Tuesday, December 14, 2010

pengalaman di wad

Assalamualaikum,

Perkongsian kali ini merupakan sorotan idea dari entry Iqbal Syarie mengenai pengalamannya dimasukkan ke dalam wad akibat denggi baru-baru ini. Perkongsian maCy tidak lah sehebat perkongsian beliau. Cuma, maCy mahu berkongsi sedikit pengalaman maCy semasa dimasukkan ke wad pada bulan Jun 2008 dan 2009.


Pada tahun 2008 maCy dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang tumor di telapak tangan manakala pada tahun 2009 maCy dikejarkan ke wad akibat appendix. Naik ambulan nenoneno itu juga satu pengalaman. huhu

Apa pun, selama 2 kali maCy dimasukkan ke hospital itu, dilihat senario sama yang berlaku. Si sakit mahupun si kurang sakit jarang sekali melakukan solat 5 waktu.


Solat itu tiang agama, tiada tiang maka runtuhlah agama.

Diakui, untuk pembedahan pertama pada 2008, sepanjang hari setelah keluar dari bilik pembedahan, maCy tidak mendirikan solat. maCy mabuk sungguh-sungguh dengan bius yang diberikan. Rasa puluhan bintang terbang di depan mata. Pembedahan minor tetapi sepanjang malam juga maCy merengek bagai anak kecil. Tapi saat itu maCy benar-benar rasa tidak mampu, bukan sengaja. Setelah itu barulah maCy qada' yang mana tertinggal.

2009. Sakit, tetapi solat tetap solat. Dengan tangan yang dicucuk jarum, kakak membantu maCy untuk mengambil wuduk. Islam itu mudah. Apa yang tidak mampu, Dia ringankan. Teringat kakak bercerita, saat maCy solat sambil duduk diatas katil, seorang anak kecil bertanya, "kakak tu buat apa?", "solat? kenapa dia duduk?". Soalan-soalan itu dijawab satu persatu.

Dipendekkan di sini, sihat atau sakit solat itu tetap wajib. Darurat? Yang susah boleh dipermudahkan, jadi apa lagi alasan? Jika diingat, maCy sendiri rasa kelakar, biasanya jika solat duduk kita duduk seperti duduk diantara dua sujud atau duduk tahiyat, tetapi maCy duduk bersila. haha. Tapi kerana itu sahaja yang maCy mampu, dirasa mahu tumbang jika duduk secara lain, maka maCy teruskan sahaja.

maCy juga masih belum sempurna, solat maCy entah diterima entah tidak. Tapi itu urusan Dia. Akhir kata, jom solat! :)

Mengapa solat dianggap sebagai tiang? Sedangkan kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama? Perihal ini akan dikongsikan pada masa akan datang insyaAllah.



p/s : med, jangan lupa solat ya~

39 comments:

adrinaqamarina said...

alhamdulilah rina tak penah ag dimasukkan ke wad camtu.

cukuplah tengok segala keskitan orang lain. itu pon dah cukup rasa sakit.

sbab tu tak jadi masalah untuk mana2 surgeon jugak nak solat even dalam operation yang ambik masa samapi 12 jam tu. :)

macy jangan masuk ward ag ye :)

semoga sihat salu yang.

plumpy.tootsie said...

orang yg sihat walafiat pun kadang2 tak mampu nak mendirikan solat.

hmm..

zai said...

syukur, saya xpnh masuk wad. yer penah masuk wad/hsptl tp xpnh dpt penginapan bermalam 2hari 1 mlm ke dkt wad.

betul!islam itu mudah. yg mbtkanya jd susah ialah umatnya

sy pun maseh kurang bab2 solat ni.

Zara Affendi said...

Teringat Pulak pengalaman zara yang asyik nak masok ward jer sejak form 2 smpai sekarang, cuma sekarang ni dah jarang sikit. alhamdulillah ^_^

Bab solat nie dah membuktikan Islam memang agama yang mudah. kalau memang dah tak larat sangat, boley jer qadak. ^_^

selebihnyer diterima atau tidak itu urusan Allah. setuju dengan Macy. ^_^

iqbalhakimi said...

bagus..walau apa jua keadaan yang wajib tetap kita sempurnakan..islam kan agama yang mudah..tidak menyusahkan kita semua =)

M a W a D D a H said...

macy...

mahu macy sihat2 selalu...:)

islam itu mudah..tul tu...

Chaoi said...

betol..walaumacamna sakit pon kita..solat tetap di utamakan..

like this!

khairul_bariyyah said...

teringat mase jatuh longkang dulu.. yg smpai xleh nak jalan.. memang bsyukur sgt sb period.. uhhu~

Afiq Din said...

gud2...
dlm pape keadaan pon kite blh solat :)

dya adriza said...

i love this entry so much =) teruskan usaha dakwah maCy dgn cara mcm ni k.

Izzat Aziz said...

tak leh berdiri duduk, tak leh duduk meniarap, tak leh nak gerak pun tak de solat dalam hati.. tu lah Islam.

Tak pernah lagi sakit sampai ke masuk wad, harap tak perlu..hehe

Abang Jonni said...

nenoneno... tu yg tak tahan tu...

kalo aku... bila aku sakit... teringat mcm2... nyesal pon ada.... itulah... inilah...


bila sihat... hampessss... huhuhuhu...
jaga diri baik2 ya...

padin said...

err alhamdulillah setakat ni tak pernah masuk wad,

echah mashuri said...

erm..maCy dlm sakit2 pn solat masih dutmakan.echah ni kdg2 ade jugak tinggl sbb bnda2 yg xberfaedah.:(

iqbalsyarie said...

rupanya macy pun ada pengalaman ya :)

akubiomed said...

Belum pernah kena tahan wad sebab jarang sakit tapi sekali kalau kena macam nak mati biasanya 2 hari memang teruk lepas tuh okay sehat

Wan Gerrard said...

tak ada pengalaman dalam wad..thanks info ^_^

wachak said...

Betul tu. Islam itu mudah tapi ramai yang mempermudahkannya. contoh yg paling simple ~ aurat.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

dah 19tahun wa solat duduk..
wa rasa bersyukur sbb sblm ni wa tak penah duga apa yg wa ada harini sesuatu yg kekal..

Mata Hati said...

saya tak suka dimasukkan dalam wad sebab rasa rumit nak buat itu ini lebih2 lagi kalau nak pergi toilet.

saya cuma suka melawat orang kat wad jer sambil2 tgk nurse pelatih yg muda2 tu.. :)

walau kat mana kita berada, apa keadaan sekalipun, solat tetap kena dirikan. islam sentiasa memberi pilihan kaedah solat yg boleh dilakukan bergantung kepada keadaan

Mohd Syafiq Faiz said...

buat tarian mayang diulik smabil duduk

NAJ HEBAT said...

kisah naj mau dengar?

tulang belakang. di ganti dengan besi.

sepanjang spine tu adalah titanium.

best, tgh period. mak yg uruskan semua. bangun pon tak boleh. kan?

solat tak la kan.

jasa mama tetap dikenang.

sekian.

ARieF said...

solat tu wajib..
xde alasan nak ponteng..
kcuali mati

Raji berkata said...

hohoho aku pun pernah kena appendix
tapi mse tuh solat pakai isyarat mata jer o.O"
tu pun mak aku yg tlg aku ambik air semayang ;D

aah semua sakit kecuali nazak tiada pengecualian dari melakukan solat ;D

sui nawi said...

sedih i bca :)
what a good story ^^

zati-zt said...

gud..
itulah yang sepatutnye..
~menanti post seterusnye..
menarik utk dikongsi..
:D

biskut said...

islam itu mudah...diakui sesangat.
subuh semakin hampir...

mie said...

gue pun penah operate..
itupun sbb apendiks gak..

beautiful_rose said...

nice entry macy...solat tiang agama.tanpa tiang,rumah akan runtuh.







masa eksiden dulu aku solat duduk sebab tangan tangan bengkok tak boleh nak sujud.

Si gadis bunga said...

solat tiang ugama
wajiblah kita menunaikannya..
(sila sambung lagu yang dinyanyikan oleh Upin Ipin ni sendiri)

Upin Ipin pun tahu, kita yang dah boleh jadi mak bapak Upin Ipin ni kadang-kadang masih tak sedar diri kan?

thanks maCy pada perkongsian maCy ni.
;)

Catherine- said...

x penah masuk wad lagi sejak dewasa ni.

last sekali masuk wad mak bitau umo 4 thn sbb cirit birit dan deman panas. ms tu konfem i x ingat ape2..

harap macy x sakit2 lagi yerrr...

i sayang u taw ;)) hehe

Keyyah said...

islam itu mudah..heeee..

xpernah masuk wad...grrr takot..

##uik tetiba terperasan ada pelawat terkini...br nk jd silent reader..hehehe

Akram said...

alhamdulillah...syukur la ada org mcm maCy ni yg boleh bagi motivasi dan kesedaran bagi orang di luar sana. Tidak lokek ilmu, orang akan sentiasa selesa bersama anda.

P.S: Mintak dijauhkan la dari masuk wad @ ape2 musibah. :)

MiSs TOrA said...

syukur sgt tora sbb tora tak penah d masukkan wad lagi..tp bila je pegi hospital tgk kesakitan org pn dah asa tkut sgt dah..cne la persaan yer bila tora yg d tmpt pesakit3 tu..mcm macy cite kt cni..bgus pekongsian macy..pe3pn solat jgn tgal wlpn dlm keadaan apapn..thks macy ingtkn tora

ASaDa RyutaRo said...

xde pengalaman masuk wad lagi. alhamdulillah.. :)

sama2 ingatkan diri tentang solat 5 waktu..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

HOHOHO. walau ape jua keadaaan,. s0lat perlu dijaga :)))

Cik Tom said...

alhamdulillah macy dah sihat..dan syukur jgk ade ksedaran utk solat ketika sakit..xramai yg buat..

Rowena Chasez said...

macy..
wena suka baca entry..
thank u sbb mengingatkan..
:)

rossoneri said...

ohhhhh siap naik yang nenoneno tu... hmmmmm