kalau sakit sila check dengan segera

Assalamualaikum,


Semalam maCy dan dua orang sahabat blogger iaitu Cik Linn dan Asada Ryutaro ada lah berbincang sedikit mengenai blogger yakni juga dikenali sebagai penulis, Iqbal Syarie yang sudah beberapa hari tidak online, empat hari rasanya. Sudah tentulah risau, kerana sebelum itu beliau ada menyatakan bahawa beliau demam sedikit tapi degil tak mahu ke klinik.

Rupa-rupanya setelah hujan petir mencari jalan untuk menghubungi beliau (hiperbola je ni) maka diketahuilah memang benar beliau masih kurang sihat. Tu lah. Degil. isk isk. Tapi itu kisah semalam, hari ini beliau semakin baik nampaknya :)

Maka di kesempatan ini maCy mahu menyeru kepada semua yang rasa ada demam-demam sakit-sakit itu segeralah ke klinik. Almaklum sekarang ada banyak kes denggi terutamanya. Usah ambil ringan ya. Sayangi diri, keluarga dan sahabat anda ;D

Kepada saudara Iqbal Syarie dan si sakit batuk selsema di luar sana, moga sembuh sepenuhnya segera. :)

Sekian, pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian Kesihatan Wilayah maCy.


p/s : baru pulang dari Terengganu~

Comments

cayam,nak kepok lekor! hehee..
kamu juge macy! take a gud care of urself.. :)
ankeljonni said…
macy... aku lagi suka jumpa bomoh atau dukun.... murah sikit bayarannya....

huhuhuhu...
zAiD~ said…
sy dh 6 bulan sakit.tp xpnah cek.
Unknown said…
ahaaaiii...maaf buat macy dan kawan-kawan risau. InsyaAllah saya dapat mengutip banyak pengalaman berharga di dalam wad :) akan di kongsi, pasti :)
cik manis said…
betoll. skrg dnggi merebak3. tmpt manis antare paling tggi dggi kt msia -__-
baru pulang dr terengganu?..asal xdt rumah?..hehe..owh..semoga rakan anda yg juga nama iqbal tu segera sembuh..kenapa xboleh komen?
Anonymous said…
hoho. bru pas kluar dr ward. Lama tak Bw nih. btway, same umo la kita ni. n sy pun suka putih n merah gak. :)
Raji and Yeen said…
woahhh caring juga eh antara blogger2 nih ;D
mana lah nk cari blogger cmnih
hahahah

inshaAllah i will
aku kalau batuk skit pun dh pergi klinik
MC itu penting!!
bukan MaCy ye.. MC
hahahaha
Anonymous said…
jap2.. best ea trengganu? nak pergi next year. hehe. :)
yup2..orang ganu..hehe..owh..beol jugak..nanti suh pbt buat lah satu signboard cmtu =D
aien said…
semoga iqbal cepat sembuh.. amiinn..

yup! memang kena sentiasa jga kesihatan skrg.. my fren pun dh pesan suruh g check if terkena jangkitan TB like her.. T___T tlong doakan untuk dia..




p/s : dtg ganu xgtau pun! klo x, leh jumpe. ish3!
terokai seni said…
pesanan diterima, over!

moga yang tak sihat segera sembuh
Unknown said…
eh..iqbal masuk ward?hope dia sihat2 je..
Anonymous said…
best kan aiskrim.. ngehehe.. :D

huhu. msuk ward sebab sesak nafas.

owh! IPG melaka upe nyer macy nie yer. huhu.. selamat berkenalan.. :D

tak sbr nk p ganu. :D
zt-zati said…
stuju..
klo demam tu mmg ptut pun gi klinik..
klo da dmam denggi susa..
bahaya tu..huhu
fiezah91 said…
sakit gigi tapi xnak jumpa doc.. eheeee..
Padin said…
demam, minum air kelapa je heee
sekarang ni demam biasa pun boleh disebabkan penyakit/sakit kritikal.. bahaya2
wachak said…
Perihatin atas kesihatan sendiri. sekarang ni mcam2 penyakit yg tak diduga. yg meninggal mengejut pun ramei.
Unknown said…
jaga kesihatan badan dan hati
- elina - said…
tngah sakit ni .
tp ingt mcm nk pngil doktor dtang rumah la.
mlas nk pegi jumpa doktor .
hihi
oowwh..so terpaksa lah kumen2 ka sini...hehe..tp kenapa buang?
Izzat Aziz said…
kalau bab deman ni aku selalu kena marah kat mak aku, sebabnya aku tak suka makan ubat dan pegi klinik, bukan takut ke apa.. aku cuma yakin diri aku boleh lawan..haha
Rina Rossoneri said…
malas nak g klinik kerajaan depan ni kena jalan kaki,pastu kena tunggu, padahal stakat amek ubat je,bukannya cek sgt pon..jln penyelesaiannya, demam makan panadol,selsema makan ubat selsema,batuk minum asam jawa...
dak eina said…
semoga iqbal cepat sembuh! betul3 skang kes denggi smakin menjadi2 kan..
oo..paham2..sabar jela dgn jenis yg komen macam tu..hehe
HaDi said…
Salam...

Demam mmg slalu xde mood nk g klinik...serkup badan dengan selimut pas mkn panadol...terus kebah..setakat nie masih mujarab lagi..hehe
platipus said…
makan epal..
sebab epal boleh buat doktor main jauh2..
betul la kan?
faktu tu..grr
Mr. Asada said…
wahhh.. pegi terengganu. ade bawak kopok lekor balik kuantan? hihi ;)

bagi yang tengah sakit, tengah demam tu, makan ubat jangan sampai overdose, karang lalok tanpa sengaja plak.
Mr. Asada said…
takde chatbox dah.. tapi ade gadgets pelawat terkini. cmna nak dapat tu?
soffea said…
salam ziarah maCy :)

hmm. betul tu. budaya kita kan, sakit sikit mmg dianggap sakit2 biase je.. cepat2 p klinik ye korang. (padahal sy sndiri pon tak berapa sihat) hehe.
mie said…
gue pun rasa amcam sakit la plak..
take care me..
hahaaa
Asyraf Hamasaki said…
PAKCIK DAH TAU DA EKAU SAKIT APO TOKSE CAKAP TOKSE CAKAP bak sini pakcik nak porah limau ni hah ~~"
Anonymous said…
baru baik selsema. telan selube 2 bijik..
HEROICzero said…
<< rajin pegi klinik. nak mc!
CIK TOM said…
pergi trg xcakap pun..kalau x boleh jumpa!
Wan Gerrard said…
demam, makan je panadol dan banyak berehat ^_^

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya