roti canai dan seorang jejaka


Assalamualaikum.

Kereta dimatikan. Beberapa orang jejaka sedang duduk-duduk tanpa kerja. Kemas, tapi melepak pula kerjanya. Salah seorang sedang berbaring di atas kereta. maCy melanglah keluar. Dia yang di atas kereta memandang, membuka cermin mata gelapnya dan berkata "Hai, maCy.". Cis maCy perasan dia tahu nama kamu ya. Hai kosong sambil mengenyit mata. maCy tunduk. Kaki segera melangkah meninggalkan jejaka berkereta sport putih itu.

Berlari anak mengejar abah dihadapan lalu terus memeluk erat lengannya. Biasa. Juga biasa dipandang pelik oleh para manusia. Abah maCy sukahati maCy la. Ingat maCy ni bini muda apa? Biarkan, biarkan mereka.
Berjalan terus menuju ke sebuah restoran. Duduk. "Roti canai 12", kata maCy. Mereka memandang serentak dengan riak terkejut. "Oh, bungkus. 2 makan", tambah maCy. Mereka kembali meneruskan tugas-tugas mengisi perut di pagi hari.

Duduk. Menghirup teh tarik yang terlebih manis. Tudung pink ditiup kipas angin. Sejuk. Sepasang mata jauh di ceruk sana memandang sambil meneguk kopi panasnya. Kekanan. Menyorok di hadapan abah. Lelaki itu kekanan juga. "Dasar gatal", getus hati. Tunduk. Dia memandang lagi. maCy memandang tepat dengan tajam. Setajam laser hijau yang menempek di wajah Markus kemarin. Dia pula tunduk. Ok tipu. maCy yang terus menunduk.
Lelaki itu bangun, memakai cermin mata gelapnya. Berjalan di sisi meja sambil berkata "Hai" perlahan. Mahu sahaja disadung kakinya saat itu dan dituangkan kuah dal ke mukanya. Benci.

Selesai makan. Kenyang. Kembali ke kereta. Jejaka tadi sudah tidak berbaring lagi. Sudah di dalam kereta. Hai hai berkali kali. Tidak malu betul. Mengacau anak dara orang di hadapan bapanya. Geram. Diam.

Saja mengomel. Rajin kamu semua baca. Mesti sangka ada cerita lain kan? Hik3.

Moral of the story, tak payah mengorat anak dara orang tengah-tengah jalan. Tak layanlah. ;p

Pergi dulu, jangan rindu-rindu ;D
***

Tambahan..Selamat berjaya skuad kebangsaan.
Nah spek mata buat bekalan menghadapi laser. haha
Gambar dari Sokernet : Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

p/s : Tension tak entry macam ni?

Comments

afiqah said…
ciss. ku pikirkan ade bnde jadi T.T
Qib said…
ahah. kereta seport jenama apa. haha

Bom ATOM| |BANANA obsessed! |
Si gadis bunga said…
kalau ngorat anak dara orang tepi-tepi jalan boleh?
haha...;)

teknik lapuk lah ngorat 'hai' 'hai' gitu..
kan?
langsung tak gentleman.
Rina Rossoneri said…
sebenarnya teringin nak tahu,dorang ngorat cam tu pastu perempuan tak layan,dorang xmalu ke...menyirap, tak gentleman betul..kalau perempuan jalan sorang2 bukan nak tolong tengokkkan ada org jahat ke,ni dia yg jadi tanduknya
Unknown said…
nak ngorat budak2 baru akhir baligh bole lar! >.<"
erk~
ape barang mengorat camtu kan
gentleman la sikit
hehe
terokai seni said…
repot-repot saja in (heh pengaruh indon la ni)
macy..ellis la ni..ni blog baru ellis...


eh...blog ni x de shout box eh?
haha..kok ye pun nak ngorat anak ..p la salam bapak dulu.. =P

nak library?..meh la uthm..hehe
macy ngok ngek!! hahaa.. nk kena babap eh? :P
econpolics said…
cisss,,,,ceeiittt,,,betol,,

ingatkan apa la td,,

ohhh tipah tertipu..haha
bidadarihijau said…
eeeeeeee..mmg tak suke org yg jenis ngorat sesuka hati..kadang2 dpan parent kita pun muka tak malu xde adab slumber jerr..eh emo plak..wahaha
soffea said…
haha. lelaki kalo ngorat mmg tak kira tempat. even abah ade depan kite pon die wat muka tak malu owh. hormat la skit kan. hehe :)
beautiful_rose said…
ciss...ciss...aku ingatkan de pape y best akn terjadi.rupanya habis mcm tuh jerk... =p
Mr. Asada said…
hahaha.. tak best nya mengorat cam tu. baik terus g kat abah, terus tanya berapa mas kawen. ada berani?? :D
Keyyah said…
ahha spek mata tu yg xtahan...hehe
aLya maNip said…
silap skill la. lau nak ngorat, lenkali salam ar ngan abah maCy dulu..kan..kan?? hahaha
TunTeja said…
wiwitt.kena ngurat :p
Lovely Bella said…
huhuhu konsentret nak tau ending.. adess!! hhhuhuh
Han Hanni said…
ingatkn cerpen td....
hihihi...
tertipu den.....
Aretikz said…
Ahakz.. macam aku jak tu? eh? haha..
Btw.. Macy ada tanda not spammer ka? maybe xtekan tu kot.. atas commentluv tu.. huhu..
ankeljonni said…
huhuhuhu.... bagi penampo je kat mamat tu...
TunTeja said…
macy..tumpang tanye.cane nak wat gadget pelawat terkini tu eh? heee.
amboi hotstuff. kene ngorat marah. btw malaysia kalah. tp menang!
Unknown said…
mcm otromen plak players mlysia pkai spek..hik3 ;p
aien said…
adeh. tak gentle langsung la. klo betul2 nak ckp terus la kat abah maCy tuh kan.. hehehe
♥ ieRa ♥ said…
ape barang ngorat camtu??huhu
Kay- said…
yess!! teknik ngorat yang x bleh blah!
Chaoi said…
Setajam laser hijau yang menempek di wajah Markus kemarin..ahaha..tibe2 plak si Markus ni jadi mangsa..
M a W a D D a H said…
wahh macy..kena ngorat..phewitt..

hehehe
zai said…
cool je pas baca entry macy.

rasa mcm ada yg sengal.hahahaha
Unknown said…
haha...dpn abah pn brani ngorat ye..skrg xmain ngorat cmtuh.org ngorat guna fb..;p
muhamadsufian89 said…
kalau ngorat tepi jalan layan tak?? :p
CIK TOM said…
hehehe....kalau camtu nak roti canai sbb upah bc entry ni smpi habis..
Fnd Rocka said…
Mesti abah kau tak garang ye tak

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya