kisah buat kek

Assalamualaikum,

ni bukan kek maCy! Tadi tak ingat nak ambil gambar dah masuk perut. ki3

Baru faham apa makna 'kasih sentiasa sayang semungkinnya' di sana~

Baik. Kembali kepada tajuk. Lupakan kenyataan di atas. Cuma mahu maCy kembali 'sedar' dan 'ingat' setiap kali maCy membaca entry ini semula. :)
Hari ini maCy buat kek dan puding sagu. Amat sengal ok. Puding tu tak ada masalah lah. Tapi kek memang luar sedikit dari bidang maCy. huhu
Satu. Selesai siapkan bahannya, maCy pun dengan senang hati memasukkan adunan tadi ke dalam loyang. ~err, panggil adunan ke? Tapi yang penting, maCy terlupa nak sapu mentega pada loyang terlebih dahulu. Jadi terpaksalah keluarkan semula dari loyang. isk isk.
Nak bakar kek mestilah kena guna oven kan, tapi manalah maCy tahu tak boleh masukkan loyang langsung dalam microwave. maCy cuma nak cairkan mentega sahaja. Jadi kena marah dengan kakak. hehe ~kena marah manja je. hihi

Ok. setel semua. Kenapa oven tak on ni? Rasa dah tekan suis dah. Segeralah maCy mencuit-cuit Kak La. "Mana nak on kalau timer tak pusing.", kata Kak La. Adoi! Memang dasar suka bergantung kat kakak kalau benda-benda baru nak cuba. hee

Tup. Mata maCy tertumpu pada controller temperature. "Kak La! Takde pemulas!". haha. maCy ketawa lagi. Last-last Kak La main bantai je untuk dapatkan suhu 150 celcius.

Habis 45 minit. Alamak tak kembang pun. Sudahlah tak kembang, cucuk-cucuk dengan garfu, cair lagi dalamnya! uwaa.. Entah-entah Kak La terbantai kena pada 50 celcius je. huk huk.

Tunggu punya tunggu. Lambat benar sudahnya. Akhirnya, Kak La yang baru lepas check kek datang, "ma, awak tak pusing controller temperature bawah la..". erk. Laa.. Manalah maCy tahu. hihi

Akhirnya siaplah kek coklat maCy. Masih sedap ok. Cuma outer layer keras lah lama sangat kena bakar. Sekian. Merajuk tak nak buat kek setahun. hee

Err.. Agak-agak future husband maCy sanggup tak rasa puding trial maCy tak kira lah sedap ke tak sedap ;p


p/s : hum, maCy banyak bercerita tentang "what you give you get back". Kini buktinya depan mata~
p/s ii : esok hari bersejarah :)

Comments

M a W a D D a H said…
macy...macam sedap je...nak!!!
adrinaqamarina said…
eh rina dengan housie baru lepas b uat kek tu jugak.

tapi kukus la.

sedaaaaaaaaaaaaaaaap. hehe.

future husband rina agak3 suka kek coklat tak eh?
Duniakuabstrak said…
penuh ranjau onak duri betuL nak hasilkan kek coklat
Scha Nazri said…
praktise makes perfect macy. hehe. cuba jaya!
Unknown said…
pasti sedap dah lazat hingge menjilat jari..eheheheh
nak sikit maCy!
Fiqah Alias said…
hehe..3 tahun yg lepas pon fiqah ada try wat kek coklat..tapi malang berbau kek,kek tu keras..baling kt dinding pon dinding yg mengaduh kesakitan..huuu~ punye keras kek tu...then,sampai skrg fiqah fobia nk wat kek..huhu...(^_^)
M. said…
macy macy! HAHA. takpe bakal suami syg punya masakan macy even rase masin pom!

HAHA :) badewayyy, nice try dlm buat cake.

psst : sorry lame xjenguk! busy! ececece TEEHEE <3
Adib said…
nampak sedap jugak kek coklat maCy..try lah uat yg kukus pye..moist..sedap..
NAZ said…
macy naz punya hari jadi dah dekat. masak kek untuk naz boleh? hahaa
Aida Azryn said…
nak kek sket boleh?hihi.. :P
Hanisah Safian said…
sure sodap! hahahhah :D
emieysandra said…
kne prktis sllu ni ;P
terokai seni said…
orang rumah baru dok carik resepi malam ni, tak tau la bila nak merasa keknya tu
nora ariella said…
hahaha,mac,bak sini siket ea.
tiafazunia said…
arituh tia buat puding roti, da siap letak dlm loyang, then ble nak masok dlm microwave ....
DEM! loyang tuh besarr sgt! tak muat! grrrr!
aien said…
wah... blaja wat kek ea?? bestnye...

jeles tol. i'm really wanna learn that too.. but no one here to guide me. huwaaaa..

majuk gak la.. hehe
Unknown said…
hahahaaa...chill la..mana ada 1st try da pro..da sedap..da xcellent..

practice make perfect!! :P
ILA HonEyBuNNy said…
sedapnya kek tu..nyum3..
CIK TOM said…
cik tom nak kek coklat macy buat...macy..cik tom xdpt kpli tue..huhu


p/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak entry+komen :)
mario said…
tahniah le berjaya jgk buat...ekeke
mie said…
what u give u get back! :)

moga cepat kawen!! xD
lama tak mam puding sagu..kecur sudaaaaa
Chaoi said…
ada cam secret recipe x?
najihah said…
tk mcm biasa tahu makan saja.tak tahu buat. haha
Ieda_ishida said…
macy... sedap.... sy suka mkn kek coklat... suka sgt2.... terliur dah nie...huhuhu...
Lan Bingka said…
boleh gak nak rasa..hehe
wAH dah macam belog che wan dan ni... hehehe nampak sangat sedap..
huwa macy sila la pos kat asrama linda ni.. ehehehehe...

kat sini biskut kering ada laa
sy suke bwat kek coklat! :)
ala macy,kite da penat2 masak.. berani die xsuke n x nak makn! :P
eh,knape kite? madu ke sy ngan macy nt? hakhakhak..
Lovely Bella said…
huhuhu pnah try tapi x bape nak jadi.. pastuh dh mls nak bt..
Kay- said…
oittt...

oven brand apa tu??

kikiikkii...

sebelom buat kek,panaskan oven dulu..

adoii...


err...aku dah...3 tahun x buat kek...:(

sejak mak xde..xde nafsu nak buat kek lagi..habis2 pun aku buat kek kukus lapis jerr....

;)


ajar buat puding plssss~
Rina Rossoneri said…
hehehehe rajin macy buat kek..hantar2 ler kat sini
Raji and Yeen said…
perg
susah juga nk wt kek
huahua

ak pernah masak burger guna microwave
eh microwave ke oven eh o.O
ap beza der lol
beautiful_rose said…
wahh...tiba2 rasa lapar pula.hantar la sini sikit... =)
LadyBird said…
nak rasa :) hihihihi
aLya maNip said…
nak kek coklat ugak :-)
plumpy.tootsie said…
tgh lapar ni.
baca entry macy pulok.
adoii.

lapar...
Mr. Asada said…
entah macamana la rasa kek yang macy buat ea. sedap ke tidak ea? huhu..

tapi kalau dah pernah buat sekali, len kali takde la masalah camtu lagi kot..

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan