khas buat blogger Matahari

Assalamualaikum.

Seperti yang diketahui, maCy baru sahaja kembali meng'update setelah seminggu membiarkan teratak Aku, Kau & Mereka ini tanpa cerita. Di saat itu, maCy terkejut kerana melihat banyak komen yang belum diapprove atas nama blogger Matahari sedangkan sejam sebelum itu maCy sudah approve beberapa komen darinya, sehinggakan Asada Ryutaro pun tercabar oleh beliau. haha ;p

komen Asada Ryutaro


32 unmoderated comments oleh Matahari


salah satu komen beliau

Terima kasih Matahari kerana sudi menyelongkar wardrobe entri maCy semahu-mahunya. Terima kasih kerana sudi meluangkan banyak masa di teratak Aku, Kau & Mereka ini. Tidak ada satu pun penghargaan yang dapat maCy berikan tetapi Matahari telah benar-benar melonjak semangat maCy untuk kembali menulis. Tidak hairanlah tidak lama maCy bertahan untuk berdiam sahaja. huhu

Maka benarlah, bilangan follower yang ramai belum mampu memberi kepuasan berblogging sepenuhnya berbanding mereka yang dengan ikhlas membaca penulisan kita. Di sini terima kasih juga buat semua reader maCy yang bukan sekadar reader tapi juga sahabat alam maya. Terima kasih sekali lagi ;D


p/s : melihat khabarnya sudah cukup gembira, tapi entah bila dapat mendengar khabarnya. mungkinkah tidak selamanya?
p/s ii : maCy nak upload gambar waktu cuti tapi sudah mula busy ni T__T

Comments

meow said…
sweetnye blogger tue
wah syg..ada peminat setia :)
NAJ HEBAT said…
matahari..

dengarkan matahariku.. suara tangisanku.. ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku..
ohlala~
adrinaqamarina said…
rina pon dah selongkar jugak :P tapi rina tak komen, kalau nak pintas matahari boleh?
Puan Nurussalwa said…
:) yg d cari teman yg ikhlas membaca bkn follower semata..

:)
Unknown said…
:).betul.bukan sekadar reader.kalau echah juga pasti terharu..
Aretikz said…
Haha.. Komen Anon dari beta kena approve juga ya.. napa xda letak dalam en3? haha.. gila punya kerja.. hehe..
Anonymous said…
waalaikumusalam.

err. seriously, aku terharu.
*muka bertukar jadi merah*
M a W a D D a H said…
baru je gi terjah tadi...ayat dia macam macy..ade bunga2 gitu...hehe
Mr. Asada said…
hahahahaha.. tak apa.. bukan rasa tercabar, tapi terkejut d pintas dalam sekelip mata..

tak kira! kami nak gambar! kami nak gambar! kami nak gambar! hahaha =P
Kerull said…
Salam Macy..bersahabat itu perlu ikhlas , dan membalas persahabatan juga perlu tulus...akak mmg suka baca tulisan macy...tulus dan ikhlas..keep up the gud work sis..
wachak said…
sekadar jadi silent reader jerk :)
lumut said…
upload gak gamba!!!
x kire~~
kalau x i merajuk..hehe
hackshitam said…
haha..
matahari memang tegar...
=)
susah lar macy xde shout box..
ermm..
macy dah lame dlm list kesayangan tu..
baru perasan?
yelar,
blog hackshita, mana femess..
=)
aLya maNip said…
waa..seronok kan ade org yg ikhlas bace ape yg kita tulis..hehe
keep blogging maCy :)
ishiko said…
jgn biarkn hdp macy dselubungi kbzian..hee~
Kay- said…
macy,

2010 ade 209 entry

giler laa dak matahari tu...

kekeke...

matahari sila la bertamu d belog sy plakk!! kekeke...
HEROICzero said…
gud! keep on writing, girl! =)
Sca Ndx said…
clap for matahari. bersinar lah makin terang. aku suka matahari :)
aien said…
wah.. bagusnye blogger tuh.. betul2 menghargai penulisan maCy.. ^__^


uplod!! jgn xuplod.. hehe
TunTeja said…
waaa.........ade readers macam tu ye...best2!
fiezah91 said…
haha..baru2 ni byk lak tgk komen dari matahari kat mana2 blog.huhu
fiezah91 said…
haha..baru2 ni byk lak tgk komen dari matahari kat mana2 blog.huhu
Si gadis bunga said…
Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

ha..mentari a.k.a MATAHARI sudah muncul, ade tak blogger atas nama BUMI?
Any taker?
hehehe.
dat's why i prefer my blog to be low profile, less follower but follower semua baca dan memahami penulisan kite yang agak crappy.
dat is what we call as loyalty.
and i'm trying to stay as your loyal follwer,reader and commentor, because I love you.
ecece. ;)

keep up ur good writings maCy. as far as mine, well,banyak post saya yang sangat merepek kerepek ;)
Raji and Yeen said…
woahhh
aku pun nk buat cmtu gak lah nnti XD
Bidadari said…
baru2 ni nampak nama matahari di mana2. kikiki
Bro Blog said…
salam maCy. n slamat kembali !! hee :D

lawat blog saya eh, saya baru lagi. perlukan banyak sangat tunjuk ajar. thx xD
NuSaNa NoSa 91 said…
yeahhh~ follower yg paling bagos ialah yg bc entry2 kita yg terdahulu.. keen suka silent reader cmni sbb keen pernah wat keje gila cmni.. hik3~ ^_^
hee~ matahari is matahari.. sunshine~! :)
.:: dieylah :: said…
waaaa.... jeles jap..ngeee~~ ^^

nk tgk gak pic cuti2 macy...blh kan... ^^
sud@is said…
sahabat yang baik ialah yang tulus ikhlas dan yg penting tanpa syarat....

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya