kisah tragedi manis seorang junior 2003
Assalamualaikum.
Adik putih. Itulah gelaran pertama yang maCy terima di sekolah, merangkap pencipta satu kisah tragedi manis milik seorang junior Tingkatan 1 kepada senior Tingkatan 4. Sebut sahaja nama aceng, siapa yang tidak kenal? Dengan rekod peribadi kesalahan disiplin yang memperkenalkan beliau ke serata ceruk sekolah, bulinya, pontengnya, pergi Dataran Merdeka sambut 31 Ogos pastu kantoi, belasah junior, pecah masuk bilik komputer di malam hari. Apa sahaja yang beliau mampu, bersama dengan gengnya yang asyik berjalan merata sekolah secara sekumpulan besar dengan gear perlahan sambil buat muka otai. Tapi jumpa maCy buat muka gatal!
Gambar curi tanpa izin. hihi. Gambar sebelum ni hilang dek tukar acc
Detik perkenalan
Pertama kali bertemu kerana program PRS yang dijalankan oleh mereka untuk pelajar Tingkatan 1. Entah macam mana maCy boleh dapat kumpulan bawah jagaan beliau. Maka dapatlah maCy nama adik putih kerana memakai tudung putih, diikuti yang sebelah-sebelah maCy mendapat nama adik pink dan adik oren. Tapi yang lekat nama maCy sahaja.
Pertemuan kali kedua
Program PRS sekali lagi. Ai mamat ni sengaja kan masuk kelas maCy. Al-maklum junior innocent jadi biarkan sahaja. Dalam kelas tak sudah-sudah "adik putih, ada soalan?". Semua sudah mula asyik mengalihkan mata kearah maCy.
Pertemuan seterusnya
Biasanya di kaki lima ketika beliau bersama geng kapak beliau yang bagai menerima arahan untuk mengusik maCy. Maka selalulah maCy terhimpit di tengah-tengah laluan koperasi geng-geng beliau mengacau. Dan kemudian kedengaran suara beliau, "Dah-dah ketepi menangis budak ni nanti..". Eleh, penyelamat la tu konon!
Kursus PRS
maCy menyertai PRS, biasalah ada aktiviti keretapi malam. Memang malam pun sambil ikat mata. Sepatutnya pelajar puteri (pelajar perempuan) tidak diusik pelajar putera tapi abang ni dah memang dasar suka mengusik, beliau tetap kacau. Suruh maCy pegang tali leher dan ikut beliau jalan-jalan,. Alas tali leher dan pegang tangan maCy. Hantu la konon. Ee benci! Waktu itu tidak tahu lagi itu beliau. Lama-lama sudah boleh agak plus dengar suara lelaki beliau itu. Suara jantan ada hati nak buat suara perempuan. Ee geram tau! Main baling-baling rumput kat muka, tanya "kenapa marah sangat kat abang?", dan akhir sekali letak bunga di atas riba maCy tapi maCy campak sahaja bunga tu. Beliau gelak besar, lagilah geram maCy rasa. Akak senior yang jaga maCy tu pun satu, gelak-gelak biarkan sahaja maCy kena usik. isk!
Hari-hari seterusnya
Sepanjang beliau di Tingkatan 4 memang asyik mengacau maCy macam di 'Pertemuan seterusnya' di atas tu. Sampaikan maCy pernah 'difire' oleh beberapa orang senior Tingkatan 3 ala-ala maCy ni yang mengacau aceng tu. Confirmlah menangis. Alahai baru Tingkatan 1, dah kena cop couple dengan 5 orang putera. Seorang Tingkatan 4, seorang Tingkatan 2 dan 3 orang Tingkatan 1. Kasihan maCy. maCy yang diusik maCy juga yang dapat nama buruknya. Tidak kurang pernah ada yang jerit "Mathila I love you!" dari blok Tingkatan 4. Blok Tingkatan 1 bersebelahan sahaja. Tapi kes itu maCy tak dengar pun, senior bilik maCy yang cerita. Agaknya itu pun beliau juga.
Beliau di Tingkatan 5
Aceng ketika di Tingkatan 5 sudah kurang mengusik lagi. Maklumlah sudah mahu SPM, plus beliau didenda tiap hari perlu 'punch card' seawal pagi sebelum assembly. Kenapa? Kerana tidak mahu dibuang sekolah. Agak dahsyat sebenarnya aceng ni. =="
Bila dah kurang diusik, mula terasa aman hari-hari di Tingkatan 2, tetapi bosan pula kerana sudah selalu diusik begitu. Ditambah dengan aceng yang sudah mula baik sedikit sambil suka menunjukkan senyuman manis dengan wajah gangsternya, maCy mula menjadi secret admire. hahaha. Adeh-adeh macam mana boleh admire gangster macam tu? Tapi admire sebagai junior sahaja. Tak sangka maCy juga mengikut jejak junior picisan seperti rakan-rakan lain.
Masa itu, Syate suka Adam F5. Semua F1 tahu Syate suka Adam. Sangat obvious dan tidak menyimpan rahsia. Fad suka F4 mana entah sudah lupa dan Firdaus F5 rasanya, dan Hazwan basketball serta Cagan juga. Melampau Fad ni. Laila suka abang Naufal F5 mungkin. Oh, maCy suka abang Naufal juga. haha. Maziyah dengan Jafni F5 dan kawaienya si Fakhri F4, Marini suka Kamarul F5. Eh Kamarul yang hensem sangat tu kot. Wah! Keyla suka Zamir kot. Intan entah siapa sudah lupa. Nirwan, Haidar, Zizi, itu antara nama yang selalu menjadi buah mulut kami. Batch aceng memang favourite mungkin. Oh, majoriti senior semua sudah bertunang ya. Ampun ini sekadar kenangan sahaja ;D
Kini?
Abang Aceng aka Azwan Azmi sudah bergelar seorang ahli farmasi di Tenom. Eh betul ke? Kasihan kena campak jauh-jauh tapi orang Sabah kiut-kiut katanya. maCy dan beliau sudah kamceng, bagai adik dan abang sejak 2009. Ketika beliau di Melaka pernah juga beliau tolong maCy carikan kotak untuk buat punggah barang-barang. Biasalah di zaman sekolah nakal-nakal memang ada, sudah dewasa makin bertanggungjawab jadinya. Itulah antara kenangan manis maCy kini dan selamanya.
Bila difikir semula kelakar semuanya. Hargai zaman sekolah anda kerana yang perit pasti menjadi manis dikemudian hari ;D
p/s : dah, khas untuk abang aceng baru semalam beliau call maCy kata nak bercerita. Hah, tunang beliau manis tau, macam tak percaya abang aceng boleh pilih yang tak seksi gitu~ hahaha ;p
Comments
aceng dan adik putih..
adik putih ni mesti hottt ni...
sebab tu aceng suka....
hmmm,
biaselar,
zaman sekolah memang nakal,
dah besar sikit...
baik jadinya..
=)
aceng dan adik putih..
adik putih ni mesti hottt ni...
sebab tu aceng suka....
hmmm,
biaselar,
zaman sekolah memang nakal,
dah besar sikit...
baik jadinya..
=)
p/s:sumone secret
org yg mafia2 time skolah salu pndai an senanye.. contoh macam aceng macy laa.. :)
Kenangan mse skolah mmg best kan..
Kadang rse cam nk g skolah balik.. =)
melepasss..!
"Mathila I love you!"
ensem abg aceng tu..kui3
oOoo adik putih...
meh sini tolong akak sidai baju ;)
kih3.
Karikatur
thx 4 da cmment ;D
kenangan dulu2!
femes tul macy masa form 1..dasat ar...
kenangan pahit mesti jadi maniskan bila teringat kembali....kekekke...
maklumla org2 gengster ni buta it..
hahahaha tq manjung..
btw bout diz entry..
waaaaa...tq adik putih..hahaha
such a sweet memory ya...
btw bukan abg yg gangster tapi kawan..hahaha lol...
pe leh wat..abg dah aim macje..uhuhuh
tunggula abg balik semenanjung t bulan 3 ya..kita g makan..
abg belanje..mintak je nak makan pe t..abg bawak akak skali t...
heheheh...tapi ble pk2 kalakar betul abg kaco adik puteh ni..
sampai adik kene marah ngan akak2 senior ya,,xpe t abg marah kawan2 pmpuan abg tu..
btw tq so mac macy..u such a sweet white sis..hahahah...
bertemu dgn gangster sekolah memang gerenti akan femes punya..
bila ari3 ada orang kacau kte, sekali takde, mst cam rasa tak best je. haha, dalam senang rasa sedikit tak lengkap~
huhu.
tabik encik Aceng...
aku.... gangster.
then org y tlibat tu sampai sekarang..
still connected dgn dye..
sweet gilos cerite ni
*apesal aku tak ngorat junior aku dulu eh, terfikir plak. Zaman dulu semua nk yang sama baya je* hahaha
Terbaru > Tahniah Dr Rozmey > Anugerah Juara Lagu 25 VS English FA Cup > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
eheheeee
haha,oka,bukan aceng tu yang comel.
tapi cara maCy cerita yang comel.
hehe ;)
latest entri:
mengapa aku kecik hati dengan nuffnang dan tak follow balik blog tertentu?
hehe..
:)
semoga kekal persahabatannye ye.
(^_^)
hehe..
:)
semoga kekal persahabatannye ye.
(^_^)
if kt skool,i'm the one who kacaukacau org.LOL.
p/s:btw.lme xdengar brite macy.haha
bleh wat movie nie..hehe
tringat plak zaman skolah dulu :)
Good Luck in your Future undertaking.
Juwe aka Hazwan basketball
www.hazwanhashim.com
see u on tweeter dear! would love to catch up with u from there.