kenangan lagu kanak-kanak

Assalamualaikum semua!

Jam menunjukkan 3 pagi. maCy sudah pun berada di rumah! Dan tujuannya disini sebenarnya untuk membersihkan desktop yang amat bersepah sempena musim peperiksaan. huhu

Hari ini maCy dan kakak mengimbau kenangan alam sekolah rendah. Entah macam mana di dalam kereta tadi maCy boleh menyanyi lagu kanak-kanak lalu berderet-deret lah lagu kanak-kanak yang kami nyanyikan bersama. Nostalgia sungguh.

Di bawah ialah video lagu "Bangau oh Bangau".



Bangau oh bangau
Kenapa engkau kughuss? ;p

Banyak lagi lagu kanak-kanak jika dikenang kembali.

Ais kacang?

ais kacang, ais ais kacang
bila cuaca panas dan rasa dahaga
singgah sebentar
ais kacang diminta
susu dan jagung
kacang dan lengkong
air gula berwarna
campur semua
sedap rasanya kegemaran kita semua

Bapaku pulang?

bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah

pon pon pon pon pon
pon pon pon pon
kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
bolehku bawa jumpa nenek

Ola oli

Ola Oli
Kuberi nama
Saudara saudari (chi ke bum chi ke bum)
Malam-malam minggu
Siang-siang hari (disko disko)

Putih-putih melati (ali baba)
Merah-merah jelita (meow meow)
Siapa yang baik hati (Cinderella)
Mama jadi patung

Adui la. Entah macam mana boleh ada 'chi ke bum' tu kan? Haha. Tapi maCy geram betul tak dapat recall lagu ni ;

aku burung, burung tiong
sungguh pandai menyanyi

bla bla bla..

Entah ya atau tidak lirik itu. Dengar lagu "burung tiong" sahaja abah yang sedang memandu terus ketawa. Lama sungguh rupanya lagu itu.

Baik, itu sahaja. Mata sudah mengantuk. Selamat malam! :)


p/s : rasanya bila di rumah, akan perlahanlah sesi update dan bw. jangan rindu-rindu! autopost :)

Comments

adrinaqamarina said…
masa di rumah harus digunakan sebaek nya kan sayang?

ngee~!

bangau ouh bangau kenapa macy chumil sangat?
MOFASAD said…
merasai kerinduan zaman kanak2 bersama2 :)
bspotgurl said…
babe, i suka sangat dgn lagu ice kacang tu okay.. huhu
pzy.krol said…
aku burung, burung tiong
sungguh pandai menyanyi
bla bla bla..

bla la tak ingat..kt skola tadika dye la no 1 nyanyi lagu ni...haha..

tapi tak pena dgr lak cite lagu burung tiong nih...
huhu
Hunny Maldini said…
my fave pulak tanya sama pokok and lagu burung pipit.
hehee.
comel la teringat zaman kecik2 dulu.
huuu
tiafazunia said…
dem!
rase mcm nak kecikk balik!
arghh!
¶A.K.I¶ said…
ada ke lagu burung tiong?
hahaha mcm tak pernah dengar je
Unknown said…
huhu...indu la maCy zaman kanak2 rabena dulu2....
Aujinz said…
keh keh keh..
nie mesti teringat zaman kecik kecik nie..

Lagu Tiga Kupang pon ok..

Lagu Anak Ikan (..bukan anak ikan yang itu nyahhh...]

Anak itik Tokwi

Anak Itik Tok wi
mandi dalam kolam,
sakit ape Tok wi,
SAkit sendi tulang,
Ubat ape tok wi,
ubat limau lelang,
sakit apa tok wi,
sakit sendi tulang..

koh koh koh..
ghost said…
2 lagu yang masih diingat..
bangau oh bangau n bapa ku pulang dari kota.sonok plak bila nyanyi balik.haha
Mario said…
ruginya tak sekolah tadika dulu...
Nesa Wazir said…
terimbau kenangan mase tadika:)
Rina Rossoneri said…
hehehe lagu zaman2 budak2 tuh kita turunkan kat anak buah je..tu pun xingat sebenarnya, hentam je lirik haha
ID said…
yan hafal..yayay
terokai seni said…
ingat lagu pok amai-amai je
Raji and Yeen said…
aku masa kecil2 dengar lagu green day dan nirvana
tu yg xdpt recall
huahua
ciK LyndaWawa said…
LyndaWawatolong sanbung lagu tu

diam didalam sangkar ku ini
suaraku seperti manusia....

hehehe..
cepat..
sambung lagi..
hehe
baincardin said…
Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^
aLya maNip said…
sonok nyanyi lagu ola oli. ciap ade gaye lg..hehehe
M a W a D D a H said…
hahahaha...

memang lagu2 kanak2 best...tetiba terimbau kembali zaman kanak2...

meh adah nyanyi lagu burung tiong tu...

aku burung..burung tiong berperi...
riang di dalam sangkar ku ini...
suara ku seperti manusia...
bertegur dan bertanya siapa...

aku burung...
burung tiong...
sungguh pandai, berperi...
aku burung...
burung tiong...
sungguh pandai...
berperi...

kekekeke...
tak tau betul ke salah...

hihihihi

p/s: miss u dear...
Fello Ariza said…
tringat time skolah dlu..

suke sgt nyanyi lagu ais kacang lpas balik skolah..

hahaha...
salam Macy.

masa sek rendah dlu ade mata pelajaran muzik. Plg saya suka lagu.

telefon berbunyi ring,ring,ring.
ku angkat ku tanya siapa...

mmg nostalgia semua itu
ayu said…
tbe2 je nk nyanyi lgu2 sume nie blik..
rndu plak ;)
Yatre Hayati said…
rindu sangat zaman kanak-kanak. sangat rindu :(
Un Phat Lee said…
wah.terimbau kembali zaman kanak2 gua dulu. XD
Amoi said…
lagu kanak2?

lagu Happy Birthday.
ada sebuah bukit cantik, bukit cantik tak pernah lihat, bukit yang cantik ! hey!
erm..tak pernah plak dengar lagu burung tiong tu..so, x dapat le nak tolong lengkapkan lagu tu..huhu..

kalau lagu burung pipit, sy tau le.. :)

saya ada burung pipit..
1 hari jatuh sakit..

pernah dgr x..? ;)
Unknown said…
sape yang dalam video tu? mcm macy je.heee
Padin said…
hahaha lagu masa kelas pendidikan muzik ekekee, tu belum tambah dengan lagu Tanjung Katong, dengan jingkli Nona, hahahaa
CIK TOM said…
hehe..cik tom paling suka lagu keretaku warna merah..
Hidayati Farhan said…
hahaha, lagu burung tiong tu la yg saya selalu aja klau kena releif muzik.

pss ; nape name saya da ilang dkt my beloved tu? sad :(
Nur Qistina said…
haha..layan~

lagu ada seorang kawan namanya ah meng..dia juga berkawa namanya muthu..kami berkawan baik sama sedarjah...lalalala..

jom karok lagu kanak2 ribena..ngee~ =p
Nur Qistina said…
haha..layan~

lagu ada seorang kawan namanya ah meng..dia juga berkawa namanya muthu..kami berkawan baik sama sedarjah...lalalala..

jom karok lagu kanak2 ribena..ngee~ =p
dat brung tiong~
paksu suke nyanyi lagu 2 kat sy taw.. wee~

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan