju dong..
Paling suka yg no2 tu..
Tak suka bc singkatan tau kecuali lah utk komen kan..
*monolog tambahan tu aku suka bt kan..
Haha..
Nanti try kurangkan..
nanad said…
akan dipraktikkan ;) tq maCy
Hairun Azmi said…
Tips yang sangat berguna...Thanks Macy

BMW zaman batu
platipus said…
wah..tu dia...

macy bg tips.....


thnks syg
Penulis Rindu said…
lawatan petang ....ok dah baca
Chaoi said…
panjangnyer entry ni..haha
chaoi comel, baik dan sopan orangnya. (Georgia)
Lan Bingka said…
kesian perkataan tu dipotong2..
Unknown said…
betulah maCy.hee.tapi yg pentig kena kreatif dan menjadi diri sendiri.jgn duk ikut sgt style org.;)
HEROICzero said…
spill tu gapo dio? =S
Deqna said…
good info~ :)

tq maCy..
Yellow LEOpard said…
lame tak singgah lawat macy..huhuu
Anonymous said…
haha. aku nampak header. :)
ishiko said…
nice infO macy..
hehe.. btw tulisan macy gk kecik, sy kena tgk dekat2 time nk baca.. ; b


*cemane nk buang notification uh?
Nekmo said…
kalau blog sy cik macy???of course byk kekurangan ouh..hehhe..apa2 pun..go macy..nak sign..hehe
si para para said…
cadangan yang sangat baik...

like..hehe
Sang Gabriel said…
setuju! tapi lain org lain minat, so xleh la nak puaskan ati semua org dgn entri kita
Si gadis bunga said…
no wonder lah ramai pengekot maCy
;)
Aretikz said…
Good, haha.. part tulisan tu yg kurang orang ambil kisah.. cuma, lain orang, lain pandangan.. hehe..

tapi entri beta selalu panjang.. haha..
Nur Qistina said…
suka2..tulisan trebuchet..hehe..
Robot | Sakti said…
nice tips maCy.

gua sokong.

hahaha
ghost said…
ada setengahnya meletakkan konsep pada blog dowank...kalau konsep berbunga,maka berbunga2 lar entry..hihi.kalau konsep untuk suatu kemanusiaan maka penuhlah dengan kemanusiaan..

tapi dalam soal yg lain2 tuh kena tepuk dada tanya akal lar ye dak..hihi

tanx for share maCy
akubiomed said…
Google bot crawler menyukai entri yang panjang
Anonymous said…
"maCy comel, baik dan sopan orangnya"
comel je contoh nye kan??
hehehe
^____^
Mr. Asada said…
dahsyat tips ni.

paling tak tahan contoh untuk font dan saiz tulisan! tak ada ayat lain ke? hahahaha...
Mr. Asada said…
bukankah ayat yang sepatutnya :

asada hensem, baik dan sopan santun orangnya.
M a W a D D a H said…
ayat asada memang sengal...ngeh ngeh ngeh...

yer la, nak jugak title hensem tu..:p

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya