Personaliti Darah
Hari ini maCy nak berkongsi mengenai personaliti darah. Bermula dari maCy yang merenung nasib yang tak layak menderma ni, jadi maCy terfikir mahu mengenali diri melalui jenis darah. Jadi di sini telah maCy kumpul dan edit semula, agar memudahkan pemahaman. Sumber? Beberapa blog di alam maya seperti SINI dan SINI.
- golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap
- sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu
- setia dengan kawan dan rakan sekerja
- boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka
- sukar dipuaskan dan serius dalam hidup
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
2) Jenis Darah B
- golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri
- tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar
- boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar
- tetapi juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
3) Jenis Darah AB
- sukar difahami, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati
- sangat bagus menguruskan kewangan
- walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
4) Jenis Darah O
- ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’
- sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi
- dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
maCy pemilik darah O. Kamu pula?
p/s : lapar lapar lapar~ Tapi baru lepas makan =="
Comments
iqbal, r u okay?
ni la antare si kedekut derma darah! haha
tp cam tipu je, akak lgsung xminat sukan! huhu
perut sangat sensitif...:p
wah, macy darah O boleh jadi penderma yg bagus ni...
pe lagi macy..
derma3....
aku darah A..
mmg hebat lah aku rase...
muahaha
harap badan je sehat, tapi x berani nak derma darah. hikhikhik
yg len tu sume cm betul gak la..
tp bab mudah melupakan kenangan masa silam tu cm x betul skit..
aku ni jenis igt smpai mati, tp bukan dendam..haha
tu sbb la aku ni pemalu orgnya... tak tau menipu... setia dgn kwn.... bertimbang rasa... dan bertanggungjawab... huhu...
haha. akk tu ada campur laen tu ;p
sama ;D
eh, ada tulis stu ke? huhu
padin mmg! xtough. wekk ;p
xcukup berat la faina..xleh~ uwaa..huhu
bongek. haha
heh
-.-"
i xlayak mslhnye yunk~ huhu
xbaek dndam kamen... pdhl bwu ckp bkn dndam.haha
hahahha.. adoi. sakit perut baca komen abg jonni ;D
xsmstinya.. bgntung pd individu kan :)
haha. O.
Most of the facts are true, hihi ;)
niway, macy kena tag ye :)
Identiti blogger yg hilang!
Kalau nak jwb, silakan. Kalau tak pun takpe :)
bukan darah O,
bukan darah AB,
dan bukan juga darah B...
hehehe...
mcm2 cr nak kenal perangai org kan :)..