entri copypaste

Assalamulaikum.


Sebut sahaja mengenai entri copypaste, pasti ada blogger yang meradang marahnya kerana entri mereka diperlakukan sedemikian. Tidak kurang pernah berlaku seorang blogger yang terkenal pernah menghentam seorang blogger picisan secara habis-habisan kerana sekadar meng'copy entri beliau. Sebenarnya bagi maCy entri copypaste tidak ada masalahnya. Ops! Tapi tunggu! Mengapa dan bagaimana ia boleh dikatakan tiada masalah?

Terdapat 3 faktor utama entri copypaste :

1. Beginner
Kebiasaannya beginner yang masih belum lagi up to the mode untuk menulis sendiri entri akan sekadar menyalin dan menampal sebarang artikel yang dirasakan menarik dan sesuai untuk dikongsikan. Pada pandangan maCy perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan menjadi masalah kerana lama kelamaan beginner tersebut pastinya akan mula menulis sendiri dan mula berhenti menggunakan kaedah copypaste.

2. Spread info/news/knowledge
Kadangkala seseorang blogger terjumpa sebarang info dan sebagainya yang dirasakan menarik dan penting pada sesi blogwalking sekaligus mengambil keputusan untuk copypaste entri tersebut. Faktor ini juga bukanlah suatu masalah besar. Sebagai contoh, sekiranya entri tersebut berbaur nasihat, tidak punya masalah bukan?

3. Tiada masa update
Seperti yang sedia maklum kebanyakan blogger terdiri sama ada selaku pelajar atau pekerja. Justeru tidak hairanlah sekiranya sesekali seseorang blogger mempunyai kesempitan masa untuk menulis artikel atau entri sendiri. Maka entri salin dan tampal merupakan salah satu kaedah untuk mengelakkan dari blog terus dipenuhi sawang.

TETAPI.

Mengapa entri copypaste kadangkala menimbulkan kemarahan penulis asalnya? Dan bagaimana membolehkan entri copypaste itu 'halal' untuk disalin dan ditampal semula?

1. Minta izin penulis asal
2. Credit

3. Maklumkan kepada pembaca bahawa entri tersebut bukan hasil tulisan sendiri
4. Tidak 100% copypaste

Bagi maCy, credit bukanlah sesuatu yang penting. Tidak ada salahnya bagi seorang blogger lain menyebarkan maklumat atau info yang maCy temui kerana niat asal maCy berblogging juga adalah untuk berkongsi. Cuma, kebanyakan blogger merasakan tidak puas hati kerana mereka tidak diberitahu mengenai 'tugas' copypaste tersebut dan secara tiba-tiba sahaja mereka menemui entri tersebut di blog lain dimana ownernya berlagak seperti merekalah penulis asal entri tersebut.

Keadaan ini pernah terjadi kepada maCy dan beberapa orang sahabat blogger lain. Rasanya tidak ada sukarnya memaklumkan kepada pemilik asalnya terlebih dahulu. Dan tidak mengambil masa banyak untuk menyertakan credit kepada penulis asal entri tersebut. Juga, apa salahnya meng'edit sedikit entri tersebut, jika dari salam pertama sehingga titik terakhir adalah sama, dimana dapat dilihat hasil pemikiran blogger itu?

Blogger di alam blog tidak jauh bezanya dari kita di alam luar sana. Masih hidup bermasyarakat, masih lagi dalam satu circle yang memerlukan antara satu sama lain. Tanpa blogger tidak ada pembaca, tanpa blogger lain tidak meriahlah dunia perkongsian kita.


p/s : sebenarnya pasal ni ada keluar time gathering baru2 ni.. huhu

Comments

hahahaha.elakkn plagiarism.i hate plagiat..
taksalah nk ambik.mcm macy ckp..mintx izin dulu.tp kalau entry peribadi nk copy paste.amboii.melampau tu.
adrinaqamarina said…
for me, kalau copy yang info3 tu oke. tapi yang jenis copy entry harian kte. tu macam mengada jugak. haha
hehe... da tukar tarikh ye macy? ;)
kalo entry yg berilmiah rase cam tade masalah kot.. sb nt org 2 pon dpt pahala jugak.. tp,still kena credit la an sb depend on blogger yg dia copy 2 jugak.. :)
emieysandra said…
akak bese ambik kategori kedua tu..info yg akak rse ptut sebarkan, takde org marah pun sb akak bg gtau mne sumbernye..ehehe :D
fiezah91 said…
nak copy paste entri macy..ekeke
Rina Rossoneri said…
kebanyakannya budak2 yg xtahu,baru2 je dalam blog nih..jadi,kenalah bagitau dorang dulu elok2..seeloknya jgn hentam dulu...sian dorang,nanti terus dorang down...tapi kalau dah bagitau pun xreti bahasa,sekeh je.. eheeeeeee...
ENCIK TIKUS said…
yeah kesian blogger blogger yang mengerah palotak nak tulis entry.. tengok tengok kena copy.. sadis woo
Noor Fatin said…
setuju dgn macy. letak kan nama sumber yang diorg amik. sy lebih selesa tulis entry sendiri :)
haa kalau entri ber info tu takpa kot
but still, lebih bagus kalau credit jugak.
catherine- said…
xde idea nak buat entry baik diam.x pun...buat entry cam ni..

"aku rasa citer ni best. byk pengajaran walaupun lucah. kelik sini untuk lebih lanjut.enjoyyy :)"

ok x macy? ok x?? hehe
CIK TOM said…
betul macy...cik tom pun xkisah kalau ada yang nak share entry cik tom atau tutorial cik tom penah buat..tp kdg2 jd geram bila diorang xkredit kan pd yg asal+ngaku hasil entry sendiri..sedangkan mmg bulat2 sama dgn entry owner yg asal...
mario said…
adoi...terkena gak ni...ekeke
aLya maNip said…
betul tu, isu ni da makin banyak plak. lagipon skunk da makin ramai yg stat berblogging. tapi alya rase tak perlu la nak melatah lam hal-hal camni sbb kebanyakannya yg wat nie beginner. alya pernah rase sakit otak nak cari idea tapi xde ar smp copy paste..ngeeee
Wawa Amran said…
Btol ckp Macy tue.. x perlu cpt melatah dlm hal nie.. Tapi kalu copy paste dgn tertib yg macy mention tue, x slh pn.. Tp yg peribadi kalu copypaste jgk mmg x ptot lar =)
Unknown said…
copy paste ni ade pro dan kontra dia.kadang2 blogger yg baru ni dia tidak tahu 'tertib' cara nak copy.kita pn xbolehla marah-marah sampai menggunakan kata yang xelok.kesian diaorang.mesti dah down nak blogging.ehehhe...
fz said…
saya beginner,boleh kopipes entry nie?hehe
Mat Ganu said…
shearing is loving...^_^
Hairun Azmi said…
Nasihat yang berguna...Thankss...

Payung LED
Duniakuabstrak said…
isy3...tak patut..tak patut..
Anonymous said…
aku tak kisah copy paste. sebab kita menulis untuk di baca dan di kongsi. asalkan ada link blog tuan,sudah.:P
plumpy.tootsie said…
copy and paste.even tak bgtau,klu credits dh ckup.ta susah pun kan.
terokai seni said…
menyebar menda baik apa salahnya cuma menghormati etika tu eelok le bagitau sumbernya
cik mas said…
yes...tak yah la kepoh bagai nk rak..kalo sebijik2 tu lain la..ni setakat beberapa ayat, mmg tak yh la kepoh satu dunia kata org copycats..adoyai...
Padin said…
pandangan yang baik dari maCy, nak copy paste entri ni boleh? hehee.. umm sekadar mencedok idea tiada masalah rasanya, cuma yg di pertikaikan bila kesemua entri di ceduk dan di tampal tanpa sebarang pindaan, tu yg org marah..
Unknown said…
aku x kesah org nk copy entry aku.. tp mesti kene credit sbb entry kite kan kite sendiri yg perah otak.. xkan la nk jd lembu pye susu keju yg dpt name.. haha..
dya adriza said…
betul3.. (angguk setuju gaya upin ipin)
Robot | Sakti said…
orang tak pernah lagi copy paste entry gua.

hehehe
Anonymous said…
copy paste..bermula sejak medium internet wujud lagi ...;p
platipus said…
terjawab soalan cik pja
mie said…
masalah copy paste..
memang ssh nak dibendung...
suhaimi said…
kalau copy yg personal tentu marah kan

http://www.pendapatanmudah.com
Fazleyatul Aini said…
huhu saya ni blogger small2 pieces je, xde orang pon nak copy entry. entry pon merepek je. hahahaha
M a W a D D a H said…
nak kopipest entri macy, leh??

hehehe
NuSaNa NoSa 91 said…
klu kena kt keen, agak2 bleh xklu niat sedekah je?? hik3~ ^_^
Mrs Nurul said…
banyak gak yg aku copy paste,.selalunya aku ubah balik ayat tu..jdikan lebih best dan senang dibaca lagi2 kalau ilmu boleh di share..tak salah copy kalau guna cara betul =p



Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
AkuMuzikFilem said…
bukan masalah copy paste, copy paste banyak2 dan tersebar luas, lagilah penulis asla suka. tapi copy paste tanpa kredit itu masalahnya. kredit penting la, itu cara agama kita, sebab tu kalau nak bagi hadis, sanad dia kena bersambung, nyatakan siapa perawi-perawi. omputih pun ikut stail kita, kalau nak wat tesis atau jurnal atau buku, kena bagi citation setiap apa yang kita tulis yang bersumber dari orang lain. ada bibliografi. kalau omputih pun tiru cara kita, napa kita takleh buat cam tu. its about ethic. be a professional. benda baik kan, ikut jela

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya