milo panas

Assalamualaikum.

Kesejukan hujan renyai diluar memeluk tubuh. Tapi pastinya tidak mampu menjangkau sejuknya di UK sana. Saat mereka barangkali berhadapan situasi suhu paling sejuk dalam tempoh masa 45 tahun seperti beberapa hari yang lepas.

Milo panas dihirup perlahan. Cukup untuk membekalkan haba sementara, juga cukup untuk membolehkan mitokondria bekerja menghasilkan tenaga untuk bekalan esok hari.

Teringat kisah petang tadi. Saat itu, langit kian gelap. Segelap semangat yang mengendur sejak semalam. Parang ditangan tetap digenggam. Bukan. Bukan untuk mencederakan. Cuma untuk dihayun saat semak samun menghalang perjalanan.

Abah bercekak pinggang sebentar melepaskan lelah. Abah baru sudah merebahkan pohon besar yang bertindak ibarat parasit mengganggu tanaman. Segera kuhampiri abah dan kuletakkan kepala dibahunya. Lemah. "Dah penat? Nak balik?", tanya abah.

"Tak abah, cuma penat mencari semangat.", jawabku di dalam hati.

"Macam ni la. Bukan senang nak cari rezeki..", tambah abah sambil tangan tidak berhenti mengerakkan otot bicep dan tricepnya.

Perjalanan diteruskan.
Kebun kecil yang sudah ditinggalkan selama 3 tahun itu benar-benar menanti untuk kembali dijaga rapi. Kebun itu kecil tetapi cukup membuat gadis yang berusia 20 tahun ini acapkali tersadai keletihan setiap kali usai mengerah secebis tenaga perempuan yang ada.

Gelap petang semakin menguji dengan kehadiran hujan yang laju menghempas bumi. Basah lencun usah dikata. Tetapi itu tidak diendahkan semua. Tiba-tiba telefon abah berdering. Ringtone biasa. Entah siapa aku tidak tahu. Apa yang dibualkan juga aku tidak peduli. Cuma satu baris kata yang terucap olehnya yang membuatkan aku terhenti dari membuka langkah seterusnya.

"Kat kebun dengan anak bongsu ni. Macam nilah nak dapat duit..", kata abah. Meskipun perbualan lelaki berusia 64 tahun itu berselang seli dengan gelak ketawa, baris kata yang tidak dirancang itu cukup untuk membuat aku terduduk. Mengenang jasa abah, meratap mencari apa jasa diri buat mereka yang bersusah-payah mendewasakan puteri bongsu ini.

Air hujan terus membasahi baju hitam kotor bersalut lumpur. Air hujan terus menutup tangis seorang anak.


p/s : sensitif juga ada perlunya.

Comments

NAJ HEBAT said…
bukan senang nak cari rezeki.

ingat tuh.
Miss Kira said…
be strong macy..
kira pun selalu ja nages sbb abah..
huhuhu
Si gadis bunga said…
kita takkan tahu betapa payahnya nak cari rezeki kalau kita tak pernah bekerja.
i was raised dengan didikan yg cukup sempurna dari mak ayah. yang selalu mengigatkan every single cent that they gain for the family does matter.
mmg susah nak cari duit.
sebab tu kita mesti sentiasa bersyukur.

;)

salam maal hijrah maCy dearest ;)
Anonymous said…
indahnye bce catatan maCy mlm ini...umpama karangan novel!

salam maal hijrah "adik" maCy!
nak cari rezeki x mudah..
tapi,nak besarkan anak dara,lagi susah..kan? huu~
salam maal hijrah dear..
M a W a D D a H said…
macy...

memang susahkan nak cari sesuap nasi..itulah pengorbanan seorang bapa...yang xpernah kenal penat dan lelah...

macy, salam 1 muharram...
speechles..

tetiba rindu ayah kat umah
ILA HonEyBuNNy said…
sedihnya.....syg abah juga...besar sungguh pengorbanan abah....salam maal hijrah..
jaya jr said…
hmm..layan plot cite camni dalam hujan sambil minum milo panas ok jugak..bagus2..huhu
mario said…
tula...susahkan nak cari duit...
Nas said…
ingatkan ape..rupe2nyer pasal ayah..hu3
selamat menyambut maal hijrah :D


apa motif status SPONGEBOB dan PATRICK dalam facebook??
najihah said…
hebat kan ayah kita..hero sebenar macy.

:)
Padin said…
perghh bole anta artikel ni kat karangkraf, chaiyok le maCy heee...

umm, yelah.. memang susah nak cari sesuap nasi sebenarnya
emieysandra said…
emm..begitu byk terhutang jasa dgn org tua.
aLya maNip said…
jasa ayah besar kan. lau duduk n ingat balik seme jase ayah memg tak ternilai nak dibanding ngan ape yg kite balas
salam maal hijrah maCy :-)
Mya Amyra said…
be strong okay hunny:)
ankeljonni said…
mitokondria menatang apa......
ENCIK TIKUS said…
sayang ayah ...


salam maal hijrah =)
Mr. Asada said…
kalau tak macam tu, tak dapat nak jadi hero.. ayah adalah hero dalam keluarga. semangat dan gigih membesarkan anak-anak kesayangan.

rindu kat ayah.. saya sayang ayah saya.
zai said…
u love ur abah
i love my ayah !!
they are our superheroo. yeaaa


did i'm looks soooo sehat ?? be honest!!

ahahhahahahha, i've to work out loh camgtu
HaDi said…
Bersyukur dgn rezeki....
Membuat rezeki bertambah dan semakin bertambah....
beautiful_rose said…
dah terlalu lama aku tak ke kebun bersama ayah.semua gara2 jarak,masa dan kerja.ayah pula dok kat t.intan aku kat hostel fmly kat tgmalim.nak jumpa ayah pon kadg2 sush.......
Kay- said…
nape macy x buatkan milo utk abah??`


isk isk dia nih...
Raji and Yeen said…
huhu mcm baca novel owh x.x"
hebat oh bahasa kau
jealous aku
=.="
Rina Rossoneri said…
hmmmm..semuanya tak semudah yang disangka
Chaoi said…
sedih la bila kenangkan jasa bapa kita yang bersusah payah utk kita ni..saya pernah ikut abah kelaut kesian tgk kudrat abah tarik jaring sorang2.kena ujan panas kena tempuh gelombang badai demi membesarkan anak2nya.patut la selama ni die tak bagi saya ikut die kelaut sebab tak nak merasa kesusahan yang dilaluinya..ingat lah sesungguhnya bapa kita tak meminta ape pon selain nak melihat kejayaan ank die jer..

maaf komen ni panjg sgt.teremosi sket..
CIK TOM said…
bukan senang nak cari rezeki..cik tom pn duk cr kerja je skang ni..

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya